BAB 7

Family Completed 5234

Kak Long, Kak Ngah dan Bang Lang pernah pulang ke rumah kampung untuk menemui Effa. Mereka ingin Effa menyerahkan geran tanah arwah abah yang telah pun di tukar nama sepenuhnya kepada Effa. Mereka ingin Effa memberikan tanah itu sepenuhnya kepada Effa. Mereka bertiga sepakat untuk menjualkan tanah itu demi kepentingan mereka sendiri. Effa hanya mengetahui bahawa Kak Long ingin meluaskan empayar perniagaannya, Kak Ngah pula memerlukan sedikit duit untuk membuat renovasi restorannya dan Bang Lang ingin membeli kereta baru untuk menggantikan kereta lamanya yang sudah tidak cantik dan bergaya itu lagi.

“Effa kau bagilah kat kami tanah tuh. Kami perlukan duit. Kami semua nak guna duit tuh…” Kak Long memujuk Effa lembut. Bicara Kak Long bagaikan lidah yang tidak bertulang. Memujuk rayu hati Effa yang keras tidak mahu menjualkan tanah pusaka arwah abah.

Kak Ngah datang dan duduk benar-benar di tepi Effa. Di pegang lembut bahu Effa.

“Effa tolonglah kami. Akak nak besarkan sedikit restoran akak tuh. Dah makin banyak pelanggan nanti kalau tak di buat renovation mana muat pelanggan nak duduk. Bolehlah yer?” bahu Effa diusap-usap lembut.

“Yalah… Bang Lang pun nak guna duit lagi. Kereta abang tuh dah tak eloklah. Abang nak kenalah tukar baru. Abang kenalah jaga imej abang sebagai manager kat office tuh.. bolehlah Effa¦” tutur Bang Lang lembut.

Tidak pernah sebegini lembut pertuturan mereka selama ini terhadap Effa. Kutukan, caci maki dan kata nista yang selalu di hamburkan. Hanya kerana harta mereka berpura-pura di hadapan Effa. Mereka mahukan agar Effa menyerahkan tanah kebun itu kepada mereka.

Effa bingkas bangun. Hatinya meledak dengan api kemarahan yang membuak-buak.

“Oh!! Kalau pasal harta sanggup Kak Long, Kak Ngah dan Bang Lang balik kampung jenguk Effa ye. Waktu arwah abah sakit hari tuh tak ada pulak ingat nak balik. Sampai meninggal arwah tuh baru nak balik tuh pun pasal nak harta je kan. Jangan harap Effa bagi,” Effa berdiri dan berkata kuat separa menjerit ke arah kakak-kakak dan abangnya itu.

“Alah Effa. Barang yang lepas jangan di kenang. Kami bukan tak nak balik, tapi ka..”

“Tapi apa? Bukan jauh sangat Linggi ni dengan KL tuh hah!! Alah Kak Long tak payah bagi alasan lagi. Bukan Effa tak tahu perangai semua. Sampai dah 6 bulan arwah abah meninggal takkan baru sekarang nak balik. Ni balik pon asyik nak minta harta aje. Arwah abah dah pesan yang tanah ni tak boleh di jual. Kalau Kak Long, Kak Ngah dan Bang Lang nak guna tanah ni dengan wajar, Effa benarkan. Tapi bab-bab nak jual tanah ni jangan harap Effa benarkan,” Effa memangkas kata-kata Kak Long tadi. Suaranya masih sama, masih kuat dan sedikit memekik.

“Hey anak pungut!!! Tak sedar diri menumpang tanah bapak aku ada hati nak harta pulak. Sekarang aku nak tau.. ko nak bagi ke tak tanah tuh kat kitorang? Cakap CEPAT!!!” Bang Lang menyinga. Dia sudah pun bercekak pinggang. Matanya merah bagaikan api yang membara. Bergema suaranya di seluruh rumah papan milik arwah abah ini.

“Effa dah kata dari tadi Effa takkan bagi. Sampai Effa mati masuk kubur pun Effa takkan bagi. Sekarang berambus dari sini. Rumah ni tak mengalu-alukan kehadiran anak derhaka yang tamak harta. BERAMBUS…!!!” Effa menjerit-jerit dan mengunjukkan tangannya ke arah luar rumah.

Kakak-kakak dan abangnya tidak betah lagi untuk bertengkar dengan Effa. Semuanya melengus memandang Effa dan terus meninggalkan rumah kampung itu dengan menaiki kereta BMW kepunyaan Kak Long.

5 minit kemudian, Effa menerima satu sms berbaur ugutan dari Bang Lang.

Kau halau kami ya. Kau ingat, kau takkan selamat lepas ni. Jangan harap kami akan lepaskan kau dengan sewenang-wenangnya. Kau tunggu jelah.

Effa yang membaca sms itu menelan liur dalam-dalam. Di buang rasa takut terhadap sms itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience