BAB 2

Fantasy Completed 3331

Tiga tahun lalu, Aku merupakan salah seorang pelajar ijazah sarjana bagi bidang Sains dan Teknologi di Universiti Malaya. Adam pula merupakan senior aku dalam kursus ini. Pada satu pagi, setibanya aku di kampus, semua pelajar memandang aneh kearah aku dan memanggil aku “Si Raksasa”. Aku merasa sedih dengan perkataan itu namun sudah menjadi lumrah hidup aku dicemuh dan tidak disukai oleh orang disekeliling aku. Walau bagaimanapun, aku adalah salah satu pelajar yang mempunyai pencapaian yang hebat dan juga hasil penyelidikan yang luar biasa. Aku juga adalah anak kepada Professor Khalil yang terkenal di serata dunia dengan pencapaiannya yang di dipuja ramai peminat sains masa hadapan.

Pensyarah kelas Teknologi Sains telah tiba dalam kelas dan aku telah ditegur kerana lambat sampai di kelas. Aku cuba untuk mencari tempat duduk di kelas tetapi tiada siapa yang mahu duduk disamping aku kecuali seorang lelaki berbaju biru. Lelaki itu adalah Adam Alif. Senior aku yang terkenal di kampus kerana rupanya yang tampan dan sangat baik hati. Aku mahu duduk di sebelahnya namun pelajar yang lain mula melihat aku dengan aneh terutama sekali rakan Adam yang berada di sebelahnya. Aku membuat keputusan untuk duduk di belakang dengan diam. Encik Hafiz menanyakan tentang projek final kami dan cuba memastikan semua pelajar mempunyai pasangan masing-masing untuk projek besar ini. Semua pelajar dalam kelas ini ada pasangan kecuali aku “Si Raksasa”. Encik Hafiz menegur aku dan beranggapan aku tidak mahu berpasangan dengan orang lain kerana aku sudah boleh membuat semua benda ini dengan mudah. Akan tetapi, aku hanya mampu berdiam diri kerana semua itu tidaklah benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience