BAB 8

Family Completed 5234

Pada suatu tengah malam, sedang Effa nyenyak tidur di kamar abah, dia terdengar bunyi derapan kaki. Atas dasar kerana takut dia menyorok di bawah katil. Namun nasibnya malang. Mereka dapat menjejaki Effa. Di tarik Effa keluar dari bawah katil itu dan di kendong Effa di atas bahu. Effa cuba melawan. Ditendangnya bahagian cawat lelaki itu kuat. Lelaki itu jatuh terduduk. Effa dapat melarikan diri namun dirinya di tangkap mudah oleh 2 lagi lelaki yang berbadan sasa itu

Effa di hempas kuat ke dinding. Dia terduduk diam di situ. Mukanya bertubi-tubi di tampar kasar. Darah pekat sudah mengalir laju dari hidung dan bibir Effa. Tidak cukup itu, rambutnya di hunjun kuat. Dirinya ditendang kuat oleh 3 lelaki itu. Mulut Effa sudah terlalu banyak menghamburkan darah. Effa terperesok di sudut dinding rumah kayu itu. Kepalanya berpinar. Penglihatannya juga sudah diwarnai dengan warna merah darah itu. Terasa satu badan penuh sakit.

Di lihat satu bayang lelaki masuk ke ruang itu. Tidak tahu dari arah mana lelaki itu datang. Lelaki itu pula menendang-nendang perut Effa laju. Kemudian di tarik rambut Effa sehingga Effa mengikut dan berdiri lembik. Di tampar kasar wajah Effa. Di tumbuk wajah mulus itu. Effa sudah tidak terperi kesakitannya. Mengerang dan meraung. Itu sahaja yang mampu di lakukan. Lelaki itu kemudian menolak Effa kasar sehingga Effa terpelanting ke satu sudut. Badannya terhempas ke dinding kayu itu.

“Hey sekarang kau rasakan. Akan aku hantar kau ke alam barzakh sana. Pergilah kau ke sana. Jumpalah kau dengan abah dan ummi. Padan muka kau!” bicara lelaki itu kasar. Diikuti dengan tawa yang kuat bergema oleh sekutu-sekutu jahanamnya itu.

“Abang Lang, sampai hati abang buat macam ni kat Effa,” suara Effa tidak jelas butirnya.

Dan asakan demi asakan terhadap tubuhnya diteruskan sehingga dia pengsan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience