Chapter 7

Other Completed 10716

Bab 7

Kami telah diizinkan berlatih oleh cikgu rushidah kerana ada seorang pelajar telah datang mengaku yang dia telah memecahkan cermin tersebut.Kini tibalah hari isnin,Pertandingan persahabatan antara SMKASR dan Telok Mas.

Hatiku sedikit gentar dengan mereka kerana kebanyakan pemain negeri dari sekolah mereka. Setibanya kami di sekolah mereka,kelihatan pemain-pemain mereka sedang berlatih servis dan rejaman.

“Ok jom panaskan badan” kataku dengan nada bersemangat kerana melihat rakan-rakanku yang kurang keyakinan.

“Ingat ini sekadar latihan, buat betul-betul, tapi jangan tertekan sangat”pesanku lembut.

Pertandingan dimulain dengan sevis dari kumpulanku.

“Jangan lupa bismillah” jerit kumpulan lawan dengan nada mengejek.

Namun seperti jangkaanku, servis syara tidak lepas jaring. Barangkali kerana dia takut dengan pihak lawan. Setahuku, dia mampu buat yang lebih baik dari itu. Bak kata ustazahku, dalam gelanggang perlawanan ,memang manusia akan berubah tapi segalanya boleh berlaku.

Servis rakanku itu disambut dengan gelak tawa dari kumpulan lawan. Namun aku hanya memberi semangat,” takpe bolah lagi”.

Kini giliran telok mas pula servis. Sudahku jangka servis tajam dan bertenaga yang disasarkan tepat kearah syara.

“Lubok, lubok” hahaha..sekali lagi syara dipermainkan.lubok adalah gelaran untuk ahli kumpulan yang lemah. Tujuannya untuk melemahkan semangat ahli kumpulan tersebut

Mujurlah servis kedua tersasar. Dan kini kami mengambil giliran servis… keadaan sebegini berlarutan sehinggalah tamat pertandingan. Apabila telok mas menang menentang kami dengan markah 25-10 dan 25-15.

Kami pulang dengan rasa hampa.namun aku tetap meyakinkan mereka yang kita masih ada peluang berlatih dan itu bukan permainan sebenar.itu hanyalah persahabatan. “Kita boleh” jerit mus

“Ye kita boleh” sambut rakan-rakan yang lain. Semangat mereka tak mudah luntur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience