BAB 1

Family Completed 5234

Nun di luar sana suasana kelam namun sedari tadi unggas riang menyanyi memecahkan kesunyian di malam ini. Effa masih lagi bersengkang mata. Mulutnya sudah menguap-nguap beberapa kali.

Namun terpaksa jua Effa telan segala keletihan ini. Tempahan kuih bahulu daripada Mak Aini harus disiapkan. 500 biji kesemuanya. Ingin ditolak hajatnya tidak sampai hati.

Maklumla sewaktu dirinya masih kecil, Mak Aini pernah mengasuh Effa. Mata sudah mula berair, di tenyeh-tenyeh kuat biar segar. Kopi pekat yang menjadi peneman malam sudah hampir seteko ditelan Effa. Kesannya dah makin kurang efektif. Mungkin kerana badan yang sudah sememangnya keletihan.

Jam sudah berdenting 5 kali. Ini bermakna siang bakal menjelma dalam 2 jam lagi. 'Aku harus tidur', ujar Effa di dalam hati. Bahulu semua sudah siap disimpan di dalam tin.

Perkakas-perkakas yang telah digunakan semuanya sudah Effa cuci dan kemaskan. Lampu dapur, lampu ruang belakang semuanya sudah dipadam. Dan kaki melangkah laju ke kamar perbaringan.

Ditadahkan tangan untuk membaca doa tidur. Dan… sekian kalinya Effa pun hilang di sebalik kenikmatan di buai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience