BAB 4

Family Completed 5238

Sudah seminggu abah di dalam wad ni. Selama seminggu juga Effa menemani abah. Keadaaan abah semakin teruk. Luka di kaki dan tangan abah bernanah dan membengkak. Setiap kali dicuci, abah akan menjerit kesakitan. Effa seringkali menumpahkan airmata. Tak tertahan pilu di hati bagai di hiris sembilu.

Jikalau boleh, Effa ingin menggantikan tempat abah. Tak sanggup rasanya melihat tubuh tua itu menggigil menahan sakit tatkala lukanya dicuci. Luka di kaki abah semakin parah. Doktor kata jika keadaan makin memburuk, kaki abah kemungkinan besar harus di amputasi. Bingung Effa. Dia tidak mahu abah jadi begitu.

Abah juga sudah hilang selera makannya. Badannya semakin mencerlung kurus. Effa juga kelihatan tidak terurus sudah. Dia sudah hampir seminggu tidak tidur baring. Tidurnya hanya di atas bangku keras di sebelah katil abah. Dan selama seminggu itu juga, dia hanya tidur-tidur ayam.

Badannya semakin letih. Matanya sudah hitam dan lebam kerana tidak cukup tidur. Rumahnya juga sudah hampir seminggu tidak dia jejaki. Baju-baju kotor dia dan abah sudah menggunung tinggi. Nasib baik ada Mak Aini yang sudi tolong membasuhkan di rumahnya. Jika tidak tak tahulah Effa bagaimana nak dibuatnya.

“Effa dah contact kakak-kakak dan abang Effa?” tanya mak Aini sambil tangannya memicit-micit bahu Effa.

Effa mengangguk lemah. Masih segar di ingatannya jawapan-jawapan daripada Kak Long, Kak Ngah dan Bang Lang.

“Kak Long, abah sakit. Abah kat hospital ni Kak Long. Baliklah Kak Long. Kak long tak sayangkan abah ke?” pujuk Effa seakan ingin menangis.

“Hey, kau tak faham bahasa ke? Aku ni busy..!! Banyak kerja bukan macam kau menghabiskan duit abah sahaja kerja kau tuh! Dahlah aku malas nak layan kau. Klik!” bicara Kak Long kasar dan terus mematikan talian.

“Aku nih banyak kerja tahu. Aku ada anak nak urus lagi. Ada restoran nak jaga lagi. Kau apa tahu kau tuh bodoh. Pasal tuh abah tak bagi kau sambung belajar pasal kau tuh bodoh! Kau jaga jelah abah tuh¦ Panjang lagi umur orang tua tuh. Dah, dah, dah¦ malas aku layan kau aku banyak kerja,” ujar Kak Ngah kasar setelah dia menyuarakan kehendak abah yang kepingin untuk berjumpa dengan anak-anak kandungnya itu.

Abang Lang pula langsung meletakkan telefon setiap kali mendengar suaranya. Tidak sempat dia berbicara, Abang Lang sudah mematikan talian. Dia pernah beberapa kali menghantas sms kepada kedua kakak dan abangnya. Namun masih mendapat jawapan yang sama.

Terkilan sungguh hati Effa. Tidak tahu di mana salahnya abah mendidik mereka semua sehingga kakak-kakak dan abangnya menjadi lupa daratan. Ibarat kacang lupakan kulit.

Effa ingin sekali adik beradiknya itu pulang menjengah abah. Masing-masing sudah lebih satu tahun tidak pulang. Mereka pulang setahun yang lalu pun hanya sehari, itupun pada hari arwah ummi dikebumikan. Mereka pulang semula setelah petang.

Effa tahu kakak-kakak dan abangnya itu seakan berjauh hati dengan abah semenjak Kak Long menyuarakan hasratnya yang ingin abah menjualkan tanah kebun 10 ekar itu. Kak Long mengatakan dia perlukan duit untuk membesarkan lagi perniagaannya.

Kak Ngah yang menyokong pula mengatakan dia memerlukan modal untuk membuka cawangan restorannya manakala Bang Lang mengatakan dia memerlukan wang untuk membayar wang pendahuluan rumah.

Abah bertekak habis-habisan dengan mereka. Abah tekad untuk tidak mahu menjualkan tanah pusaka milik keluarga abah.

Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk tidak menjenguk abah langsung. Abah pula menghidap penyakit kemurungan dan alzheimer sejak pemergian ummi. Dia jugalah yang terus cekal menjaga kebajikan abah.

“Mak Aini, Effa tak tahu nak jawab apa dengan abah. Setiap kali abah nampak Effa, abah mesti tanya mana Kak Long, Kak Ngah dengan Bang Lang. Effa diam je mak Aini. Dah macam-macam alasan Effa bagi. Sekarang dah tak tahu apalagi alasan Effa nak tipu abah. Effa dah tak sanggup nak tipu abah, mak Aini¦” Effa mengadu. Di kesat airmata yang terbit di tubir matanya dengan hujung t-shirt lusuh biru itu.

“Sabarlah Effa. Moga Allah bagi petunjuk kepada mereka agar mereka temui jalan balik ke sini untuk bertemu abah,” airmata mak Aini juga gugur. Tidak sanggup dia melihat gadis kecil dan muda ini menanggung keperitan hidup sendiri.

Semenjak abahnya Effa sakit, hasil kebun juga menurun. Tiada siapa lagi yang ingin mengerjakan kebun itu. Effa yang rajin berkebun juga tidak mampu untuk menguruskan kebun sebesar 10 ekar itu.

Mana nak di kejar abah yang semakin hari semakin teruk dengan penyakit Alzheimernya itu. Kadangkala kencing dan berak juga abah lupa. Effalah yang harus menguruskan makan pakai, ubat-ubat abah, lampin pakai buang abah.

Semua harta termasuk kereta yang dihadiahkan oleh abah kepada Effa dijualnya untuk menampung kos sara hidup abah dan dirinya. Nasib masih menyebelahinya, abah dan ummi mempunyai sedikit wang simpanan untuk mereka mengerjakan haji untuk kali ketiga. Namun ajal terlebih dahulu menjemput ummi yang meninggal di dalam tidur.

Jadi wang itu tidak digunakan. Wang itulah Effa buat belanja untuk setahun ini. Wang itu pun semakin hari semakin susut. Effa membanting tulang membuat kuih untuk dijual bagi menampung hidup mereka dua beranak.

Nasib baik jugalah Effa mempunyai kemahiran membuat kuih dengan baik. Mampu jugalah dia mencari duit untuk menambah rezeki.

Jika di harap kepada kakak-kakak dan abangnya, mati kebuluranlah Effa dan abah. Sesen pun tidak pernah mereka kirimkan wang.

Pernah juga Effa meminta bantuan mereka namun caci maki serta hinaan juga yang diberi. Biarlah dia hidup susah daripada mengharap bantuan daripada kakak-kakak dan abang yang nyata lupa asal usul mereka.

“Huk, huk, huk!” abah batuk lagi.

Kadangkala batuk abah diiringi dengan darah. Tidak sanggup Effa melihat penderitaan abah. Diurut-urut dada abah lembut. Dada abah terasa sungguh sejuk. Bisik hati nurani Effa. Di buang segala kemungkinan bahawa masa abah sudah tidak panjang.

“Effa¦” abah bersuara lemah. Effa mengambil tangan abah dan di genggam kuat. Mak Aini setia duduk di sisi Effa.

“Effa¦” sekali lagi abah berbicara. Lemah sungguh abah kali ini.

“Ya abah. Effa di sini abah¦” serak suara Effa menuturkannya.

“Abah rasa masa abah dah sampai¦ Effa jagalah diri baik-baik ya. Abah sayang Effa¦ Effa anak abah yang paling baik. Abah dah nak balik jumpa Allah. Abah dah rindu dengan ummi. Ummi dah¦ dah tunggu abah kat sana¦” abah menuturkan kata-katanya tersekat-sekat. Dada abah berombak kuat.

Effa memandang Mak Aini meminta Mak Aini memanggilkan doktor yang bertugas. Mak Aini pantas bergerak.

“Abah jangan cakap banyak-banyak ya. Abah kena banyak rehat. Abah mesti sembuh ya. Abah jangan tinggalkan Effa. Nanti siapa nak temankan Effa lagi?” kali ini deraian air mata Effa deras turun. Dadanya tersangkut-sangkut menahan sendu. Di cium wajah abah bertalu-talu.

“Abah, mengucaplah abah. Asyhadu anla ilahaillallah.. wa asyhadu anna muhammadur rasulullah..” bisik suara Effa di telinga kanan abah.

Mulut abah terkumat kamit mengikut bacaan Effa. Sesekali jari telunjuk tangan kanannya ternaik-naik seperti pergerakan sewaktu duduk tahiyat akhir. Mata abah tertutup rapat dan dada abah semakin kurang berombak. Abah berhenti bernafas di samping Effa.

“Abah¦.!!” raung Effa kuat.

Doktor tiba selepas abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dan Effa terkulai layu lembik di sebelah jasad tidak bernyawa abah.

Abah terlalu cepat abah pergi tinggalkan Effa¦ rintih sanubari Effa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience