KTC BAB 10

Romance Series 13237

Sepanjang perjalanan..Eva hanya menikmati suasana bandar yang penuh dengan cahaya lampu warna-warni menerangi kegelapan malam. Namun, apabila difikirkan kembali acara ulang tahun yang meriah besar-besaran itu...Eva rasa nervous. Seumur hidupnya, tak pernah2 dia pergi ke acara begini..pernah pergi kenduri kahwin dengan majlis tahlil adalah.. perasaan Eva bercampur aduk excited dan nervous. Tapi sekejap.. mana sesuai bajunya untuk pakai kat acara tu nanti! Eva panik dan rasa malu..

"Encik Rafeeq stop! saya rasa tak nak pergi..baju saya tak ngam encik! tak sesuai!" panik Eva. dalam otaknya dah boleh bayang betapa hinanya nanti tetamu di sana melihat ke arahnya.Eva menggigit bibir.

"Saya dah cakap jangan risau, cik Eva..you will be fine." Rafeeq tetap tenang. Eva rasa macam nak menyorok je kat dalam kereta nanti.. tiba-tiba Rafeeq membelok dan berhenti di hadapan sebuah butik yang terkenal, boutique Aurora Queen ..salah satu butik yang berada di bawaj syarikat Alexander yang besar.

"Wait the minute...apa kita buat kat sini?" Eva bertanya dengan rasa hairan. Tak mungkinlah Rafeeq..

"Mari masuk..awak perlu tukar baju dulu." kata Rafeeq kemudian membuka pintu untuk Eva keluar. Eva sebenarnya agak lega.. setidaknya dia tidak ke majlis itu nanti dengan pakaian simple macam ni..uhuhu..tapi, alamak! matilah dia..kat kedai baju ni mesti semuanya harga israel oh noo!!

Eva melihat Encik Rafeeq bercakap dengan staf wanita di hadapan kaunter. Perbincangan yang tidak terlalu jelas namun Eva terkejut apabila Rafeeq dan staf wanita itu melihat ke arahnya.

"Sila ikut kami cik." kata staf wanita itu dengan lembut. Eva menoleh ke arah Rafeeq yang mengangguk. Dia pun melangkah mengikuti staf wanita itu tanpa banyak tanya.

*****

Berhampiran Resort King.. terlihat acara sambutan ulang tahun Perusahaan Alexander sedang berlangsung besar-besaran. Tempat parking penuh dengan kereta2 mahal yang bersusun-susun. Banyak pekerja-pekerja perusahaan yang datang meraihkan termasuk tetamu jemputan khas dan selebriti yang famous.

Di atas pentas pula, riuh suara pengerusi majlis memeriahkan suasana event meriah itu.

"Ladies and gentlemen! selamat datang ke sambutan ulang tahun Perusahaan Alexander yang ke 30 tahun... diharapkan para hadirin menikmati acara ini dan dapat terus kekal bersama saya Mc yang kacak ini sehingga penghujung acara!.."

"boo!! boo!! boo!!" pekik para peminat Tuan Fakhri di bawah pentas, mengejek sang Mc. Tak berminat langsung mereka dengan Mc itu.Para peminat hanya menantikan Sang Ceo pujaan mereka saja..

"Bertenang..bertenang.." kata Mc. "Tanpa membuang masa, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sila nikmati acara yang meriah ini!! " kata Mc itu dengan penuh semangat.

para hadirin bertepuk tangan .Mc terus menghangatkan suasana. "Dan sudah pasti para gadis2 tidak sabar menanti acara terakhir kita nanti iaitu Tuan Ceo kegilaan ramai yang akan memberikan ucapan sekali gus membuat cabutan bertuah dalam misteri box, kan?"

"Iyaaaa!!!" jerit mereka semangat. Bahkan ada yang sampai bertolak-tolakan untuk berteriak teruja. Salah seorang dari mereka berteriak histeris.

"Bila Tuan Fakhri nak muncul?! kami nak Fakhri!!!" semua peminat mula membuat bising di acara itu.

"Bertenang! sila bertenang!" Mc cuba meredakan suasana. Namun, gadis2 itu terus berteriak dan bising. Kawan Mc itu memutar mata malas melihat situasi yang berubah buruk itu.

"Kau ni Syam! yang kau mention nama Tuan Fakhri apahal? tengok apa dah jadi ni... kau ni memang lembap!" kata kawan Mc itu yang bernama Amir.

"Hei! tarik balik kata2 kau tu! aku bukan lembaplah!" kata Mc itu iaitu Hisyam. "Kau sendiri cakap Tuan Fakhri tu daya tarikan kan? aku mention lah nama dia! salah ke hah?!"

"Tak salah tapi cara kau tu salah!" kata Amir.

"Jadi? cuba kau tunjuk cara yang betul!" cabar Hisyam beri mikrofon.

"Fine..tengok sini!" Amir mengambil mikrofon. "Attention ladies! sila bertenang..maafkan kawan saya yang lembap ni.. jangan bimbang! di akhir acara..kamu semua boleh bergambar dengan Tuan Fakhri.."

"What?!" Hisyam melongo, terkejut. Ternyata Amir lebih parah dua kali ganda dari nya! memang cari nahas betul dia ni..kalau Tuan Fakhri tahu ni..mampuslah diorang. Sedap mulut bau kerbau Amir tu je nak beri kebenaran itu kepada peminat Tuan Fakhri yang sensitif tu.

"Apa? kan tengah mode darurat ni..takpe rasanya kalau guna nama Tuan Fakhri untuk stabilkan situasi kan?" kata Amir dengan wajah tak bersalah.

"Tapi masalahnya..apa yang baru kau cakap tu takde dalam jadual, bongok! ni mesti Tuan Fakhri marah besar kat kita! kau ni rupanya lebih lembap dari aku!" kata Hisyam kesal.

"Husnuzon boleh tak? macam mana aku tak lembap..kau kan kawan aku..satu lagi..kita yakin je pada diri! kau ni penakut betul.." kata Amir.

"Tapi mir.." Hisyam tak tahu nak cakap apa lagi ngan si Amir ni. Cakap pun masuk telinga kanan, keluar telinga kiri jugak..aduhai..

keadaan kembali stabil. Para gadis itu sudah tidak bising lagi setelah dengar yang mereka ada peluang nak bergambar dengan Tuan Fakhri di akhir majlis. Amir dan Hisyam menarik nafas lega.

****

Kereta BMMW itu berhenti tepat di hadapan pintu utama. Rafeeq segera keluar dan meminta Eva mengikutinya ke suatu tempat. Eva keluar dengan perasaan nervous. Rasa pelik apabila memakai baju yang dibeli dari butik tadi. Apalagi dia agak sudah nak berjalan pakai kasut heel yang tinggi tu. Dah macam nak bengkak rasanya kaki ni.

Rupanya Rafeeq membawa Eva ke ruangan Tuan Fakhri. Jantung Eva rasa macam nak tercabut dari rongga apabila membayangkan ekspresi Tuan Fakhri nanti. Takut si beruanv kutub itu judge dia pulak!

Dan betul! memang Tuan Fakhri kini menatapnya saat dia dan Rafeeq masuk ke dalam ruangan Ceo itu. Eva macam nak terus menyorok kat belakang tubuh tegap Rafeeq namun tak berdaya apabila suhu aircon dalam bilik tu sejuk sangat ditambah mata tajam Ceonya yang melayang ke arahnya.

"Tuan Fakhri..saya dah buat apa yang tuan suruh." kata Rafeeq dengan wajah tenang, setenang air sungai mengalir.

Fakhri diam beberapa detik dengan matanya yang masih memandang Eva seolah mengimbas dari atas sampai bawah penampilan sekretarisnya itu. Eva yang berdiri agak rendah membuatkan dia merasa paling rendah antara dua lelaki kacak dan tinggi itu..tapi Tuan Fakhri lebih tinggi.

Fakhri dalam diam merasa terpaku dengan penampilan Eva namun cuba untuk kekal di posisi dan raut coolnya.

"Not bad." komen dia sahaja. namun itu pun dia komen waktu mengalihkan matanya ke arah lain.Macam tak ikhlas walaupun sebenarnya Fakhri ikhlas. saje tak nak Eva sedar benda tu.

Bila tengok Fakhri komen macam tu dan pandang tempat lain macam Eva ni taklah menarik sangat..buat Eva kecil hati dalam diam sedikit.Namun, dia sedar siapa dia dan cuba untuk menganggap semua ini sebagai cubaan.

"So, are you ready?"

Eva mendongak melihat Tuan Fakhri yang sudah berdiri sambil memasukkan tangan dalam poketnya. Ready untuk apa ni? Eva tak tahu apa-apa.

"Err.. untuk apa ready?" kata Eva. Tak payah tanyalah keadaan jantungnya yang berdetak kencang dari detak normal.Lalu Tuan Fakhri memberinya lirikan tajam.

"Ready untuk jumpa parents aku."

Singkat tapi menusuk sampai tembus. Eva betul-betul rasa bulu romanya merinding dengar. Apa salahnya sampai kena jumpa keluarga Alexander yang kaya dan terkenal tu? kenapa Tuan Ceonya buat semua ini?

"Apaa? " Eva melongo. Mesti je ada momen Tuan Fakhri ni berjaya mengejutkannya. kenapa tak pecat je dia awal-awal daripada dia kena selalu hadap drama ni? lagipun dah ramai sekretaris lain yang lama pun kena pecat..

"Lets go." Tuan Fakhri masuk ke dalam dewan acara. Tidak lupa tangannya memberi signal Eva mengikutinya masuk.

Tak ada pilihan..Eva pun mengejar langkah Tuan Fakhri masuk ke dalam dewan dan cuba mengawal langkahnya.

Apabila mereka masuk, mereka menjadi perhatian semua orang.Semua tetamu memperhatikan Tuan Fakhri. Iya..Eva tahu tu..tapi apsal pulak banyak perempuan tengah tengok dia penuh permusuhan pulak ni? dia kan cuma jalan kat belakang je..bukan berdampingan pun..

Di tempat khas untuk keluarga Alexander. Tuan Alexander dan Puan Suriati serta abang Fakhri, Fakhrul sedang menunggu.. Eva menelan air liurnya gugup.Patutkah dia cabut kasut heel ini dan lari? sempat lagi ni..

"Ha! tu pun Fakhri.." Suara Fakhrul membuatkan harapan Eva hancur sekelip mata. Mereka dah nampak dia dan Tuan Fakhri lah pulak! oh nooo!! Eva dah get ready nak pusing belakang kononnya dan patah balik..

Namun, Tuan Fakhri memberinya tatapan tajam.Eva menelan gugup..dan terpaksa terus berjalan ke hadapan dengan wajah pucat. tambah bergegarlah Eva dibuatnya! Ya Allah tolong!!

bersambung...

thanks sdh baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience