KTC BAB 6

Romance Series 13237

"Apa semua nie Tuan? apasal cakap saya ni "isteri tuan" hah?" tanya Eva tak puas hati.Raut Tuan Fakhri hanya tenang.

"Kan aku dah cakap..aku minta tolong.."

"Amboi-amboi si beruang kutub ni...muka tak bersalah pulak dia tayang kat aku? ish! geramnya!" batin Eva.

"Minta tolong apa macam tu? tuan tak boleh sesuka hati je guna nama saya untuk kepentingan tuan sendiri! tak ada pun termaktub dalam kontrak!" kata Eva.

"Eva...boleh kamu jangan serabutkan lagi kepala aku? kita takkan kahwin pun! tak akan sampai level tu! faham?" Tuan Fakhri meninggikan suara.

"B-betul ni? sebab tuan pun tak nak kahwin dengan saya kan? saya tahu type tuan mesti perempuan cantik macam Mira Filzah kan?" kata Eva agak merendah diri.Tuan Fakhri hanya beraut datar.

"Dan jangan mengarut! bukan urusan kamu type perempuan aku! but one more thing!"

"Apa?" Eva menatap Tuan Fakhri.

"Kalau ibu aku tanya atau ajak pergi mana-mana...kamu mesti bersikap sebagai calon menantu yang baik..faham?"

"Hmm..oke.." kata Eva pasrah.

"One more thing! ini last.."

"Apalagi si beruang kutub ni nak?" batin Eva malas.

"Kamu dilarang keluar dengan lelaki lain...sebab aku tak nak keluarga aku fikir yang bukan-bukan...kamu hanya boleh keluar dengan aku..faham?"

si beruang kutub ni dah melebih-lebih pulak! Apa dia ingat Eva ni isteri dia ke nak kongkong-kongkong macam ni? naik tension Eva dengan sikap sang bos dingin macam ni!

...

"Fakhri.."

Fakhri menoleh ke arah suara.Veronicca tersenyum lembut.Fakhri hanya datar.

"Dah lama rasanya kita tak jumpa berdua macam ni kan? I rindu sangat time tu...you masih tak dingin dengan I.." kata Veronica.

"Siapa Eva sebenarnya? why you gunakan gadis tak bersalah macam dia untuk jadi dinding penghalang kita bersama? we almost together, Fakhri.." Suara Veronica sayu.

"So sebab ni kau nak jumpa aku?aku tak nak bahas kisah lama, Veronica...lepas je kau pergi..aku dah malas nak buka hati lagi..aku muak."

"Muak atau just alasan? Fakhri...I pergi untuk kejar impian I.."

"Apapun alasannya..we cannot be together anymore! understand? kita dah besar Veronica! cubalah terima kita bukan jodoh!"

"But no! I..I tak boleh..please.." Veronica merayu.

"Just forget about us..about the past! thats it!"

"Stop! Fakhri! no!" Veronica broken heart.Dia cuba mengejar Fakhri yang semakin menjauh.

Meanwhile..

"Huhuhu!"

"Dah lah tu Shilla...dah 100 helai tisu habis gara-gara kau menangis tonton drama korea ni..muak aku dengar.." Eva menghela nafas, sabar melihat aksi dramatik Shila itu.

"Huhuhu..hiks..tak bolehlah..hiks..drama ni kelakar sangat.."

"Kelakar? tapi kau menangis tu?" Eva hairan.

"Hiks..nak terkencing..huhu..tapi drama ni satu jam lebih lagi..huhu.."

Eva menepuk dahi.Ada-ada sajalah Shila ni.

Tok! Tok! Tok!

"Siapa tu? Shilla..buka pintu!" kata Eva.

"Kaulah! hiks..hiks..aku tengah nangis nie..huhu.."

"Ish kau ni..fine!" Eva berdiri lalu bukakan pintu.

"Eva.."

"Eh? k-kau kan..." Eva tersentak.

"Long time no see... aku rindu sangat dengan kau !"

"Apa kau nak lagi? go away!" Eva cuba menutup pintu...tetapi refleks pintu ditahan oleh tangan kekar lelaki itu. Eva terkejut gila.. lelaki nie memang gila!

"Aku takkan pergi selagi tak dapat apa yg aku nak!"

"Apa kau nak hah Rayyan ? aku tak buat salah apapun kat kau ! " Eva cuba pertahankan diri.

Rayyan mengukir Smirk.
"kau ada apa yang aku nak, Eva! Aku nak kau!"

"What the..kau dah gila agaknya..aku tak nak bersama kaulah!"

Rayyan memetik jari lalu konco2nya keluar untuk membawa Eva ke dalam kereta. Shilla ternganga melihat apa yang berlaku.

"Lepaskan aku bangsat!"

"You are mine now, Eva! shut up!"

"Evaaaa!!! woi! lepaskan kawan aku lelaki tak guna!"

"Hapuskan perempuan tu! lepas tu buang je mayat dia kat laut"

"Celaka punya jantan!!" Shilla berang. Ada ke patut mayatnya nanti dibuang ke laut? kejam betul Mafia bangsat ni!

Eva terus meronta-ronta, cuba melepaskan diri dari tangan para Mafia itu. "Lepaskan aku !! jerit Eva dengan penuh struggle. Para mafia itu terus Cuba mengheret tubuh Eva ke kereta Rayyan.
"Hn.. kalau kau terus melawan..akan makin teruk, Eva ! jadi dengar cakap aku!" kata Rayyan, angkuh. Rayyan mula melangkah ke kereta untuk bertolak. Eva pula tetap berdegil dan takut jika Rayyan berniat tidak baik.

Tiba-tiba
muncul sebuah kereta hilux memecut laju dan hampir ingin
menabrak para mafia itu...
Sontak mafia mafia itu refleks bubar dan melepaskan Eva.
Kereta Hilux itu berhenti tepat di hadapan Eva yang hanya ternganga kecil melihat situasi itu. Tiba-tiba keluar Fakhri dari dalam Hilux itu lalu memandang Eva

"Kau okay?" kata Fakhri, risau.

"Huh? ah-ah..aku okay...thanks!"kata Eva agak gugup Padahal,
dalam hatinya hairan dengan Sikap
Fakhri yang auto berubah 180 darjah.
Rayyan terkejut melihat kemunculan Fakhri yang tiba-tiba itu dan berdecih kesal. Para mafia bawahan Rayyan masuk ke dalam kereta masing-masing. Fakhri menyadari tatapan Rayyan lalu mereka ber eye-contact
Seketika..

"Jom bla!" arah Rayyan jelas nampak marah kerana plan untuk mendapatkan Eva gagal. Rayyan terus menatap Fakhri seolah ada laser permusuhan di tengah-tengah mereka... lalu Rayyan pergi bersama Konco -nya.

Fakhri terus menatap kereta hitam itu pergi.. tiba-tiba perasaan tidak tenang muncul di hatinya yg selalu dingin itu... Fakhri jujur tidak suka para lelaki tadi menyentuh Eva, sekretarisnya.



Setelah kejadian tadi..Eva hanya senyap di dalam kereta Fakhri.Shila? Setelah kejadian tadi Shilla tiba-tiba ada urusan dan terpaksa meninggalkan Eva.. So..

jadilah moment ini, di mana Eva hanya senyap dalam kereta Fakhri.

"kau tak nak tanya ke yang kita nak pergi mana?"
Soal Fakhri, datar.

"Kita nak pergi mana?" Soal Eva, apabila tersedar dari termenung.
Fakhri menghela nafas
"Hn... kita nak pergi masjid"

"Masjid ?!" Eva terkejut dengan jawapan tak diduga itu. Fakhri angguk seolah dia serius lalu menunjukkan jam di kereta.Jam tepat menunjukkan telah masuk waktu solat asar.

"Kenapa? ada masalah ke?"
Fakhri Curiga melihat reaksi terkejut Eva itu. Eva yang melihat raut Fakhri yang seakan tidak senang, langsung menggeleng Kepala
"Eh, tak ada apa2! okay..jomlah itu idea
yg bagus, Tuan!"
Eva cuba tersenyum untuk menceriakan suasana antara mereka.

Fakhri agak tersentak dalam diam. Dia ingatkan Eva akan menolak untuk ke masjid ..ini di luar dugaan Fakhri.

"Hn..."
gumam Fakhri sahaja lalu kembali fokus memandu.
Eva menarik nafas lega. Setidaknya si beruang kutub tidak badmood dan bersikap biasa kepadanya semula.
Fakhri melirik ke arah Eva dan kemudian kembali menoleh fokus memandu. Fakhri tersenyum sangat tipis sehingga tidak kelihatan
atau disedari oleh Eva sendiri.

Thanks kepada semua supporter dan pembaca kerana singgah membaca karya KTC terbaru saya ini.Insya Allah next bab yang menanti akan lebih seru! Jgn lupa donate coin! thanks

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience