Chapter 6

Other Completed 10716

Bab 6

Petang itu..

“apa? Asal cikgu tak bagi berlatih? Hanya sebab perkara yang kita tak buat!”kata mus dengan nada marah.

“Cikgu kata sama ada kita mengaku dang anti semula cermin tu atau kita tak boleh berlatih langsung”kataku

“Kita berlatih jelah,waktu dia ada kita menyorok lah,waktu dia tak de kita mainlah.” Kata suhana kononya memberi idea bernas

Aku tergelak kecil “mana boleh,tak ada waktu yang cikgu tu tak ada kat sini,sebab diakan selalu ronda kawasan ni, habis tak kan nak menyorok je kerja kita? Lagipun kalau langgar peraturan mesti kena surat amaran. Tahulah cikgu tu, kerjanya nak keluarkan surat amaran je” kataku tanpa berlapis

“Habis kita nak buat macam mana ni? Sebab setahu aku ustazah ada uruskan perlawanan persahabatan dengan telok mas.isnin minggu depan.kita ada 4 hari sebelum persahabatan.takkan nak tunjuk yang kita ni lemah depan diorang” kata mus

“Kak qasya buatlah keputusan, kitorang ikut je”kata suhana

“Korang tau kan apa keputusan yang akan aku buat? “

“Biar aku teka “ kata mus “kita selesaikan masalah ni dulu,baru boleh berlatih sebab kalau kita langgar peraturan dan tak ikut cakap cikgu nanti hilang keberkatan.habistu kalau keberkatan hilang kita nak mohon pertolongan dari Allah macam mana? Sebab kita buat benda yang Allah tak suka” kata Mus dengan meniru lagakku

“tahniah mus. Itulah yang aku nak cakap” kami semua bergelak ketawa dan menuju ke dewan makan asrama.

Petang itu, seperti yang dirancang, kami akan cuba menyelesaikan masalah di surau asrama. Setelah melihat semua pelajar berada didalam surau aku memegang alat pembesar suara…

“mohon jasa baik semua yang tahu menahu hal yang berkaitan tingkap pecah di bilik bahasa arab,berjumpa dengan saya atau dengan cikgu untuk memberikan maklumat. Jasa anda amat kami hargai” kataku.walaupun aku tahu yang tiada siapa pun yang akan tampil jika tidak didesak.oleh itu, aku telah menyediakan skrip muhasabah diri yang akan kubacakan pada waktu maghrib dan isya’nanti. Dengan nada sayu, aku memulakan sesi muhasabah diri. “rakan-rakan, adik-adik, cuba angkat tangan siapa yang tak pernah berkata bohong? Tak ada kan? Semua antara kita pernah berbohong. Namun macam mana kita nak mask syurga? Layakkah kita untuk syurga Allah? Sedangkan nabi bersabda bahawa syurga itu ada tiga bahagian, yang di pinggir sekali, adalah untuk oang yang tak pernah berkata bohong.mengakulah walaupun pahit, kerana nikmat dunia itu sementara,akhirat yang kekal abadi. Yang ditengahnya itu untuk orang yang meninggalkan pergaduhan.sekali lagi, layakkah kita untuk masuk ke syurga Allah? Sedangkan dengan mak ayah kitapun, kita selalu bergaduh.yang ketiga,iaitu di puncak syurga, inilah tempat yang paling dekat dengan Ar-Rahman,tempat ini khas untuk orang yang paling mulia akhlaknya. Kalau ada antara kita yang tahu sesuatu kebenaran,tegakkanlah kebenaran. Jangan gentar untuk mengaku salah,jangan gentar dihadapan manusia, tapi takutkan dihadapan Allah…”

Malam itu bunyi tangisan keinsafan memenuhi ruangan musolla.harapanku agar ada yang mengaku mengenai memecahkan cermin tersebut. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience