BAB 6

Family Completed 5238

Effa sedar setelah 2 minggu terlantar koma. Dia termanggu-manggu sendiri melihat keadaan sekelilingnya. Badannya terasa sangat-sangatlah sakit. Bagai ditikam dengan belati sakitnya. Dilihat tangannya berselirat dengan wayar. Kakinya bersimen, kepalanya berbalut.

Lehernya juga berbalut. Hendak menggerakkan badan terasa sangatlah payah. Namun dia berasa sangat-sangat tidak selesa sekarang. Cuba dibetulkan kepalanya, namun tengkuknya terasa sakit. Sungguh sakit!

Effa memejamkan matanya. Cuba merehatkan otak. Berfikir lama tentang apa yang telah terjadi ke atas dirinya.

“Tap, tap, tap..” bunyi kasut menghampiri katil Effa yang ditempatkan di CCU itu.

Effa membuka matanya. Wajah itu terlalu asing di matanya. Effa cuba untuk duduk. Lelaki itu membantu Effa. Siapa lelaki ni? Getus hati Effa sendiri. Namun pertanyaan itu sekadar hadir di dalam hati. Effa tidak mampu menuturkannya. Effa masih takut dengan kejadian yang menimpa dirinya itu.

“Assalammualaikum cik. Nama saya Fadlurrahman. Panggil saya Fadlur,” dihulurkan tangannya untuk bersalam. Effa hanya memandang kosong tangan itu.

Wajah itu di perhatikan. Kulitnya sedikit hitam manis. Matanya bundar berwarna coklat cair seakan-akan hazel. Bercermin mata tanpa bingkai. Rambut hitam dan lebatnya itu di sikat kemas ke belakang. Berkumis dan berjanggut sangat nipis. Mungkin baru dicukur. Badannya sedikit sasa dan tegap. Lelaki itu yang tinggi segak memakai seluar slack hitam yang dipadankan dengan kemeja putih.

Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya dekat di muka Effa. Effa tersedar dengan perbuatan lelaki itu. Dirinya malu kerana tentulah lelaki itu mengetahui bahawa dia begitu tekun menilik wajah tampan itu.

“Nama saya Fadlurrahman. Panggil saya Fadlur. Cik?” dihulurkan semula tangannya untuk bersalam. Effa hanya menggeleng.

“Kita bukan muhrim. Maaf,” suara Effa sedikit bergetar menunjukkan betapa gelisah dirinya tatkala ini.

Riak wajah Fadlur sedikit berubah. Dia tahu bahawa apa yang diperkatakan oleh wanita genit di hadapannya ini benar. Dirinya terlalu banyak bercampur gaul dengan ramai golongan manusia sehingga batas-batas tidak muhrim itu sering dilanggar.

“Nama cik?” sekali lagi Fadlur bertanya. Kali ini dia sudah pun melabuhkan punggungnya di kerusi yang telah disediakan. Disilangkan kakinya dengan penuh gaya.

“Effa,” ringkas bicara Effa. Tidak tahu bagaimana ingin menghilangkan rasa kekok bersama dengan lelaki ini.

“Saya minta maaf Cik Effa. Saya memang tak sangka tiba-tiba Cik Effa muncul di hadapan kereta saya. Saya tak dapat membrek. Kerana saya Cik Effa cedera parah begini,” suara Fadlur menunjukkan keikhlasannya meminta maaf.

Effa menggeleng-geleng laju.

“Tak ada apa-apalah Cik Fadlur. Sikit sahaja,” bicara Effa lembut dan masih bergetar.

Masakan mungkin koma sehingga 2 minggu tak ada apa-apa. Aku bingung betullah dengan perangai budak ni. Tingkah hati Fadlur yang berkata-kata. Dibiarkan soalan itu tidak berjawab. Dia yakin Effa mempunyai penerangan terhadap apa yang berlaku. Effa cedera teruk bukan kerana hanya dilanggar oleh keretanya namun ada kejadian lain lagi yang berlaku sebelum kemalangan itu. Dan itu jugalah yang telah diterangkan oleh Dr Shauki kepadanya.

“Tapi¦ tapi¦ hurmm¦ Jika Cik Effa tidak keberatan bolehkah Cik Effa jelaskan perkara yang berlaku terhadap Cik Effa sebelum dilanggar saya? Doktor ada menjelaskan keadaan parah Cik Effa tidak hanya disebabkan oleh kemalangan itu sahaja” nada suara Fadlur sedikit teragak-agak. Dia risau jika pertanyaannya itu boleh menyebabkan Effa tersinggung.

Effa yang mendengar tersentak dengan kenyataan itu. Matanya berkaca. Airmata kian mengalir dan makin deras mengalir. Bahunya terhenjut-henjut laju. Sedu sedannya makin jelas.

Fadlur sedikit terkejut dengan reaksi Effa itu. Dia mengalihkan duduknya di atas katil sebelah Effa. Di seka airmata yang laju tumpah itu dan di peluk bahu Effa untuk menenangkan tangisan Effa. Effa memeluk tubuh itu kuat. Sungguh kemas sehingga tiada daya Fadlur untuk meleraikan pelukan itu. Fadlur kemudian membalas pelukan itu dan membiarkan dadanya basah dengan juraian airmata Effa. Jururawat-jururawat, pesakit-pesakit dan pelawat-pelawat yang hadir hanya memandang drama airmata Effa dengan penuh tanda tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience