BAB 7

Romance Completed 9017

Argh! Belagaknya mamat ni. Mentang-mentang sudah ke luar Negara. Satu perkataan melayu pun dia tak gunakan. Tak menghargai betullah.

“ You like me?” tersedak aku mendengar soalan dia. Apasal dia Tanya soalan tu. Haih…

“ What are you mean?” aku pun pandai juga cakap BI. Dari tadi aku tak keluarkan pun bahasa melayu. Tak apa. Aku kena tunggu masa je nak gunakan. Aku nak tengok juga apa reaksi dia. Atau dia memang tak tahu bahasa melayu.

“ I love you Shah. You too right?” senyuman sinis ku berikan kepada dia.

“ kenapa awak yakin sangat?” akhirnya aku guna juga bahasa Melayu. Aku sudah malas nak gunakan BI. Sampai berbelit-belit lidah aku ni.

“ because I love you.” Aku bangun berdiri.

“ Daniel. Saya tahu awak cintakan saya. Tapi saya tak tahu awak ikhlas atau tidak.”

Tiba-tiba datang seorang perempuan menghampiri meja makan kami.

“ Hai my dear. What are you doing with her?” sah! Aku dah agak. Betul kata Lani. Aku rasa dia playboy. Aku juga rasa dia tidak ikhlas mencintaiku. Bagus juga aku tahu lebih awal.

“ erk..Shah…” aku menggeleng.

“ tak usah jelaskan. Saya tahu ini girlfriend awak. saya faham. Saya juga takkan ganggu awak lagi. Dan saya tertanya-tanya awak ni anak melayu tulen ke? Nama awak berbinkan nama Islam kan? So? Mana kehormatan awak?” sindirku lalu tersenyum.

“ erk… maafkan saya.”

“ akhirnya. Pandai juga awak cakap dalam bahasa Melayu. Ingatkan awak tak tahu langsung. Nama je duduk Malaysia. Baiklah. Saya pergi dulu. Berseronoklah.”

Usai aku berkata, aku terus berlalu dari situ. Aku senyum puas.

Terasa beban ku sedikit ringan. Terima kasih Ya Allah kerana Kau tunjukkan kebenaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience