BAB 11

Family Completed 5234

Pusara abah dan ummi telah pun Effa taburkan dengan air mawar dan daun pandan. Telah dihadiahkan abah dan ummi dengan surah-surah dari kalam Allah. Airmata kerinduan bercucuran jatuh. Effa mencium batu nisan abah buat menghilangkan rindunya pada insan yang telah banyak berbakti dan berkorban untuk dirinya.

“Effa, sudahlah tuh. InsyaALLAH abah dan ummi bahagia di sana. Kita doakan semoga roh abah dan ummi di cucuri rahmat Allah S.W.T. Jom kita balik,” ujar Fadlur sambil menggenggam erat tangan Effa. Di tangan kirinya di genggam tangan Fathuddin, anak lelaki sulung mereka berkat benih cinta yang telah kembang mekar mewarnai ikatan suci antara mereka.

“Mari Effa, tak elok lama-lama disini. Lagipun Effa kan tengah sarat mengandung. Nanti kang apa-apa jadi susah. Tambahan kita dah janji nak singgah rumah Mak Aini, kalau lambat apa pulak katanya nanti..” panjang bicara Fadlur.

Effa bangun lambat-lambat. Diimbangkan badannya. Perutnya besar memboyot. Kandungannya sudah berusia lebih lapan bulan. Di atas kerinduan yang terlalu terhadap abah, Effa tegas mahu pulang melawat pusara abah dan ummi. Fadlur tidak membantah malah Fadlur sendiri menawarkan diri menemani Effa pulang ke kampung.

Effa kini tidak lagi menetap di kampung. Tanah kebun abah telah Effa sewakan kepada orang untuk tujuan bertani. Sekurang-kurangnya hidup semula tanah kebun abah itu. Rumah lama abah di jaga rapi oleh Pak Samad penduduk kampung. Effa menggajikan Pak Samad supaya nostalgia Effa, abah dan ummi tidak lupus.

Effa keluar dari perkarangan tanah perkuburan itu. Dia memandang ke belakang. Abah, Effa sayang abah. Ujar Effa di dalam hati.

Ditatapnya wajah suami yang setia di sisi, hidupnya kini beeerti dengan kehadiran suami, nenek dan juga zuriat pengikat kasih mereka yang sedang dikandungnya. Walau apa dugaan dia tahu insan-insan inilah yang akan menjadi kekuatan dirinya. Fikirannya juga turut terkenangkan pada Kak Long dan Kakk Ngah, doanya mohon Allah mencucuri rahmat ke atas mereka. Episod hitam sudah berlalu dan dia bersyukur kerana diberi kesempatan mengecap kebahagiaan itu kini dan dia tidak kisah untuk menghadapi dugaan demi dugaan itu semula asalkan pada akhirnya dia dapat bersama keluarga yang tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience