KTC BAB 11

Romance Series 13237

"Hah! tu pun Fakhri." kata Fakhrul dengan jarak yang hampir dekat. Jantung Eva semakin berdetak laju. Kakinya rasa macam nak patah balik je sekarang ni. Namun seolah dapat membaca isi hatinya, Tuan Fakhri meliriknya tajam seolah menyuruh Eva terus berjalan lurus. Tambah bergegarlah Eva dibuatnya! ya Allah tolong..

Sedari tadi Shilla sedang memerhatikan sekeliling mencari kelibat kawan baiknya yang tidak kelihatan batang hidungnya itu. Walaupun Shilla telah diberitahu oleh Eva yang dia tidak datang, tetapi hati Shilla yakin bahwa Eva pasti datang juga. Sebab..

Flashback :-

"What? kenapa tak cakap awal-awal? aku ada je banyak baju lawa-lawa!"

Tuut!! tiba-tiba telefon terus mati. Shilla tersentak sekejap.

"Hello? hello Eva!" aduh.. time ni pulak line tak kuat sangat..

"Eh? tu macam asisten Tuan Fakhri kan?" Shilla melihat Rafeeq yang buru-buru keluar dari dewan acara. Kenapa pulak lelaki itu nampak terkejar sesuatu? tanpa berfikir panjang Eva terus mengikuti Rafeeq secara diam-diam.

shilla berhenti saat Rafeeq memasuki ruangan yang terlihat peribadi. Perlahan-lahan Shilla mendekati pintu dan diam-diam mendengar.

"Jemput Eva dan pastikan she look perfect tonight Rafeeq." Kedengaran suara dingin milik seseorang di dalam memberi perintah. Shila yakin itu suara ceo nya! ternyata Tuan Fakhri ada di dalam bersama Rafeeq. Tapi.. apa dia tidak salah dengar tadi? oh my god! Shila mendengar Tuan Fakhri menyebut nama kawan baiknya! tiba-tiba Shila tersenyum. There must be something between them~ Shila terkekeh dalam batin.

End flashback

"Aku perlu penjelasan daripada kau Eva. Apa hubungan kau dengan Tuan Fakhri sebenarnya? cepatlah muncul!" gumam Shila tidak sabar. Dari gayanya itu, dia conform nak sakat Eva nanti.

Saat Shila asyik mencari kelibat Eva, kedengaran suara beberapa wanita sedang marah-marah.

"Lukisan apa ni? buruk betul!" kata wanita itu. Lukisan di tangannya direnyuk begitu saja. Terlihat seorang lelaki yang hanya memakai hodie kelabu dengan penampilan yang agak serabai, mangsa cacian wanita-wanita yang terdiri daripada orang kaya itu. Lelaki itu memiliki misai tebal yang menonjolkan ketuaan lelaki itu. Tetapi Shila fikir tidak patut mereka memarahi lelaki itu.

"Kata pelukis profesional? tapi lukisan tak memuaskan langsung!" kata wanita itu.

"Saya dah lukis macam yang Cik nak."

"Ahh! alasan! berambuslah dari sini!"

"Hei stop it!" Shilla mendekati mereka dan bercekak pinggang. Lelaki misteri itu terkejut dengan kedatangan Shila yang tiba-tiba itu. "Apa yang korang tak puas hati sangat dengan lukisan dia hah?" kata Shila bengang.

"Macam mana kitaorang nak puas hati? dia tak lukis macam yang kitaorang nak! muka aku jadi bida sebab dia!" marah mereka. Shila yang melihat lukisan yang dikatakan. Shila terdiam. Lukisan yang lawa macam ni diorang boleh kata buruk? buta ke apa?

"Cantik pun lukisan ni!" kata Shila.

"Memanglah tapi cacat! wajah aku tak ada tahi lalat kat hidung aku! tapi dia boleh pulak lukis tahi lalat! aku marahlah!"

"Itu je ke? benda kecil nak jadi isu? beradablah sikit. Cuba hargai bila orang dah lukis tu!" tegur Shila. Para wanita itu hanya menulikan telinga. Tak peduli apa kata Shila.

Setelah wanita-wanita itu pergi, Shila memandang ke arah lelaki itu. "Jangan layan diaorang tu. Lukisan awak cantik sangat. emm.. pendapat saya jelah. hehe!" Shila tersenyum.

Lelaki itu tersenyum tipis. "Terima kasih..jarang ada orang puji lukisan saya, terutamanya wanita macam awak."

"Tak ada apalah. Saya tak suka je perangai diorang tu. Cubalah hargai orang!" kata Shila, kesal. Lelaki itu tersenyum. "Well..siapa nama awak?"

"Shila..awak?" kata Shila.

"Saya..Sean. Gembira bertemu awak, Shila. Saya akan ingat nama tu sampai bila-bila."

Perkenalan yang singkat. Saat Sean berlalu pergi, sosoknya membuatkan Shila terpaku entah kenapa. Apalagi pandangan mata Sean yang lain dari yang lain. Mata Sean nampak attractive. Walaupun lelaki itu nampak sederhana dan nampak tua kerana bermisal tebal dan jauh dari type Shila sebenarnya, dia berjaya buat Shila terpaku.

Sean berjalan sambil diam-diam tersenyum. Nampaknya dia dah jumpa seseorang yang menarik. Misai tebalnya ditanggalkan. Hodie kelabunya diganti dengan pakaian sut hitam yang sesuai. Rambutnya disisir rapi.

"Tuan Sean! puas saya cari anda!" kata seorang asisten. Sean terkekeh.

"Sorry..tadi saya pusing-pusing kat dewan acara. Nampaknya saya tak jumpa Fakhri, pak Samad."

"Lain kali Tuan Sean berhentilah menyamar. Susah saya nak cam anda!"

"Sorry pak Samad. hehe." Sean menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam hatinya, Sean tersenyum tipis memikirkan pertemuannya dengan Shila.

Thanks for reading????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience