BAB 5

Family Completed 5234

Abah telah selamat dikebumikan di kawasan perkuburan yang sama dengan ummi. Pusara abah juga terletak selang 2 dari pusara ummi. Ramai orang yang menghadiri pengkebumian abah. Namun di sebalik puluhan orang yang hadir, adik-beradiknya masih tidak kunjung tiba walhal berita pemergian abah telahpun dikhabarkan. Kejam sungguh seorang anak menghakimi orang tua yang nyata telah banyak berkorban membesarkan mereka.

Kak Long kejam! Kak Ngah kejam! Abang Lang kejam! Itu sahaja bicara yang dapat Effa tuturkan. Dan kata-kata itu pun sekadar singgah di hatinya yang sakit membengkak terkilan kerana hajat terakhir abah untuk bertemu kakak-kakak dan abangnya tidak kesampaian.

Matanya sembab kerana terlalu banyak menangis. Dia kini tinggal bersendirian di rumah pusaka arwah ummi dan abah. Mak Aini ada menawarkan untuk menetap di rumahnya namun ditolak baik oleh Effa. Effa tidak mahu meninggalkan rumah yang banyak meninggalkan bait-bait kisah dirinya, abah dan ummi. Dia tidak mahu melupakan kasih abah dan ummi yang banyak tertumpah ke atasnya di rumah ini. Rumah ini terkandung jutaan nostalgia.

Airmatanya tumpah lagi tatkala dia masuk ke kamar abah. Di ambil baju abah dan di peluknya. Effa perlahan-lahan baring di atas tempat peraduan abah. Dia mengiring ke kanan dan di rengkokkan badannya.

“Abah, dah 6 bulan abah pergi tinggalkan Effa. Abah, Effa rindukan abah¦ pada siapa tempat Effa nak mengadu abah. Effa benar-benar keseorangan,” airmata dibiarkan turun dan jatuh ke lantai katil.

“Ya Allah kau temukanlah aku dengan seseorang yang dapat melindungi aku dan tempat untuk aku mengadu. Aku benar-benar keseorangan di dunia ini Ya Allah…” bisik hati kecil Effa. Tanpa disedari dia terus terlena di pembaringannya.

—————–

Effa tidak tahu sudah jauh mana dia berlari di kepekatan malam ini. Yang dia ketahui dia dapat bebas daripada cengkaman makhluk-makhluk yang telah membawa dirinya lari. Badannya sudah tidak larat untuk berlari meredah hutan. Kegelapan malam diredahi juga. Dia nampak cahaya yang agak tajam menghampiri. Dia berjaya berhenti disitu.

“Pang!!!” satu bunyi kuat terhasil. Dan Effa rebah di situ juga dengan hamburan darah yang dasyat mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience