Chapter 2

Other Completed 10716

Bab 2

Petang itu, seperti hari-hari yang biasa, setelah melakukan aktiviti memanaskan badan, kami membuat bulatan untuk memperbaiki cara kati menyangga bola.

Kelibat ustazah hafizah kelihatan menuju kearah kami. Dengan nada gembira kami memanggilnya.

“ustazah, awal datang cikgu serzali tak de ke? ” kata nawja, salah seorang ahli pasukanku.

“Ustazah nak bagi tahu kamu yang cikgu serzali ditukarkan ke kelab congkak, oleh itu, ustazah rasa mulai sekarang cikgu serzali tak akan bantu kamu berlatih lagilah” ujar ustazah yang merupakan pengurus pasukan sekolah kami.

“Habis ustazah, siapa yang akan menggantikan tempat cikgu Serzali?” kataku dengan nada risau.

“Cikgu baru. Cikgu Rustam. Rasanya esok dia akan mula berlatih dengan kamu” kata ustazah lagi.

Sebagai pemain bola tampar yang paling berpengalaman dan paling lama didalam pasukan Bola Tampar Sekolah, sudah aku jangka yang aku akan menjadi ketua pasukan. Apabila ustazah kata “ustazah lantik qasyalah jadi ketua pasukan, boleh qasya?”

“InsyaAllah boleh ustazah, kami semua akan cuba yang terbaik untuk menang tahun ni” ujar ku.

“Hah itupun dia cikgu rustam dah sampai”. Kata salah seorang rakan sepasukan ku.

“Awalnya, kata esok? Ke matahari dah terbenam aku tak perasan? “ kataku.

“Haah kan? Pandailah kau qasya, aku rasa cikgu tu dah tak sabar nak jumpa kita kot, terutamanya aku, sebab akukan cantik. Hahaha” kata Mus dengan nada bergurau.

Akhirnya cikgu terseebut berdiri dihadapan kami. Lalu berkata “ harini cikgu dating nak tanya, kamu semua boleh main bola tampar tak?”

“boleh” jawabku dengan penuh semangat.

Sambil memandangku cikgu tersebut berkata” ok bagus, kalo begitu kamu semua berlatih elok-elok, cikgu ada hal sedikit”

“Ok cikgu” serentak kami semua menjawab.

“itu je ke motif dia datang sini? ” kata firzana. “Haah tau tak pe,tapi ok lah bertanya khabar daripada tak jenguk langsung”. Kataku dan disambut dengan gelak tawa mereka. Barangkali teringat lagu ‘aku tanya apa khabar’ oleh itu perkataan apa khabar amatlah menggeletek hati mereka.

“Ok jom sambung berlatih dekat gelanggang, pecah dua,sini enam sana enam” kataku

“ ok jom” sambut mereka. Seperti kebiasaan, pasti mereka berebut bahagian gelanggang yang tidak menghadap matahari kerana takut muka hitam termasuklah aku.

Namun aku sedikit terkilan kerana semenjak tingkatan satu pasti aku akan berada digelanggang yang menghadap matahari kerana gelanggang yang redup untuk senior sahaja.

‘Tak mengapalah, jangan ikutkan perasaan qasya, zaman berubah jangan jadi macam senior dulu.’ Monologku dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience