Chapter 3

Other Completed 10716

Bab 3

Hari itu, sejak pagi lagi aku merasa kurang sihat. Setelah beberapa kali muntah didalam tandas sekolah,sememangnya aku tidak larat untuk bersukan.

“Qasya ko demam ni, panas dahi kau. Nak pergi klinik tak petang ni? Aku boleh temankan ” kata rakan karibku Afiqah.

“Tak pe lah, aku ada latihan bola tampar ah, kalo tak pergi nanti diorang berlatih main-main pulak” jawabku lembut kerana tak mahu mengecilkan hati afiqah.

Tepat jam 4:30 petang, aku pun sampai ke gelanggang. Suka hatiku dapat bermain bola tampar, tidak terasa olehku demam yang mencecah 40 darjah celcius. Tidak kunafikan memang aku gemar sekali bermain bola tampar,aku suka perasaan mengawal bola dengan tanganku, seolah-olah segala tekanan sewaktu belajar hilang begitu sahaja.

‘Bang’ kedengaran bunyi kaca pecah. Kami berlari ke arah bunyi tersebut untuk melihat apakah yang berlaku.

“Qasya, tingkap makmal bahasa arab pecah lah” kata Mus.

“mana budak bola tampar? Semua ada ke? Ada sesiapa tak yang main depan bilik bahasa arab ni?” kata ku dengan penuh rasa ragu. Hal ini kerana gelanggang bola tampar kami agak jauh dari bilik bahasa arab. Namun tidak dinafikan ada antara kami yang berlatih disitu kerana sedikit redupjika dibandingkan dengan keadaan di gelanggang.

“Tak de, kitorang semua main dekat gelanggang je kak qasya”kata dhurrah dengan yakin.

“Ok tak pelah kalau macam tu kita tak payah masuk campur hal ni, nanti kita pulak yang dituduh sebab kita ada kat sin.jom sambung berlatih”

Petang itu berakhir seperti biasa, selepas menyimpan semula alatan yang digunakan, kami menuju ke dewan makan untuk makan malam bersama-sama.

Kelihatan cikgu rushidah menuju kearah kami sambil berkata, “qasya, kan cikgu dah pesan yang kamu mesti tamatkan latihan sebelum pukul enam petang! Kamu ni tak faham bahasa ke? Nak cikgu cakap bahasa tamil baru kamu nak faham? Kamu dengar sini, kamu semua mesti turun surau macam biasa pukul 6.45, tak ada alas an. Kalau tidak kamu semua akan didenda.” Mataku mengerling kea rah jam dinding dewan makan, jam menunjukkan tepat pukul 6:20 dan kami baru ingin memulakan suapan. “Baik cikgu” kataku tanpa banyak alasan.

“Cepat weh makan, nanti kita lambat lagi macam semalam. Pastu kena cubit lagi. ” kata Mus

“haah, lebam semalam pun tak pulih lagi,tak nak lah kene tambah lagi” kata syara dengan nada sedih.

Aku bersyukur kerana mereka sudah mula memberikan komitmen yang padu terhadap pasukan ini, tambahan pula hubungan kami semakin hari semakin akrab. Inikah yang kita panggil. ‘kuasa bola tampar’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience