BAB 3

Romance Completed 9017

Jam di tilik. Aku lambat lima minit. Tak mengapalah. Bukan lambat 10 minit. Tengok-tengok Fahmi belum sampai. Hurm.. betul ke keputusan aku ambil ni.

Sebenarnya aku buat keputusan untuk kenali mereka seorang demi seorang dulu. Kenal hati budi masing-masing. Jika dalam proses perkenalan aku antara mereka bertiga masih belum dapat beri apa-apa dekat aku. Jawabnya jodoh aku masih belum sampai. Itu saja yang dapat aku putuskan.

Hari ini hari pertama sesi sual kenal dengan Fahmi. Dia orang pertama yang akan keluar denganku. Mujur juga Lani sanggup teman. Walaupun berjauhan. Hehe..

Sampai saja di destinasi, aku ternampak kelibat Fahmi.

“ Hai awak. maaf jika saya lambat.” Ucapku sambil tersenyum.

“ tak mengapa. Saya pun baru sampai.” Aku Cuma tersenyum.

Dari penglihatanku ketika ini apabila melihat dia. Dia ni memang skema. Wah! Sedapnya mulut aku berkata. Tengoklah penampilan dia sekarang ni. Baju kemeja yang dia pakai, butang sampai ke atas. Yang buat aku nak ketawa, siap pakai tali leher sekali. Nak pergi kerja ke. Dengan cermin matanya lagi.

Tapi satu yang aku tak dapat nafikan bahawa Fahmi ni boleh tahan hensem juga. Aku rasa kalau dia buang cermin mata tu, mungkin lebih hensem. Jauhnya kau teliti dia ya Shaydah. Hehe..

“ erk..awak? awak okey ke?” aku tersentak.

“ maaf.” Ucapku. Tulah jauh sangat mengelamun.

“ jadi bolehkan kalau kita bergerak sekarang?” aku hanya mengangguk. Kami ambil keputusan untuk makan di kedai berhampiran dengan Kolej kami.

“ hurmm..boleh saya Tanya sesuatu?” soalku ketika menunggu makanan sampai.

“ boleh. Tanya sajalah.”

“ macam mana awak boleh kenal dan sukakan saya? Nama pun awak boleh tahu?” soalku penuh minat.

“ semenjak kali pertama saya Nampak awak dua bulan lepas. Masa itu awak di library. Lagipun tahun depan kan last kita di sini. Macam mana saya baru perasankan awak pun tak tahulah.” Terangnya lalu tertawa kecil. Aku hanya tersenyum.

“ mesti awak tertekan kan? Yelah pada masa yang sama kami bertiga luahkan perasaan.” Aku tersenyum lagi.

“ biasalah tu. Hal kecil je lah.” Mak aii! Kecil sangatlah katakan. Haha..

Selepas itu, kami terus berbual. Macam-macam topic di bualkan. Walaupun ada topic yang langsung tidak masuk akal. Aku just layankan je. Nanti dia kecil hati pula. Hehe…

Sambil-sambil aku tengah berbual, aku ternampak kelibat Adam. Lelaki yang turut luahkan perasaannya kepada aku tempoh hari. Apa yang dia buat dekat sini ya? Dan siapa agaknya perempuan di sebelahnya tu. Hurmm.. tertanya-tanya.

“ awak tengok apa tu?” aku tersentak.

“ tak ada apa-apa pun.”

Kenapa bila aku pandang muka Adam tu. Aku rasa tenang je..hurrmm..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience