Beberapa hari kemudian…heboh berita mengenai pengumuman acara ulang tahun Perusahaan Alexander Corporation yang ke-30.Para staf- staf syarikat tidak sabar menantikan acara besar-besaran yang akan berlangsung malam ini.
Terlihat beberapa orang pegawai wanita sedang asyik bergosip.Mereka adalah antara pegawai wanita yang popular, Maya, Rita, dan Thia.Maya paling bersemangat bergosip.
“Listen guys!... malam nie..aku dah tempah dress paling elegan dari butik Royal Queen..” kata Maya, penuh gaya diva.
“Nie mesti sebab malam ni kau nak jadi paling menyerlah,kan? Tapi malangnya..aku dengar malam ni akan ada cabutan bertuah yang akan dibuat oleh Tuan Fakhri…” kata Rita.
“betul tu..katanya tuan fakhri akan pilih random nama dalam kotak..nama yang bertuah akan dapat hadiah yang lumayan..tak sabarnya!” Thia nampak teruja sangat.
“Aku pasti akulah orang yang bertuah tu! Tuan Fakhri akan pilih nama aku..”kata Maya sambil tersenyum megah.
Tiba-tiba Maya terlihat Eva yang sedang berjalan menuju ke arah lift.Maya mendapat idea.
“Excuse me!” Kata maya dengan senyuman palsu.
“Huh?” Eva langsung berhenti lalu melihat maya.
Maya tersenyum licik dalam diam.”Boleh tolong saya?” Kata maya dengan nada baik.
“Nak tolong apa?” Eva berkerut sejenak.Rita dan Thia saling melirik satu sama lain dan tersenyum menahan ketawa.
“Tolong sapu kotoran kat lantai ni? Boleh?” Kata Maya.
“S-saya?” Eva menunjukkan dirinya sendiri dengan wajah bingung.
“Kaulah..siapa lagi?”kata Maya menjeling malas.
Rita dan thia hanya menahan senyum.Eva terdiam sejenak.Apahal pulak dia yang kena sapu lantai?
“Aku ni bukan apa..tuan fakhri sangat percayakan aku dalam syarikat ni..dan aku boleh je arahkan sekretaris dia juga, kan? macam kau..” Maya berkata penuh angkuh.
“Nah penyapu dengan mop! biar berkilat lantai ni, ok?” kata Maya.
“Tapi…” belum sempat Eva bersuara, Maya, Thia, dan rita berlalu pergi sambil menahan ketawa.Eva dalam diam menahan sakit hati.Tak sangka pegawai-pegawai senior itu membulinya begini.
Dengan pasrah, Eva mulai menyapu kotoran di lantai itu..semua staf melimpas sambil berbisik-bisik.Eva tidak mempedulikan tatapan² mereka.
“What is this?!” Tiba-tiba, sebuah suara dingin kedengaran dari belakang.Eva terkejut dan menoleh.Para staf² yang lain juga automatik terkejut sama.
****
“Bak sini penyapu dan mop tu!”
Eva tersentak.Tangannya yang memegang penyapu dan mop langsung menjadi kaku.Penyapu dan mop itu dirampas dari tangan Eva.Tuan fakhri menatapnya tajam.
“Kamu buat apa ni?” tanya tuan Fakhri.
“Buat kerjalah..”balas Eva spontan.Tiba-tiba bulu romanya berdiri tegak.
Tuan Fakhri memutar bola matanya malas.”Buat kerja this is not your job!” tegasnya.Eva tahu itu memang bukan tugasnya tapi…yang di beruang kutub nak mengamuk sangat kenapa?
“Bagitahu aku cepat..siapa suruh kamu buat kerja ni?” Kini Tuan Fakhri sedang menagih jawapan.Mukanya masih datar tetapi tetap menakutkan.Dah lah pandangan tajam ceo-nya ini pun seram!
“Hmm.. first of all, Tuan Fakhri…tolong bertenang dulu?” Kata Eva ..dah namanya dia hanya sekretaris.Apalah kuasa untuk menyedapkan hati sang Ceo-nya ini..
“Hn..sudah!” Tuan Fakhri masih memiliki wajahnya yang menakutkan itu.Eva hanya menatap Tuan Ceo-nya itu malas.
“Tapi muka tuan masih menakutkan..” gumam Eva..namun didengari tuan Fakhri.
“Cakap atau…” Tuan Fakhri menjeling ke arah semua staf² syarikat di sana. “Gaji semua staf syarikat akan dipotong bulan nie!”
“What?!” Semua staf terkejut gila mendengar kata2 tuan Fakhri itu.Eva terkejut sambil terbeliak kecil.
****
“So…cakap cepat!” Tegas Tuan Fakhri sambil menatap tiga orang pegawai wanita di hadapannya.Maya tersentak dan menunduk.Thia dan Rita juga tak berani angkat muka.
“Kamu bertiga ni bisu ke? tadi boleh pulak pandai² suruh orang buat kerja hm? Sekarang bila aku tanya…tak nak jawab pulak?” Kata Fakhri dengan dingin.Maya, thia dan Rita ingin menangis ketika dimarahi oleh Tuan Ceo mereka itu.
“Sekali lagi kamu berani suruh2 sekretaris aku..kamu bertiga akan dibuang kerja..” Maya, Rita dan Thia mengangguk.Tuan Fakri kembali semula ke mejanya.
“Kamu boleh keluar!”
Maya and the geng keluar dari pejabat dengan segera.Saat keluar, Maya sempat menjeling Eva tajam.Eva hanya diam lalu masuk ke dalam ruangan Tuan Fakhri.Fakhri mendongak kepalanya menatap Eva yang baru masuk.
“Tuan okay? nampak macam stress je..” tanya Eva dengan penuh hati-hati.Maklumlah..takut si beruang kutub ni cepat sensitif kan?
“I'm okay..” balas Tuan Fakhri.Namun, mukanya nampak murung dan penat..membuatkan Eva tidak tenang.”Dia nampak murung je..” batin Eva sambil meneliti wajah tampan Tuan Fakhri itu.
“Kejap2..yang aku kisah sangat kenapa? aku bukan siapa2 pun..” Eva mengeleng kepalanya cepat.Tuan Fakhri pula sedari tadi memerhatikan gelagat Eva yang tiba-tiba geleng kepala.
“Eva..kamu sakit kepala ke?” tanya Tuan Fakhri, berkerut.Eva terkejut dan agak malu. “Eh bukan2!..saya tengah exercise kepala je..”
“Exercise…kepala?” Ulang Fakhri penuh tanda tanya.Ada ke orang exercise kepala? First time dengar, pikir Fakhri.
“Betul! Exercise kepala…hehe.” dalam diam Eva ingin menampar diri sendiri.Mana ada orang exercise kepala!? Ya Allah.. malunya.
Tuan Fakhri hanya menggeleng pelan.Walaupun terang2 nampak pelik tapi..Eva nampak comel je..Fakhri menyembunyikan senyum tipisnya.
“Malam nie..wajib datang, ok?” Tiba-tiba Fakhri memention acara malam ini di hadapannya.Eva agak tersentak.”Tapi tuan..staf2 lain cakap kalau tak hadir pun tak apa kan?” Soal Eva.
“Tapi kamu wajib datang, Eva..as my secretary.” Tuan Fakhri berkata dengan penuh tegas..seolah2 dia mahu Eva hadir.Eva baru mahu bersuara, Tuan Fakhri mencela lagi. “ini perintah! bukan jemputan..”
Eva menatap Fakhri horror.Si beruang kutub ni memang suka je memerintahnya..
****
“Fakhri…ayah nak cakap sikit…” kata tuan Alexander yg sedang duduk di ruang tamu kediaman mereka.Fakhri yang baru pulang dari syarikat langsung menghampiri ayahnya.
“Ayah nak cakap tentang apa?” Soal Fakhri..datar.Pelik, ayahnya first time nampak serius dan lebih menggerunkan.Tuan Alexander berdehem singkat.
“Ayah nak tanya tentang sekretaris baru kamu tu.. betul ke perempuan tu bakal isteri kamu?” nada Tuan Alexander sangat serius.
Fakhri agak tersentak dgn pertanyaan ayahnya itu namun dia terlihat terdiam dari luaran.
Tuan Alexander seakan membaca reaksi putra bungsunya itu..lalu semakin menatapnya tajam. “Kamu tak cuba menipu ayah, kan? Siapa perempuan tu? Apa latar belakang dia? Kamu fikir ini cerita korea ke? Senang2 je heret anak orang terus kata dia bakal isteri kamu, hah?!”
Tiba-tiba Tuan Alexander seperti membentak.Fakhri masih terdiam dgn muka yang dua kali lima macam ayahnya.
“So ayah nak bukti?” Kata Fakhri membuatkan Tuan Alexander terdiam.Fakhri tersenyum sangat tipis.
“Hm! Buktikan pada ayah…kalau sekretaris baru kamu tu..sepadan dengan kamu..dan sesuai dgn kriteria yang ayah nak!” Kata Tuan Alexander.
“Ok..deal ayah! malam ni Fakhri buktikan.” Fakhri bangun dari sofa dengan santai.Tuan Alexander masih menatap anaknya ragu.Fakhri sudah tahu yang susah untuk menyakinkan ayahnya itu..namun Fakhri ada plan B untuk itu..
komen????
Share this novel