Chapter 10

Other Completed 10716

Bab 10

Tepat jangkaan cikgu..memang kami dapat ke semi final. Beza markah kami dengan St David hanyalah 0.01. terima kasih Ya Allah…hehe

Setelah menghadapi perlawanan yang sengit dengan telok mas.. akhirnya kami kalah sekali lagi.

Memang ditakdirkan kami tak mampu meraih tempat pertama atau kedua..sebentar lagi kami akan bertanding dengan pasukan teknik untuk menentukan tempat ke 3 atau ke 4. Pasukan itulah yang kami kalah tipis semalam..tak dinafikan pemain hadapan mereka hebat dihadapan jaring.

Kami menentang sekolah tuan rumah, sudah pasti ramai lelaki dari seklah tuan rumah yang turun menyaksikan sekolah mereka. Tak kuarng juga yang suka mengacau kami..

“weh tali kasut tercabut ah” ujar seorang budak lelaki kepadaku. Namun aku tahu taktik itu tak mampu mengalihkan tumpuanku dari perlawanan..

“weh awek no 3..muka cantik tapi garang”kata seorang lagi kepada ku.. aku memandang cikgu rustam dan melihat dia hanya tersenyum dengan kerenah budak lelaki tesebut.

“cikgu dia kata cikgu cantik kot..dia usha cikgu lah” jeritku kepada cikgu Rustam dan disambut dengan gelak ketawa dari pasukan ku..

Suasana kembali tegang dengan jarak mata yang tipis dalam set penentuan..

Akhirnya giliran aku membuat servis. Hanya tinggal dua servis lagi dan kami akan menang..

“Habiskan kak qasya” jerit fizana member semangat

Servis pertama cantik sekali..tajam dan susah disambut lawan dan servis terakhirku..tepat mengenai dada salah seorang pemain pihak lawan. Itulah kemenangan kami..

Alhamdulillah dapat tempat ketiga tahun itu..tak sia-sia segala dugaan yang kami hadapi.

Kami menerima medal dan sijil kemenangan.

Dan aku ditawarkan ke peringkat negeri.

PETANG ITU

Kami bersurai dan menuju ke rumah masing-masing. Setelah mengucapkan tahniah sesama sendiri dan berpelukan kegembiraan. Ayahku tiba dengan motornya seperti kebiasaan untuk membawaku pulang kerumah. Dengan girangnya aku bercerita kepada ayahku tentang kemenangan kami.

Tiba di satu selekoh,motor ayahku hilang kawalan kerana terdapat sedikit minyak dari jalan raya. Aku tercampak beberapa meter kehadapan namun aku cuba menahan dari tercampak debih jauh dengan tanganku.

Apabila aku sedar..aku didalam hospital dengan tanganku diikat. Setelah melakukan pemeriksaan doctor mengatakan bahawa tulang tanganku patah dan tanganku perlu disimen.

Aku menahan airmata dari menitis dihadapan ibuku..ku gagahkan jua bertanya kepada doctor

“berapa lama saya boleh sembuh doctor? Tiga minggu? Sebab saya ada perlawanan bola tampar negeri bulan hadapan”

“biasanya, tiga bulan untuk sembuh, dan kalau sembuh, saya galakkan awak berhenti main bola tampar sebab membahayakan tangan awak. Tinggalkanlah bola tampar tu demi kebaikan awak sendiri”

Itulah perlawanan bola tamparku yang terakhir. Semestinya aku rindu untuk bermain bola tampar semula.namun aku bersyukur kerana pasukanku menang dalam perlawanan tersebut walaupun tempat ketiga. Selamat tinggal bola tampar.. dengan mu aku ada hari-hari yang indah dan aku ada pasukan yang boleh dibanggakan. Berakhirnya aku sebagai pemain bola tampar dengan kesudahan yang baik.. Apapun rahsia Allah tak siapa yang tahu.

TAMMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience