BAB 14

Romance Completed 9017

“Syaikah! Sampai hati awak buat saya macam ni…”

Hahaha… kesiannya suami aku ni. Hehe…

“ saya tak buat apa-apa pun kat abang. itu baru sikit taw. Mujur saya tak minta yang susah. Hehe..” aku tertawa melihat muka dia yang cemberut tu.

“ kalau nak minta pun, mintalah senang-senang sikit. Ini tak. Kena basuh periuk dan semua pinggang mangkuk ni? Syaikah kesiankanlah suami awak ni.” Pohonnya.

Aku tersengih lalu duduk di sisinya.

“ Ya Allah Shah.. apa yang kau buat dekat suami kau ni.”

Ops! Mak sudah datang. Habislah aku kena basuh habis-habis.

“Adam.. sudah-sudah. Pergi masuk. Ini kerja orang lain bukan kamu.” Aku tersengih apabila mendapat jelingan dari mak.

“ tak apalah mak. Nak buat macam mana. Permintaan isteri jadi saya kena ikut. Bukan selalu.” Jawab Adam lirih.

Hurmm.. merajuk dah suami aku ni.

“Shah!” aku bangun dan tersengih.

“ yelah mak. Maafkan Shah. Masuklah Adam ke dalam. Nanti merajuk pula. Hehe..”

Mak tergeleng-geleng dengan telatah aku. Adam pula sudah cemberut. Merajuk la tu.

“Shah masuk dulu mak..” pintaku.

Pantas aku berjalan masuk ke dalam rumah. Sebenarnya nak lari daripada Adam. Dah dapat jelingan tajam dia tadi. Kecut perut aku jadinya.

“Syaikah tunggu!” aku mempercepatkan langkah untuk masuk ke dalam bilik.

“ eh akak? Asal jalan cepat sangat tu?” tegur Azlan. Aku tidak hiraukan malah terus masuk ke dalam bilik.

Belum sempat aku nak menutup pintu, di hadang kaki Adam. Ops! Mampus aku kena dengan dia.

“ saya masuk mandi dulu erk..” pintaku bagi melarikan diri.

Baru dua langkah aku melangkah, aku di peluk dari belakang. Ya Allah Adam.. kau nak buat apa ni.

“ awak…” aku memusingkan badan melihatnya.

“ ish.. asal ubah?” ujarnya geram. Aku menjongket kening. Ubah apa?

“ asal? Ubah apa? Saya tak buat apa-apa pun. Awak okey ke?” dahinya ku pegang.

“ ish.. tak sukalah macam ni. Tadi panggil lain sekarang lain.” Dia tarik muncung. Aku tertawa.

“ itu je ke.. okey-okey. Abang tersayang.” Amboi.. manja juga suami aku ni. Huhu..

“ macam tu lah…” aku tersenyum.

“ okeylah.. saya nak mandi lepastu kita solat maghrib berjemaah. Erk?” ujarku sambil cuba lepas dari pelukannya. Tapi tak berhasil.

“ saya ada sesuatu ingin beritahu awak. awak nak tahu sesuatu kan?”

“ awak nak tahu sangat kan kenapa sikap layanan saya berbeza daripada sebelum ni. Kan?” aku mengangguk.

“ sebab saya tak nak kalau kita mesra sebelum berkahwin. Kan bercinta selepas berkahwin lebih indah. Saya juga tak nak kalau saya tak dapat kawal diri apabila berhadapan dengan awak. apatah lagi awak ni cantik sangat. Nanti saya tak tahan. Jadi boleh terima tak sebab saya ni?”

Aku memandang tepat ke matanya. Nampaknya dia betul-betul ikhlas. Aku tersenyum dan kagum akan sikapnya.

“ terima kasih. Jadi boleh awak lepaskan saya?” mohonku.

“ hurmm.. tak selagi awak tak jawab soalan saya tadi.” Aku mencebik. Itu pun kena bagitaw juga ke.

“ nantilah..selepas mandi. Bolehlah…” pohonku lagi sambil mengerdipkan mata berkali-kali. Macam budak-budak pula. Haha.

“ hurmm boleh. Tapi kita mandi bersama lah… hehe..” aku membulatkan mata.

“ abang… tak nak.” Dengan pantas aku keluar dari pelukannya.

Belum sempat aku ingin lari masuk ke dalam bilik air, aku di cempung.

“ abang! Lepaskan sayalah. Jangan macam ni. Nanti saya merajuk kang… abang!” pohonku sambil memukul dadanya. Bencilah macam ni.

“ jawab dulu soalan abang. Kalau tidak abang bawa Syaikah masuk ke dalam bilik air. Sejuk tu..” aku mengetap bibir. Haisshh.. tak sukalah macam ni.

“ okey-okey.. sebab itu boleh diterima. Jadi puas? Boleh lepaskan?”

“ okey.. terima kasih..” aku tersenyum.

Bahagianya aku rasa sekarang. Sikap dia kini memang berbeza sebelum ini. Terlebih manja dan romantic. Ini yang buat aku makin sayang ni. Hehe…

“Adam cintakan Syaikah selamanya…”

“Dan hati ini milik Adam, Syaikah berikan seluruh rasa cinta ini untuk Adam forever and always…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience