Chapter 8

Other Completed 10716

Bab 8

Setelah berlatih bersungguh-sungguh, akhirnya tibalah hari perlawanan. Kami datang awalke gelanggang perlawanan yang diadakan di sek men teknik Melaka tengah.

Motifnya adalah untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang baharu.kelihatan ramai pasukan-pasukan dari pelbagai sekolah mula memenuhi kawasan tersebut.

Waktu kian suntuk untuk mendaftar di meja pendaftaran, namun guru urus setia psukan kami masih tidak kelihatan. Sudah beberapa kali guru dimeja urus setia melaungkan nama sekolah kami supaya mendaftar. Aku memberanikan diri berhadapan dengan guru tersebut. Sambil berkata “cikgu saya dalam perjalanan. Sekejap lagi dia sampai.”

“Hah ingatkan tak nak main. sekolah kamu pun bukannya hebat sangat, kalau main tak menang buat apa kan?” katanya dengan nada sinis.

“Tak cikgu kami datang memang nak menang pun. Buat apa datang untuk kalah kan cikgu?” lantang aku bersuara. Aku berlalu pergi dari meja urus setia dan kembali ke meja rakan-rakanku.

“Weh jom ambil gambar, tahun ni tahun terakhir aku dengan mus main. Jadi jom ambil gambar lebih-­lebh siket.” Kataku dengan nada riang melupakan kata-kata cikgu urus setia sebentar tadi.

“Alaaa, mesti kitorang rindu akak kitorang ni nanti” kata najwa dengan nada manja..

“Hmm..tu tak boleh nak tolong lah, tapi tahun ni kita mesti menang ok? InsyaAllah”

Setelah selesai urusan pendaftaran, akhirnya pertandingan dimulakan.

Gelanggang C perlawanan antara SMKA syarifah rodziah dan SM St David.

Seperti biasa, kalau perempuan main.. lelaki dari sekolah tersebut akan menyokong sekolah mereka dan begitulah sebaliknya. Namun begitu, sekolah kami semua perempuan, maka tiada sesiapapun yang menyokong kami.sememangnya menyedihkan.

Namun hari itu kami buat yang terbaik dan sehabis baik . kami tidak memberikan ruang untuk kesilapan kecil. Mujurlah sekolah St David setaraf dengan kami dari segi skill dan pengalaman pemain mereka.oleh itu, kami menang dengan jarak 25-11 dan 25-14.

Setelah berjabat tangan dan mengucapkan nice game. Kami bersurai dan menuju ke surau untuk mengerjakan sujud syukur. Dua perlawanan lagi untuk menentukan sama ada kami layak ke semi final atau tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience