Chapter 5

Other Completed 10716

Bab 5

“Saya nak jumpa Aqasyah selepas perhimpunan”. Kata cikgu rushidah kepada rakan sekelasku.

Hatiku sedikit gentar namun kugagahkan jua langkah ke bilik sukan.

Setelah mengetuk pintu dan memberi salam, aku diizinkan masuk.

“awak tahu tak apa salah awak?”

“Tak tahu cikgu, apa salah saya cikgu?”

“Kenapa awak biarkan ahli pasukan awak main bola tampar depan makmal bahasa arab? Kan sekarang tingkap dah pecah. Kamu ni tak reti bahasa lah. Dah banyak kali saya cakap. Kamu ni degil. Tak mahu dengar kata. Habistu siapa yang nak ganti cermin tu?”

“ saya minta maaf cikgu, setahu saya waktu kejadian berlaku kami satu pasukan sedang menjalani lathan di gelanggang. Tak seorangpun antara kami yang berada berdekatan dengan makmal bahasa arab. Oleh itu saya yakin yang pasukan bola tampar tidak bersalah cikgu” ujarku tanpa ragu.

“tapi kamu semua sahaja yang mampu berbuat sedemikian sebab kamu semua sahaja yang berlatih disini,.semua cikgu kata perkara ni adalah kerja budak bola tampar. Lagipun kalau kamu buat salah, takkan kamu nak mengaku, betul tak?”

“Tapi cikgu, memang saya pasti yang tak ada ahli pasukan saya pun yang berada berdekatan bilik bahasa arab sewaktu kejadian.” Kataku membela diri.

“Sedapnya kamu kata, orang buat salah manalah berani mengaku. Mulai sekarang, cikgu tak akan izinkan kamu berlatih lagi sehinggalah cikgu dapat tahu siapa pelakunya.”

“Tapi cikgu.. pertandingan dah dekat”

“Tak ada alasan, kalau kamu nak berlatih baik kamu mengaku. Lepastu ganti cermin tingkap tu.kamu boleh keluar sekarang,cikgu dah selesai berurusan dengan kamu”

Aku melangkah keluar dengan seribu rasa yang bercampu baur. ‘Macam mana ni? Pertandingan lagi 2 minggu setengah.kalau cikgu tak bagi berlatih, macam mana nak menang?’ Monologku. “qasya.” Laung musfirah

“Ye mus” balasku

Dia menghampiriku dan memegang tanganku.

“kenapa cikgu rushidah panggil? Dia marah sebab ada bola tampar bersepah ke? Ada bola tertinggal dalam longkang yang tak sempat kutip semalam ke?” katanya dengan nada bergurau.

Sememangnya aku sudah lali dimarah kerana bola tertinggal dalam longkang. Boleh dikatakan yang telingaku sudah kalis dengan kata-kata pedas cikgu. Aku memang terkenal dengan sifat melawan cikgu. Sejujurnya aku bukan melawan, tapi membela diri!

“Bukan mus,tapi ada masalah lagi besar. Petang ni kita berkumpul aku cerita kat korang ok? Sekarang aku ada kelas ah..dah lambat sepuluh minit nak masuk kelas akaun” “Ok babai”ujar kami serentak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience