"DUB" "DAB" "DUB" "DAB"
Detak jantung Eva tidak normal.Sekarang dia sudah sampai di hadapan bilik temu duga.Baru saja namanya dipanggil oleh staf yang bertugas.Shilla, kawan serumahnya baru saja meninggalkannya setelah memberi kata-kata semangat.Namun,Eva tetap rasa takut.
Tok! tok! tok!
tangan Eva bergegar ketika mengetuk pintu tiga kali.Di dalam hati, Eva berdoa semoga atasannya nanti tidak semenakutkan yang seperti dikatakan oleh Shilla.Kata-kata Shilla masih terngiang-ngiang di kepala.
"Wei Eva...habislah kau, atasan aka Ceo kita tu garang tau! lagi-lagi dengan perempuan."
"Ish, kau janganlah buat aku takut Shila! aku ni dah lah boleh sakit perut kalau takut.Kau bagilah kata-kata semangat!"
"Yelah...goodluck...btw,kau janganlah takut,Ceo kita tu tak makan orang punya! mana tau rezeki kau dapat buat Ceo kita tu berubah? hehe.."
"Jangan mengarut! aku taklah terfikir sejauh itu.."
"Tak guna Shilla ni..mesti saya nak takutkan aku..fuh..tenang Eva! you can do it..!"
Tiba-tiba, suara tegas dan garau kedengaran dari dalam bilik Ceo. "Masuk!" Eva menarik nafas panjang lalu membuka pintu dengan perlahan-lahan.
saat Eva masuk, Eva melihat ruangan pejabat yang sangat besar dan selesa. 'aircon' membuatkan suhu menjadi sangat dingin seperti berada di kutub utara.Eva mencari kelibat sang Ceo yang dikatakan itu, dan melihat sebuah meja besar yang dilengkapi komputer dan laptop berjemaah beserta sebuah kerusi hitam besar yang sedang membelakanginya.
Adakah itu Ceo yang diperkatakan garang itu? Eva menelan ludah gugup. "Err.. Assalamualaikum.."
tiba-tiba kerusi hitam besar itu berputar menghadap ke arahnya.Mata Eva agak membulat, kini sang Ceo dengan tatapan datar dan tajam sedang ber 'eye contact' dengannya.Namun, entah kenapa mata sang Ceo itu agak memukau dan menusuk hatinya.
"Waalaikumussalam..kamu cik Rebecca Eva?"
gulp! Eva seakan-akan kehilangan ludah dan kepalanya hanya angguk.Matanya dengan mata sang Ceo masih bertentang antara satu sama lain.Eva menunggu sang Ceo-nya itu memutuskan "eye contact" tetapi Ceonya itu terus menatapnya dengan penuh datar.
"Ada bawa salinan dokumen yang diminta?" Sang Ceo terus menatapnya dengan tatapan sukar diertikan oleh Eva.
Eva menarik nafas panjang. "Ada Tuan.." Eva lantas mengeluarkan dokumen dari beg dan sebelum Eva sempat meletakkan di atas meja, sang Ceo itu langsung menarik dokumen itu dari tangan Eva dan membacanya.
"So..ini first time kamu melamar kerja sebagai staf pengurusan pejabat?" soalnya.
"Iya Tuan..saya baru first time melamar kerja.."Eva menahan gugup.
"Menurut apa yang aku baca kat sini...kamu tak ada apa-apa pengalaman pun...dan kamu hanya berkelulusan STPM sahaja..kamu pasti nak kerja kat sini?" Sang Ceo menatapnya, menantikan respon Eva.
Eva tersenyum, "Iya Tuan! saya yakin...saya rasa saya boleh dan layak untuk kerja ni..lagipun,saya cuma perlu uruskan hal-hal pejabat kan?"
Eva cuba tampil confident, walau sebenarnya gugup nak mampus.Eva terpandang nametag di suit hitam Ceo-nya itu tertulis, Fakhri.Ceo Fakhri hanya menatap Eva tak bersahabat namun sebuah smirk tipis terukir di sudut bibirnya.Entah Eva salah lihat atau tidak benda tu.
Ceo Fakhri menyilangkan tangan."Ok fine.Kalau begitu...aku nak esok, kamu datang awal dan penampilan mesti kemas."
"Eh? kejap...bukan ke saya perlu dikenalkan dulu dengan pegawai dalam hal pengurusan pejabat? lagipun saya melamar kerja jadi staf je..kan?"
"No!...aku tak cakap kau diterima sebagai staf kat Company ni..Cik Eva.Maksud aku...kau akan jadi sekretaris aku start hari esok."
"Ohh...eh? W-what?" Eva menutup mulutnya kerana "shock". Tuan Fakhri hanya angguk serius.Tiada langsung wajah gurauan dari ekspresinya.
"Absolutely, yes.Aku nak esok kau dah sampai sebelum aku sampai kat company.Just remember,don't be late..got it?"
"T-tapi Tuan..."
"Tak ada tapi-tapi cik Eva.. keputusan aku mutlak."
Eva sangat tidak percaya dengan semua ini.Pasti Shilla juga tidak percaya jika dia ceritakan kat Shilla nanti.
Selesai sesi temu duga yang sangat 'unbelieveable' itu, keluar dengan perasaan yang sukar dijelaskan.Entah dia harus gembira atau sedih.Lain yang diharapkan, lain yang pula jadi.Bukan Eva tidak suka kerja sekretaris,tapi sekretaris lebih mencabar daripada staf biasa.Dan yang paling parah,Eva harus dekat dengan beruang kutub itu lagi.Siapa lagi jika bukan Ceo Fakhri.
(Time skip)
Kereta Marcedes merah itu dipandu masuk ke dalam rumah agam keluarga Alexander.Setelah kereta diparkir, seorang lelaki dengan aura dingin keluar dari kereta.Beberapa maid menyambut kedatangan tuan muda mereka.
"selamat datang, tuan muda.."mereka membungkukkan badan penuh hormat.Fakhri hanya angguk lalu menyerahkan kunci kepada maid dan masuk ke dalam.
Masuk je..Fakhrul abang kepada Fakhri muncul di hadapan dia.Fakhrul ni tak sah kalau tak tanya soal kerjanya.
"So...macam mana?dah dapat pengganti sekretaris baru?" nadanya mengusik Fakhri.Fakhri menjeling abangnya."Bukan urusan abang pun.."
"Urusan abang juga ri...sebab kau dah banyak kali pecat sekretaris Company ayah..so, abang nak tahulah kau dah dapat sekretaris baru ke tidak?" Fakhrul hanya senyum.
"Please lah.. hentikan senyuman menjengkelkan tu! abang tak perlu nak ambil tahu semua kegiatan adik!"
"Adik ni dingin sangatlah...patutlah susah nak dapat jodoh."
"Shut up!" Fakhri berjalan melewati bahu Fakhrul yang sedikit tinggi dan menaiki tangga.Datang Puan Suriati,ibu mereka.
"Kenapa dengan Fakhri tu,rul?"tanya Puan Suriati hairan.
Fakhrul hanya terkekeh kecil."Tak ada apa-apa lah bu..rul cuma usik-usik adik je.." Puan Suriati menggeleng kepalanya dengan karenah anak sulungnya itu.
"Ish,kamu ni..tahu nak kacau adik je...nanti bagitau dia suruh turun makan.Ibu dah siap masak dah..."Fakhrul hanya mengangguk kepalanya. "Ok bu!"
sementara itu,lain pula yang terjadi di rumah Eva.Shilla mulai menghujani eva dengan banyak pertanyaan.
"Apa?! kau dapat job sekretaris ceo?!! biar betik?"
"Tapi kenapa?bukan ke kau lamar job staf biasa je?"
"So...macam mana muka Ceo kita?kacak tak?macam Adi Putra tak?"
"So esok kau dah start kerja?"
dan banyak lagi pertanyaan Shilla yang membuatkan Eva pening.
"Shhh! aku pening dengar kau punya pertanyaan!can you please slow down,Shilla?" Eva mengerut dahi.Shilla yang baru sedar akhirnya berhenti bertanya.
"Ok fine! tapi kau kena explain kat aku... promise?" kata Shilla sangat serius.Mungkin sebab Shilla masih terkejut dengan cerita Eva tadi.Baginya itu sangat impossible.
Eva menarik nafas panjang dan mula menjelaskan kat Shilla.
"Macam ni..aku pun keliru dan semuanya terjadi tanpa aku dapat expect pun! kau tahu kan aku ni result spm dengan Stpm pun biasa-biasa je..manalah aku expect job sekretaris ni.." Eva menghembus nafas.Shilla angguk, memahami maksud Eva itu.
"You know what? aku rasa this is your destiny,eva..mungkin ini rezeki kau? pada pendapat akulah..aku yakin kau boleh! just Cheer up my bestie!" Shilla tersenyum ceria sambil menepuk-nepuk bahu Eva.
"Thanks Shilla..kau memang bff aku yang selalu memahami aku.." Eva tersenyum.Shila terkekeh yang lalung over dan mulai berbalas chat dengan someone di phone-nya.Eva yang melihat itu hanya memutar bola matanya malas..Nie mesti Shilla chatting dengan boyfriend pucatnya itu.
Tiba-tiba Shilla terkikik macam orang gila.Eva hanya menatapnya bosan."Apsal pulak kau terkikik macam hantu ni?apa yang "Si pucat" tu cakap?"
Shilla melirik Eva."My babyface boyfriend kata..aku manis macam donut! oh my god!!" Shilla salting macam nak gila."Err..manis macam donut? dan kau salting sebab tu je?"
"Eva! Irfan tu ikhlas tau bila dia puji aku! lagipun...dialah lelaki pertama yang suka dengar aku nyanyi..kau nak dengar tak? oke..aku nyanyi ya?" Shilla mulai menjerit.Eva lantas menutup telinga.Nampaknya...malam ni eva kena tidur pakai kapaslah jawabnya..
Terima kasih sudah membaca! semoga para pembaca boleh support karya pertama saya ini dan terima kasih sudi singgah!
Share this novel