Chapter 4

Other Completed 10716

Bab 4

“Kenapa tak kejar bola? Takkan nak tunggu bola tu sampai kat tangan baru nak sambut? Kita sendiri yang kene gerak, jangan berat punggung !” laungku kepada syawra yang tidak dapat menyambut servisku.

Mendung diwajahnya kelihatan selepas aku memarahinya. Dia hanya tunduk dan mengangguk.

“Ok lagi sekali, cuba sambut bola tu!” jeritku kepada syawra setelah aku membuat servis yang tepat kearahnya. Sememangnya aku aku sengaja berbuat demikian kerana aku ingin menjadikan dia pemain utama. Padaku dia ada kesungguhan cuma dia kurang dalam menjangka masa dan tempat jatuhnya bola.

Memang tidak kunafikan yang servisku memang susah untuk disambut pihak lawan kerana ia agak tajam dan laju. Namun servisku biasa jika dibandingkan dengan pemain negeri yang pernah berlawan denganku. Rasa risau membuatkan aku tegas melatih rakan sepasukanku. Kerana azamku ingin menang!

“Hai kamu semua? macam mana latihan? Ok? Ada apa-apa masalah?” kata cikgu rustam yang tiba-tiba muncul dibelakangku.

“Ok cikgu, tak ada masalah setakat ni” kataku dengan nada yakin.

“ kalau macam tu cikgu nak tengok kamu semua main sekejap”

Setelah melihat permainan kami ang serba kekurangan,kerana ada antara kami yang masih tidak boleh menyangga bola dengan baik, seringkali bola luar kawasan dan seringkali juga bola jatuh tanpa ada sesiapa yang menyambutnya. Malah ada antara kami yang masih tidak konsisten dalam membuat servis yang melepasi jaring.

“kamu semua buat satu barisan, cikgu nak kamu sangga bola yang cikgu bagi ni.pastikan kamu kuasai basic ni, kalau tidak kamu susah nak menang”

Hari itu kami menghabiskan masa latihan dengan berlatih menyangga bola. Kata cikgu rustam, “pokok yang tidak mudah tumbang walaupun rebut badai melanda adalah pokok yang paling kuat akarnya. sama juga macam kamu asas kamu mesti kukuh, baru kamu boleh menang.” Harapnya esok lebih baik dari hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience