KTC Prolog

Romance Series 13237

Bunyi-bunyi hon kenderaan tidak putus-putus kedengaran di ibu kota yang padat dengan kesibukan manusia dalam urusan duniawi.Berhampiran dengan sebuah stesen bas yang terdapat beberapa orang awam sedang menunggu bas, berdiri seorang gadis lengkap berpakaian kemas dan sederhana serta bertudung shawl berwarna soft pink juga sedang menunggu bas yang sedari 30 minit yang lepas,belum juga tiba.Berulang kali Eva melirik jam tangan murah yang dipasang rapi di pergelangan tangannya.

Eva menarik nafas panjang. "Mana bas ni? sepatutnya sekarang ni aku dah patut kat tempat interview tu..huh!" Eva melihat lagi ke arah jalan raya yang dipenuhi pelbagai jenis kenderaan dan tiba-tiba bas dinantikan akhirnya tiba.Melihat saja bas sudah tiba,Eva langsung naik diikuti para penumpang lain ke dalam bas.Bas pun bergerak.Eva memilih duduk di tepi tingkap agar lebih mudah melihat pemandangan ibu kota serta menghirup udara dari luar.Saat Eva asyik melihat ke luar tingkap, tiba-tiba Eva terlihat sebuah papan iklan besar yang memaparkan wajah seorang model cantik dan terkenal, Veronica Rose!

siapa tak kenal Veronica, model yang memiliki paras cantik dan imut juga seorang model pujaan ramai.Banyak majalah bertampal wajahnya yang telah dibeli oleh Eva.

"Bestnya kalau dapat jumpa Veronica Rose..boleh juga minta sign.."

Tiba-tiba, TING! Eva menatap handphone-nya. rupanya hanya mesej watsapp dari housemate-nya, Shilla.Mesej itu berbunyi,

"Eva, kau kat mana?! aku tunggu kau kat tempat temu duga ni..cepat!!"

"Ok-ok, aku nak sampai dah!" Tepat saja Eva menekan "Send", bas itu mulai membelok masuk ke simpang menuju ke perhentian seterusnya.Jantung Eva berdegup kencang, rasa gelisah dan gugup untuk menghadapi temu duga yang akan dijalankan di sebuah Perusahaan Terkenal, Alexander Company.

Hai readers! thanks kerana sudi membaca dan nantikan bab yang selanjutnya! apa agaknya yang akan jadi ya? hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience