Chapter 1

Other Completed 10716

Bab 1

“Weh mus jom main bola tampar”, laung ku kepada seorang rakan yang begitu rapat denganku. Maklumlah kami sebaya.

Sememangnya aku jenis yang mudah masuk dengan sesiapa pun. Campaklah aku di dalam hutan sekalipun, silap haribulan monyet dan orang hutan menjadi sahabat karibku.

“ko pergi lah dahulu qasya, aku ada kerja PRS sedikit yang hendak disiapkan” jawab musfirah sambil menuju kearah bilik kaunseling.

Aku pula mengorak langkah ke gelanggang bola tampar. Sebagai pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM, sudah pasti aku terlewat sedikit daripada adik-adik bola tampar yang lain. Namun aku hampa apabila melihat jaring masih tidak berpasang,bola masih didalam stor sukan dan tiada sesiapapun yang mengambil inisiatif memulakan latihan tanpaku walaupun sudah acap kali aku berpesan.

Dengan nada tenang aku menyoal adik-adik bola tampar “kenapa korang tak start latihan lagi?”

Kelihatan mereka tersengih-sengih kepada ku sambil memberi alasan “tak tau nak buat apa kak qasya,lagipun kitorang baru je sampai.” Jawab salah seorang daripada mereka.

“oh tak pe lah,kita panaskan badan dulu” kataku dengn tenang, walaupun dalam hatiku sedang panas dengan mereka. Hati kecilku mempersoalkan,’mereka tidak ada kelas tambahan,kerja sekolah tak banyak tapi kenapa tak boleh pasangkan jaring, tak boleh nak tolong keluarkan bola dari stor sukan dan kenapa tak boleh berlatih tanpaku? susah sangat ke nak beri komitmen kalau hebat sangat main bola tampar tak pe jugak, ni servis pon bola naik atas bumbung lah, bola sangkut kat jaring lah, bola kene punggung orang lah(bila servis bola bawah net kena punggung team sendiri)’

Sabar jelah, apapun,sebagai senior yang baik, aku mesti melatih adik-adik bola tampar ku dan mus dengan baik. Sememangnya ahli pasukanku tidak berdisiplin,kurang komitmen,kurang pengalaman kerana kebanyakan mereka baru mula berjinak-jinak dengan bola tampar. Hatiku sedikit runsing apabila memikirkan pasukanku yang pada zahirya seperti tiada harapan untuk menang. Walaupun begitu,aku tidak boleh mengalah kerana ini tahun terakhirku bermain bola tampar. Aku mesti menang tahun ni!. Itu azamku.

Setelah bertahun aku dahagakan kemenangan,mungkin salahku kerana tidak melatih rakan

sepasukanku dengan baik selama ini, atau mungkin aku kurang percaya kepada mereka, atau mungkin aku kurang bekerjasama dengan mereka, walaupun aku sudah cuba sehabis baik untuk berbuat sedemikian. Apapun yang berlaku sebelum ini, azamku cuma satu, pasukanku mesti menang tahun ini!. InsyaAllah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience