Hari ini hari first.Eva sudah menyiapkan dirinya dan datang awal lagi.Harap-harap sang Ceo tak banyak ragam.Eva menantikan si beruang kutub di depan pintu utama Alexander Company.Ini bukannya keinginan Eva tetapi idea Encik Rafeeq,pegawai bawahan si beruang kutub,kononnya arahan dari beliau.
Dah setengah jam Eva berdiri macam tunggul.Batang hidung Ceo Fakhri masih tak muncul.Kaki Eva dah mula lenguh.Encik Rafeeq pula hanya steady.
"Sorrylah eva..Tuan Fakhri memang selalu datang office tak tentu jam.. sabar ya.." kata Encik Rafeeq penuh rileks.
"hmm..apa yang si beruang kutub ni buat sampai dia lambat ni?" pikir eva agak malas menunggu.
Namun tiba-tiba, datang sebuah kereta Marcedes merah memecut ke pintu utama.Dengar saja bunyi kereta mahal itu, berpusu-pusu pegawai-pegawai dan staf wanita berlari ke hadapan pintu.Eva terkejut...dan tiba-tiba keluar CEO Fakhri dari dalam dengan penuh berkarisma.
Seiring dengan itu...entah pula dari mana muncul pihak media untuk menemu bual CEO Fakhri.Eva agak melongo melihat hal tersebut berlaku di depan matanya.Momen macam ni hanya pernah nampak kat TV je.
Tetapi beberapa bodyguard dan sekuriti menghalang pihak media mendekati CEO Fakhri.Pihak media terus berusaha meminta perhatian CEO Fakhri namun,sang Ceo tidak melayan mereka.
Apabila Fakhri melihat eva,langsung saja mereka ber'eye-contact' . "Eva!" panggil Ceo-nya dengan lantang.Eva sontak tergamam dan sang Ceo memberi isyarat untuk mengikutinya.Tanpa banyak tanya,Eva mengikuti CEO Fakhri masuk ke dalam Perusahaan.Banyak mata-mata yang melihat ke arah Eva.Beberapa pegawai wanita nampak tidak puas hati.
"Siapa tu?tak pernah nampak pun.." kata seorang pegawai wanita yang berkulit putih babyface bernama sofia.Seorang lagi mencelah, "Hari pertama lagi dah menggatal nak dekat CEO Fakhri..sundal betul!"
"Its okay guys! CEO Fakhri tak mungkin taste ngan perempuan tu..dah lah tak ada style..lainlah macam kita nie..ada class!" kata seorang yang berlagak diva dan over.
"Excuse me? korang memang tak ada kerja lain eh? asyik nak umpat orang lain je!" Shilla menyampuk, bengang pegawai-pegawai wanita itu mengata kawannya.
Pegawai-pegawai wanita itu hanya melihat Shilla tajam. "Suka hatilah! mulut kitaorang kan?orang lain yang kitaorang umpat..kau nak panas..apahal? tolong sedar yang kau tu cuma pangkat staf biasa je! gaji berapalah sangat.." ejek mereka sombong.
"At least..aku tak bongkak macam korang! lagipun..orang yang kau umpat tu.. sekretaris CEO Fakhri kita.." Shilla tersenyum bangga.Para pegawai wanita itu terbeliak kerana terkejut.
"WHAT?!!" kata mereka serentak.Para pegawai wanita itu semakin geram.Shilla hanya ketawa mengejek dan berjalan pergi dengan senyuman kemenangan. "Padan muka.." bisik Shilla.
Sementara itu, eva berjalan cepat, takut ketinggalan di belakang CEO Fakhri yang melangkah laju.Nak naik semput eva dibuatnya.Fakhri terus berjalan pantas sehingga sampai ke bilik pejabat.
"Bilik kau kata sebelah aku...semua fail-fail kat atas meja tu aku nak kau settlekan sampai siap.Aku nak cek sebelum waktu lunch." kata Fakhri tegas.
"hmm..tapi Tuan...saya kan masih baru..kalau saya tak tahu macam mana nak buat?" tanya Eva.Fakhri menghela nafas.
"Kalau kamu tak tahu...boleh tanya Rafeeq..faham? selagi aku tak panggil...kamu jangan datang..got it?" Fakhri menatap Eva,tajam. "Rafeeq?" ulang Eva.
"Yes..Rafeeq akan explain semuanya.Dah! mula kerja,now!"
Fakhri langsung masuk ke dalam bilik pejabatnya.Eva hanya berdiri kaku tanpa berkedip.Beberapa detik kemudian..Eva mulai masuk ke bilik pejabat bersebelahan si beruang kutub.Saat Eva masuk, ruangan sekretaris itu terlihat sederhana dan agak berhabuk.
"Uish, berhabuknya bilik ni..agaknya dah berapa lama bilik ni tak berpenghuni ya? ke..si beruang kutub tersalah bagi bilik kat aku?" kata Eva sambil mula menyapu lantai bilik itu.
Selesai saja dia membersihkan bilik itu,Eva melihat fail-fail di atas meja."Nie mesti fail-fail yang dikatakan tu...banyak betul!" Eva menatap fail-fail itu dengan horror.Si beruang kutub biar betul bagi dia kerja sebanyak ini? jangan dia kena prank?!
...
Sudah tiga jam Eva mengerjakan fail-fail itu dan mujur Rafeeq datang. "Cik Eva perlu bantuan?" Eva terkejut dan lega melihat Rafeeq.
"Betul Encik Rafeeq! encik sampai tepat pada waktunya!" kata Eva teruja. Rafeeq mula memeriksa fail-fail itu lalu menjelaskan kepada Eva dengan lancar.Eva hanya angguk dengan tunjuk ajar yang diberikan Rafeeq.
"Thanks encik Rafeeq... penjelasan yang mudah difahami.. encik sesuai jadi guru!" puji Eva.Rafeeq hanya geleng. "Tak ada apalah..just call me Rafeed atau feeq je..btw, aku tak minat jadi guru...aku cuma biasa menjelaskan benda ni kat bekas-bekas sekretaris sebelum kau.."kata Rafeeq.
"Kalau boleh saya tanya..kenapa semua sekretaris yang lama berhenti kerja kat sini?bukan ke perusahaan ini syarikat yang terkenal?" tanya eva hairan.
"Semua sekretaris tu dah kena pecat...dan ada juga yang berhenti sebab tak tahan..."kata Rafeeq.Eva terkejut.
"Tak tahan? strict betul ke Tuan Fakhri tu?" tanya Eva masih serius.Encik Rafeeq hanya mengangkat bahu. "Entah..bukan aku yang jadi sekretaris.. lagipun,tak ada siapa tahu sebabnya..tapi...tak payah fikirlah.. fokus ne dengan kerja kau sekarang..." kata Rafeeq lalu berjalan ke pintu.
"Jangan-jangan...aku pun akan kena juga? omg!" Eva memegang kepalanya.Rasa macam seram pula cerita encik Rafeeq tadi..kenapa shilla tak pernah cerita kat dia pasal ni? eva akan tanya Shilla nanti...
Waktu lunch hampir tiba,.eva dipanggil ke ruangan Ceo Fakhri.Eva masuk dengan perasaan nervous.Boleh jadi ini last day dia kerja kat sini.Fakhri yang melihat Eva melarikan pandangan berasa hairan.
"What's wrong Eva? ada apa-apa yang kamu nak cakap ke?" Tumpuan Fakhri kini fokus seratus peratus kat Eva. Eva tersentak.
"Tak ada apa-apa lah!" Eva geleng cepat.Fakhri menatap Eva penuh datar. "Kamu tahu...aku tak suka orang yang tak jujur dan tak siap kerja on time.." Eva menelan ludah gugup.
"Tapi sebab mood aku baik hari ni..aku maafkan." Fakhri mengecop semua fail-fail yang dibuat Eva begitu saja.Cop itu menandakan Eva lulus di hari pertama.Perasaan Eva terkejut tambah gembira.
"Tuan betul-betul serius?! saya lulus? saya tak dipecat ke?" tanya Eva teruja.Mendengar saja perkataan pecat, Fakhri berubah dingin.
"Pecat? aku tak mention nak pecat kau... adakah sebab itu kamu takut tadi? ohh..pasti Rafeeq yang cakap pasal hal tu lagi kan?" Wajah Fakhri serius dan dingin.Eva menelan ludah gugup.Apahal si beruang kutub ni macam nak badmood je...
"Jangan mention perkataan tu..or..aku betul-betul akan pecat kau..faham eva?" kata Fakhri tegas.Eva segera anggukan kepalanya. "B-baik Tuan!" kata Eva redha.Apa yang penting..si beruang kutub tak sekejam yang disangka.
Fakhri angguk dengan puas hati. "Dah.. pergi makan tengahari.. nanti kalau sakit,susah pulak.." Fakhri memandang ke arah lain dengan muka tak friendly. Eva tersenyum dan angguk.Tiba-tiba Eva melihat patung kecil beruang kutub yang comel, perhiasan di atas meja sang Ceo.Memang padanlah patung tu dengan si beruang kutub tu!
Helo para pembaca.. Sila support karya ini dan terima kasih sudah sudi baca..
Share this novel
ok
nak tunggu lanjut nyah????????
Saya suka cerita ini bagus????????????