Suasana menjadi hening. Eva masih terdiam kaku di sebelah Tuan Fakhri yang sedang berhadapan dengan keluarganya. Fakhrul abangnya dari tadi menahan senyum melihat gelagat adik lelakinya dengan gadis comel disebelahnya.
Tuan Alexander terus memerhatikan Eva dengan penuh teliti. Eva jadi nervous. Apahal semua ini? kenapa ayah ceonya melihatnya seperti itu?
"Jadi ini pilihan kamu?" Tuan Alexander menyoal Tuan Fakhri yang hanya tenang. Eva memutar matanya malas. Ayah dengan anak 2 × 5 je. Dua-duanya kalau bertatap dengan muka datar dan dingin. Ish,ish,ish.. tapi kejap.. pilihan? pilihan apa pulak ni? Eva menoleh melihat Tuan Fakhri.
"Yes, dan keputusan Fakhri dan muktamad. I will marry her. " Tuan Fakhri melirik ke arah Eva yang langsung terbatuk mendengarnya. Tuan Alexander terkejut.
"Tuan, apa semua ni hah?" bisik Eva panik. Gara-gara ucapan si beruang kutub tu, semua pihak memberikan banyak reaksi.
"Ayah nampak kan? She look beautiful like other girl you want me to marry. Lagipun Fakhri kenal Eva. Dia sekretaris Fakhri." Tegas Fakhri tanpa ragu. Pandai juga ya si beruang kutub ni berlakon? Eva cuba memahami situasi sekarang. Walaupun dia masih panik. Tuan Fakhri memang suka buat keputusan tanpa bincang dengan dia dulu. Last-last Eva kena hadap.
Tuan Alexander terdiam. "Fine. Tapi asal usul keluarga dia pun ayah tak kenal. Macam mana ayah nak restu?" Eva langsung panik dalam hati. Eva dah agak! mesti Tuan Alexander mahu menantu dari anak orang kaya! Eva kena reject dalam list.
"Abang ni! cerewet sangat. Apa yang penting Fakhri dah ada calon isteri kan?" kata Puan Suriati dengan lembut. Tuan Alexander tetap datar.
"Tapi aku cuma nak pastikan dia dari keluarga yang baik-baik." Kata Tuan Alexander membela diri. Puan Suriati kini menatap suaminya garang. "Abang! awak tak yakin dengan pilihan anak kita? dari kecil Fakhri selalu dengar cakap awak. takkan dia dah besar panjang pun nak kena ikut pilihan awak? malaslah saya nak cakap dengan abang ni!"
"Eh sayang.. janganlah macam tu." Tuan Alexander panik melihat isterinya merajuk. "Tch fine. Terserah kamulah Fakhri." Pasrah Tuan Alexander.
"Eva yang melihat semua drama itu melongo. Macam tu je? ingatkan akan ada scene macam dalam novel yang ayah Fakhri takkan merestuinya. Tapi lain pulak yang jadi ni.
"Empressive!" Fakhrul, abang Fakhri bertepuk tangan. Fakhri hanya memutar bola matanya malas. Sudah pasti tidak lain tidak bukan abangnya itu ingin mengusiknya.
"Tak sangka ya adik boleh yakinkan ayah macam tu je? tapi betul ke serius nak kahwin ni? bukan kamu kata Eva tu cuma sekretaris kamu je ke?" Soal Fakhrul.
Fakhri diam sejenak, "Yes, dia hanya sebatas sekretaris, jari?" "Perkahwinan bukan game, ri.. ada tanggungjawab yang perlu dipikul dan banyak cabaran."
Fakhri mengerutkan dahi. Abangnya ni apahal dah jadi penasihat alam perkahwinan pulak ni? kahwin pun belum!
"I know," Fakhri menyilangkan tangannya di atas dada. "But ini je jalan penyelesaiannya supaya ayah dan ibu tak kahwinkan Fakhri dengan Veronica."
"Kamu masih bencikan Veronica ke? Fakhri.. itu kan masa lalu. Lagipun Veronica ada impian untuk jadi model waktu tu.So dia terpaksa pergi.."
"Tak perlulah abang nak back up dia. Lagipun dia kan banyak fanboys. Banyak je lelaki nak dekat dia." Fakhri berkata dengan nada sinis. Tentulah fakta bahawa Veronica banyak fans lelaki, sudah cukup membuatkan Fakhri muak dengan wanita itu.
"Lagipun," Fakhri tiba-tiba terfikirkan tentang Eva. Kadang-kadang Fakhri rasa lucu dan comel pulak gadis bertudung soft pink itu. Gaya Eva yang selalu bermuka terkejut dan sabar melayan karenahnya membuatkan Fakhri tersenyum tanpa sebab.
"Lagipun apa?" Fakhri menaikkan kening. Melihat Fakhri tersenyum tipis membuatkannya tertanya-tanya. Apakah yang membuatkan adiknya yang tidak pernah tersenyum itu, senyum begini?
"Tak ada apalah." Fakhri menggelengkan kepalanya. Fakhrul masih menatapnya curiga. Dia mahu tahu jugak siapa yang telah membuatkan adiknya yang berhati ais itu tersenyum. Tetapi tiba-tiba suara MC majlis menghalang niatnya bertanya.
"Nampaknya dah nak masuk acara terakhir." kata Fakhrul mula duduk di tempat duduk vvip. Fakhri menarik nafas panjang. Dia sudah tahu apa maknanya itu. Tapi kejap, dia tidak melihat Eva di mana-mana. Mana Eva?
"Para hadirin sekalian! tiba masanya untuk acara terakhir. Adakah semuanya tidak sabar?!!" kata MC majlis. Suara gadis-gadis berteriak paling kuat berbanding lelaki.
"Baiklah! kita akan teruskan dengan acara "Lucky Box" yang akan dilaksanakan oleh Tuan Ceo kesayangan dan kegilaan ramai, dipersilakan Tuan Fakhri!"
"Kyaaa! Tuan Fakhri!!" jerit semua tempat wanita histeris. Fakhri hanya menghela nafas pelan. Kenapalah ada acara merepek macam ni?MC Hisyam menunggu Tuan Ceo terhormat naik ke atas pentas. Semua tetamu memberikan tepukan yang gemuruh.
"Tuan Fakhri, kenapa tak naik lagi? naiklah, nanti ayah anda marah lagi." kata Rafeeq. Fakhri masih duduk dan terdiam. Tiba-tiba acara menjadi semakin riuh kerana kehadiran model cantik Veronica Rose. Veronica tersenyum melihat Fakhri.
Fakhri akhirnya berdiri ke atas pentas. Dia menatap Hisyam sejenak. Perlukah aku buat ni?" Soal Fakhri dingin. Hisyam menelan ludah gugup, "Maaf Tuan tapi saya hanya menerima arahan atasan." Fakhri menghela nafas lalu tangannya mengangkat box itu dan menggoncangnya. Setelah selesai Tuan Fakhri memasukkan tangannya ke dalam box dan mengeluarkan kad nama bertuah.
Semua hadirin berdebar menantikan keputusannya. Siapakah nama yang bertuah di tangan Tuan Fakhri itu?
"Boleh Tuan Fakhri bacakan nama di atas kad?" kata MC. Fakhri membuka kad nama dan menatapnya datar. Keningnya agak terangkat.
"Cik Rebecca Eva." Sebuh Tuan Fakhri. Suasana yang tadi riuh tiba-tiba senyap.
support lah saya.. dah malas nak tulis ni..
Share this novel