"Aduh..nak pakai apa malam ni? tak ada baju yang ngam je.." Eva hanya terduduk, merenung almari baju yang hanya ada baju-baju yang dia beli kat bundle murah.. memang tak lah nak pakai pergi acara besar tu..
"Hello Eva! kau datang tak? acara dah nak mula..dah ramai orang kat sini.." telefon Shilla. Eva menggaruk kepalanya yang tidak gatal. bingung apa yang perlu dibuat sekarang.
"Hm... aku tak ada baju yang sesuailah nak pakai .." balas Eva. Tiba-tiba suara Shilla menjadi kuat. "What?! kenapa tak cakap awal2 hah? aku ada je baju lawa2!" Shilla mula membebel.
"bukan macam tu..aku.."
Tok! Tok! Tok!
"Eh? siapa yang ketuk pulak ni?" Eva segera ke hadapan pintu. Sebelum membuka, Eva cuba memastikan orang di luar. "Helo? siapa kat luar?"
"Assalamualaikum...Eva!"
Eh! itukan suara mak! terkejut Eva di dalam.
Eva segera membuka pintu. "Mak!! apa mak buat malam2 kat sini? bila masa mak sampai KL?!" soal Eva dengan syok. Mak Eva @ Puan Evelyn beraut panik.
"Eva..mak sebenarnya ada perkara penting nak cakap!" Puan Evelyn segera memeluk tubuh Eva yang masih bingung namun terselit rasa bimbang dalam hati.
*****
"Tuan serius lah? " Rafeeq menatap Tuan Fakhri dengan wajah terkejut setelah mendengar rancangan Tuan Ceo nya itu. Tuan Fakhri angguk dengan wajah serius.
"Jemput Eva dan pastikan she look perfect tonight, Rafeeq." arah Tuan Fakhri dengan tenang.
"Tapi Eva tahu tentang plan tuan ni? pada pandangan saya, tuan perlu tanya Eva dulu.." kata Rafeeq. Tuan Fakhri hanya geleng kepalanya.
"There's no time, feeq... buat je apa yang aku suruh. Aku sendiri akan pastikan Eva setuju dengan plan ni.." kata Tuan Fakhri lagi sambil menyilangkan tangan di atas dadanya. Rafeeq menghela nafas panjang dan hanya akur arahan Tuan Fakhri itu.
Sementara itu di apartment Eva...
Puan Evelyn terus menceritakan kepada Eva apa yang patut anak gadisnya itu tahu.
"Sebenarnya nak... mak datang sini sebab ayah kamu hutang along lagi.. baru-baru ni ayah kamu kena pukul dengan along..mak takut, nak.." luah Puan Evelyn membuatkan Eva sangat terkejut.
"Berapa hutang ayah kali ini...mak? tanya Eva agak kecewa mendengar cerita emaknya itu.Puan Evelyn mengusap air mata dengan lengan bajunya.
"Mak cuma tahu yang ayah kamu pinjam Rm 20 000 untuk bayar air dengan elektrik rumah.. selebihnya guna untuk beli makanan dan lebih dari itu ayah kamu ada transfer dekat kamu.." jelas mak Eva.
Eva tersentak. "Jadi seribu yang ayah transfer itu...hasil hutang?" Eva hampir rebah ke lantai.
"Sekarang along tu nak balik duit tu..tapi dia suruh bayar bunga rm 20600 ringgit..kalau tak bayar habislah kita.." kata puan Evelyn panik.
"Sebab tu mak datang sini.."
"Mak..Eva belum gaji lagi..20600 tu bukan sikit..banyak tu mak..mana cukup gaji Eva.." kata Eva berasa resah.
"Dengar Eva! kalau kita tak bayar hutang ayah tu..kamu, mak dan ayah akan dibunuh! mak takut sangat2! mak takut!! " Tangan Puan Evelyn menggigil ketakutan. Eva langsung menggenggam tangan maknya. Sedih melihat ibunya itu ketakutan seperti itu. Eva juga takut memikirkan nasibnya yang malang itu.
"Eva janji ya dengan mak! kalau gaji nanti..Eva bayar ya mak? sayang mak..hiks.." Eva menahan sebak di dadanya, lalu merasakan tubuhnya didakap kuat oleh ibunya.Walaupun begitu, Eva masih merasakan ibunya masih ketakutan kerana buktinya masih menggigil..kasihan, Eva mengusap belakang ibunya untuk membuat ibunya tenang.
Eva menarik nafas panjang. Kenapa hidupnya sentiasa diuji dengan ujian yang berat ini? sekarang Eva tidak tahu nak buat apa untuk melunaskan hutang ayahhnya itu.
TIIN!! TIIN!! TIIN!!
Eva tersentak dari lamunan, apabila mendengar bunyi bising hon kereta dari luar apartment. Puan Evelyn juga terkejut sama. "Kenapa?" tanya maknya. Eva segera ke tingkap untuk menjenguk ke luar apartment.
"Eh! Rafeeq!?" kata Eva.
Betapa terkejutnya Eva apabila Rafeeq sedang berdiri di luar apartment sambil bersandar di kereta BMMW mahal berwarna hitam gelap.Apa yang asisten kepada Tuan Fakhri itu lakukan di sini? Eva hairan.
"Siapa tu? boyfriend kamu ke?" tiba-tiba Pn Evelyn juga melihat dari tingkap. What? boyfriend? Eva hampir copot jantung dengar. Eva segera menggeleng cepat sebelum maknya salah faham.
"Bukan2! itu asisten Ceo Eva, mak! nama dia Rafeeq!"
"Ye ke? sayangnya kalau begitu.. padahal mak tengok good-looking si Rafeeq tu.. kaya lagi..." puji Puan Evelyn.
"Mak.. lelaki macam tu tak nak dengan orang macam Eva ni.. mesti type dia tu tinggi.." jujur Eva .
"Tapi apa dia buat kat sini?" tanya Puan Evelyn. Eva mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tiba-tiba sekali lagi kedengaran loceng rumah ditekan.Eva segera ke pintu apartment.
"Cik Eva..saya diarahkan untuk jemput awak ke party ulangtahun syarikat malam ini.."
buka-buka je pintu..Eva langsung terkejut dengan penjelasan straight to the point Rafeeq itu.
"Oh! err..macam mana nak cakap ya..saya tak jadi pergi kot.." kata Eva.
"Oh? okay..sebab?" Rafeeq merenung wajah Eva menunggu respon.
"Sebab saya takde baju yang sesuai.. lagipun acara tu dah nak mula kan?"
"Dont worry..awak akan tetap hadir..sebab saya akan pastikan itu..mari pergi." Rafeeq berjalan ke kereta. Eva kehairanan dan masih berdiri mematung.
"Dah tu! pergilah ikut.."
tiba-tiba tubuh Eva didorong oleh maknya yang sedang tersenyum. Eva terkejut, sejak bila maknya ada kat belakang?
"Tapi mak.."
"Pergi je..acara syarikat kan? dengar macam penting je tu .." kata Puan Evelyn memberi galakan.
"Tapi mak okay ke sorang-sorang kat rumah?" kata Eva risau.Yelah..mana tahu along tu datang KL cari diorang..Eva maklum hidup mereka sekarang terancam kerana hutang.
"Mak okay..dah2 pergi.." Puan Evelyn terus mendorong badan Eva. Dah macam nak mengusir je..Eva akhirnya mengalah. Dengan masih memakai T-shirt long sleeve kasualnya dengan bertudung shawl..Eva pun mengikuti Rafeeq dan duduk di kerusi belakang kereta. Dan kereta itu pun mulai bergerak keluar dari perkarangan apartment itu..
bersambung..
Share and like. dont forget untuk komen dan beri star. donate also please.
Share this novel