BAB 2

Romance Completed 9017

“ Saya sukakan awak Shaydah Ikah!”

“ Aku sukakan kau Syaikah!”

“ I Love You Shah!”

Terlopong aku dengar ucapan mereka bertiga yang berada di hadapan mataku kini. Berbeza cara dan percakapan.

“ sekarang kau percaya kan?” soal Lani. Aku membuat anggukan kecil.

“ erk… apa perlu aku buat ni Lani? Aku langsung tak de perasaan dekat mereka bertiga ni..” ujarku sambil melihat mereka bertiga.

Seorang ku lihat kelihatan skema. Seorang ku lihat lebih tahan hensem juga. Seorang lagi ku lihat macam poyo ada jugak. Haih..

Sorang panggil aku dengan nama Syahdah Ikah (nama penuh aku), sorang lagi panggi Shah (nama samseng aka glemer aku) dan sorang lagi panggil aku Syaikah. Syaikah? What!!! Eh suka hati mak bapak dia panggil aku dengan nama lain, ni kes konfem salah target awek ni takpun buaya darat sebab tu salah panggil nama. Okay banyak nama takpe sebenarnya, tapi ini kalau dah tiga sekali hauk suka kat aku, buat aku jadi keliru beb!

“ kau layan je dulu. Nanti aku takut salah seorang daripada mereka kecil hati dengan kau. Itu lagi susah.”

Betul juga apa yang Lani katakan tu.

“ erk… boleh tak sebut nama korang?” soalku kepada mereka bertiga.

“ Saya Fahmi.” Itu nama orang yang mula-mula ucap kat aku.

“ Aku Adam.” Ini lain pula.

“ I Daniel.” Ini Mat Salleh Cellup mana pulak.

“ erk.. terima kasih kerana sudi perkenalkan diri. Saya Syahdah Ikah. Panggil je Syahdah atau Shah.” Ujarku lalu tersenyum.

Apa perlu aku buat selepas ini? Ini parah ni. Tak pernah aku alami kes macam ni. Tiga orang sukakan aku sekaligus. Haih… boleh pengsan aku kalau macam ni.

“ erk… sepatutnya lebih baik kita kenal-kenal dululah. Itu lebih baik kan?” aku menjeling Lani. Dia membuat anggukan kecil tanda menyokong keputusanku.

“ bagus juga cadangan awak tu Shaydah.” Sokong Fahmi.

“ tapi kau harus ingat Fahmi… bukan kau seorang je berhak. Kami pun berhak taw. Kan Syaikah?”

Erk… aku hanya mengangguk akan kata-kata Adam. Berlainan orang, berlainan bahasa dan berlainan ragamnya yang aku dapat lihat sekarang ni. Tergaru-garu aku di buatnya heh!

“ Lani.. balik jom. Aku masih belum keluar dari keadaan Shock ni. Gara-gara kau lah ni.” Bisikku ke telinga Lani. Dia hanya tersengih.

Huhu.. tolonglah katakan yang ini mimpi. Huarhhggg…. Mak.. tolong akak mak… huhu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience