BAB 10

Family Completed 5234

Effa menolak helaian-helaian rambut yang menutupi wajahnya yang sedang enak menghirup udara segar di laman rumah banglo dua tingkat itu. Disebabkan Fadlur juga dia ada disini. Fadlur bertegas mahu dia tinggal bersama Fadlur dan neneknya di kota metropolitan ini.

Fadlur merupakan seorang pegawai forensik yang sangat-sangat berdedikasi. Di atas nasihat Fadlur juga Effa membuat laporan polis. Segala butir cerita Effa di rekodkan. Abang Lang kini telah menerima habuan di atas tindakannya terhadap Effa.

Effa tidak mahu menyimpan dendam terhadap Abang Langnya namun itu tidak bermakna bahawa dia mampu melupakan segala perbuatan melampau abangnya itu terhadap dirinya. Dia hampir kehilangan nyawa dan mahkota wanitanya akibat perbuatan durjana abangnya itu. Masakan mungkin dapat dia melupakan segala itu dengan mudah. Dia berharap moga abangnya itu sedar dan insaf di atas segala perbuatannya.

“Termenung panjang nampak Effa ni¦ Ingat kat Fadlur ke?” suara Fadlur memecah lamunan panjang Effa. Fadlur nyata-nyata sudah lama memerhatikan dia. Tidak tahu bila Fadlur sudah ada di hadapan Effa.

Effa masih merasa malu apabila berhadapan dengan Fadlur. Mana mungkin tidak, lelaki itu pernah melihat tubuhnya tanpa sebarang alas pun. Lelaki itu jugalah yang telah menyelamatkan dirinya. Effa sangat-sangat berterima kasih kepada Fadlur. Lelaki itu sangat mengambil berat akan dirinya. Timbul perasaan asing di hati ini, namun cepat-cepat Effa lemparkan jauh pergi. Takut bertepuk sebelah tangan.

Fadlur meletakkan surat khabar di atas pangkuan Effa. Dia mencebirkan bibirnya menyuruh Effa membaca surat khabar yang telah di bukakan halamannya itu. Effa membaca tajuk besar di ruang itu.

™2 Beradik Rentung di Bunuh oleh Samseng Along™

Mata Effa menitis laju. Kak Ngah dan Kak Long di bakar hingga rentung oleh samseng along gara-gara tidak dapat membayar hutang mereka. Kak long dikatakan menempuh muflis akibat terlalu banyak berhutang dan menipu samseng Along manakala Kak Ngah dibunuh kerana meminjam dengan Along. Itulah yang dikhabarkan di dalam media cetak itu.

Abah, Effa kini sendirian di dunia ini. Effa sebatang kara. Rintih hati Effa sedih.

Fadlur menghampiri Effa. Ditarik Effa ke dalam dakapannya membiarkan dadanya di basahi oleh airmata Effa. Di elus rambut Effa lembut. Di cium ubun-ubun Effa. Fadlur menyayangi tubuh kecil yang berada dalam dakapannya.

“Effa¦ Biarlah Fadlur jaga Effa sampai akhir hayat Fadlur,” Fadlur separuh berbisik.

Effa mengangkat mukanya memandang wajah Fadlur. Mata mereka bertentangan. Fadlur mengerti pandangan Effa yang meminta penjelasan yang lebih lanjut.

“Effa, izinkanlah Fadlur menyunting Effa sebagai suri Fadlur yang sah. Fadlur sayang, kasih dan cintakan Effa. Fadlur harap Effa pun mempunyai perasaan yang sama dengan Fadlur,” Ikhlas Fadlur menuturkan kata. Sudah lama dia jatuh cinta terhadap wajah mulus Effa itu. Sejak dia sering melihat wajah Effa yang koma di hospital tempoh hari.

Effa hanya diam. Dia hanya mengangguk laju. Rembesan airmata kian laju mengalir. Cuma kali ini rembesan itu adalah rembesan bermulanya titik-titik bahagia di dalam hidup Effa. Dia yakin Fadlur mampu membawa dirinya ke lembah bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience