BAB 12

Romance Completed 9017

“ maafkan saya Fahmi. Saya tak dapat terima cinta awak.” luahku tenang.

“ tak apa. Saya faham. Mungkin antara kita tiada jodoh.” Aku senyum lega.

“ saya yakin selepas ini awak akan dapat insan yang lebih baik dari saya. Percayalah.”

“ terima kasih.” Aku Cuma tersenyum.

Alhamdulilah. Selesai juga akhirnya. Jadi sekarang aku dapat tumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran. Tak lah rasa sakit kepala lagi memikirkan tentang cinta. Huhu..

“ awak… saya Tanya sesuatu boleh?” soal Fahmi. Aku Cuma mengangguk.

“ awak sebenarnya sukakan Adam kan?” aku tersentak.

“ ma..macam mana awak tahu?” dia tersenyum.

“ awak mungkin dapat tipu dia. Tapi awak tak dapat tipu orang sekeliling awak. melalui pandangan dan cara awak melihat dia dari jauh. Itu sudah cukup membuktikan yang awak sukakan dia. Dia memang berhak mendapat perempuan sebaik awak Shah.” Aku senyum hambar.

“ entahlah Fahmi. Saya pun tak tahu. Saya keliru. Keliru dengan perasaan saya dan keliru dengan Adam.” Luahku lalu melihat suasan petang yang sememangnya cantik.

“ awak dan dia ada masalah ke?” aku hanya berdiam diri. Aku pun tak mampu untuk menjawab soalan itu sebenarnya.

“ cuba awak beritahu saya apa masalah awak? mana tahu saya boleh tolong.” Aku senyum pahit.

“ entahlah Fahmi. Saya kelirulah. Saya tahu saya tak patut cemburu buta tanpa soal selidik terlebih dahulu. Tapi entahlah.. saya tertanya-tanya siapakah perempuan bertudung yang sentiasa bersama dengan dia tu. Boleh di katakan setiap hari saya Nampak. Setiap kali Nampak mereka, hati saya sedih. Sebab itulah saya keliru.” Jelasku.

“ maksud awak Miza?” aku mengjongket kening. Aku melihat Fahmi minta penjelasan.

“ ya.. perempuan yang awak maksudkan itu adalah Miza. Sepupu rapat Adam. Awak pasti pelik kan macam mana saya dapat tahu semua ini. Sebab Miza tu adik angkat saya. Adam pula merupakan kawan saya.”

Aku tercengang apabila mendengar penjelasan dari Fahmi.

“ tapi.. mengapa layanan Adam terhadap Miza tu berbeza sekali dengan saya. Maksud saya cara percakapan dan cara layanan yang Adam beri tu lebih mesra daripada saya. Macam Miza tu orang yang istimewa di hati dia.”

Adam.. gara-gara kaulah aku jadi macam ni. Tahu tak? Huhu..

“ sebab Miza tu dia sudah anggap seperti adik sendiri. Dia yang beritahu saya. Lagipun sikap Miza persis dengan adik kandung dia yang telah meninggal beberapa tahun yang lalu. Sebab itulah mereka rapat. Mereka merupakan adik beradik walaupun hanyalah sepupu.”

Aku terdiam. Terus lidahku kelu untuk berkata-kata. Jadi aku salah? Aku tahu aku memang patut di persalahkan sebab tidak soal selidik. Tapi manalah aku tahu dan aku tiada masa nak tahu semua tu. Jika aku Tanya pun, pasti dia ketawa dan tuduh aku bukan-bukan. Kalau orang lain pun mesti cemburu juga.

Kalau ye pun dah adik, jangan terlebih mesra sampai orang sekeliling salah anggap. Lagipun mereka bukan muhrim. Betul tak cakap aku? Arg! Serabutnya…

“ saya harap awak berbaiklah dengan Adam Dia tulus mencintai awak. mungkin dia ada sebab tersendiri atas layanan tu. Yang pasti Adam akan buat awak bahagia jika awak pilih dia.”

“ tak mungkin Fahmi. Tak mungkin selepas saya buat begitu kepada dia. Saya sendiri yang minta putus. Tak mengapalah Fahmi. Jika benar kami ada jodoh, pasti kami akan di satukan juga. Betul tak?” aku tersenyum hambar ke arahnya.

“ Insya-Allah. Tapi awak juga tak boleh berputus asa. Fikir-fikirkanlah.”

Aku Cuma tersenyum. Puas aku berfikir Fahmi. Ini saja cara terbaik yang boleh di katakan bodoh! Lantaklah apa yang orang nak katakan. Asalkan tidak menganggu hal peribadi aku. Huhu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience