BAB 8

Fantasy Completed 3331

Beberapa minggu kemudian, Adam menyedarkan diri semasa aku sedang menangis sedih tentang keadaan Adam. Aku sangat gembira dengan Adam yang telah bangun dari koma itu. Sejak hari itu, kami berdua semakin rapat sehinggalah kami menjadi suami isteri pada harini walaupun aku telah memanipulasi memorinya.

Aku cuba untuk menafikan semua kenyataan yang dibagi oleh Sarah yang ada di mindaku. Petang itu aku hanya berfikir tentang Adam. Adakah betul dia tidak pernah mencintai aku? Semasa makan malam, Adam menanyakan aku satu soalan tentang kenapa kami berdua berpisah walaupun kami sangat mencintai satu sama lain. Setiap malam, aku akan terbayang apa akan jadi sekiranya Adam tahu yang aku telah memanipulasi hidupnya dan telah menipunya selama ini. Aku selalu terbayang yang Adam akan cuba untuk membunuh aku untuk membalas dendam.

Walau bagaimanapun, semua ini tidak pernah berlaku pada aku dan aku tidak tahu sama ada aku sepatutnya lega. Pada masa yang sama, Adam telah cuba untuk menyiasat tentang Sarah. Siasatannya menunjukkan yang dia pernah bersama dengan Sarah dan sudah tentu Aku sedang menyembunyikan sesuatu. Tiba-tiba, Adam mendapat panggilan telefon dari bapa mertuanya yang mahu jumpa dengannya segera. Walaupun pada masa itu hujan sedang turun dengan lebat, Adam segera ambil payungnya dan bergegas untuk berjumpa papa Aku.

Malangnya, Adam terlanggar seseorang dan jatuh sehingga payungnya terlepas dari tangannya. Dia mula tidak menyedarkan diri akibat terkena air hujan. Pekerja yang lain segera memanggil ambulans dan menelefon Aku tentang hal ini. Aku dengan cepat pergi ke hospital dengan sebuah beg yang dipenuhi dengan perkakas yang diperlukan untuk merawat Adam. Adam pula telah dihantar ke hospital dan telah cuba diselamatkan namun Adam masih tidak menyedarkan diri. Adam telah di periksa menggunakan teknologi MRI kerana doctor yang ada agak bingung dengan “sesuatu” yang ada di dalam badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience