BAB 13

Romance Completed 9017

“ kita patut berbincang!” kecut perut aku bila lihat muka dia yang tegang itu. Tiada secalit senyuman pun.

“ aku nak kau beritahu apa masalah kau yang sebenar.”

Gurlp!

“ maafkan saya.” ucapku sambil tertunduk. Takut ingin menentang mata dia.

“ kenapa?”

“ sebab..erk..sebab..” aku gigit bibir. Aku tak patut luahkan. Bukan sekarang!

“ sebab apa?” jerkahnya.

“ sebab saya cintakan awak.” balasku terkejut. Ops! Pantas aku tekup mulut. Terlepas cakap pula.

Aku mendongak melihat reaksi dia. Tak sangka yang dia turut memandang ke araku. Pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

“ maafkan saya..” ucapku lagi lalu memusingkan badan untuk beredar.

“ tunggu!” aku tersenyum dalam hati. aku ingat dia takkan berikan reaksi.

Aku kaku di tempat tanpa menoleh ke arahnya.

“ kenapa kau mengelak dari aku sedangkan kau cintakan aku?” soalnya lalu berhadapan denganku.

“ sebab.. sebab…erk.. sebab saya cemburukan awak…” aku mendongak melihatnya.

Aku Nampak dia tersenyum.

“ itu je ke? Dengan siapa?” aku terlopong. Senangnya dia jawab.

“ awak fikir-fikirkanlah..”

Pantas aku berjalan meninggalkannya. Kalau tidak bukan aku kesiankan Fahmi. Dah lama aku tidak datang berjumpa dengannya. Menyesal aku pergi.

“ Haih…” tak baik mengeluh Shah. Hurmm..

Belum sempat aku ingin melintas jalan ke seberang, tanganku di tarik.

“ awak… lepaslah.” Arahku kasar. Tapi dia tidak hiraukan langsung atas arahan aku. Ini yang buat aku bengang. Dan ke mana dia nak bawa aku pergi.

“Adam … hurmm. Saya tahu saya salah. Saya tahu saya cemburu buta tanpa soal selidik. Saya tahu saya bodoh dalam buat keputusan ini semua. Saya juga tahu saya telah cintakan awak. Tapi saya tak nak kalau saya berserabut memikirkan tentang cinta. Argh! Lepaskanlah!”

Akhirnya peganganku terlepas juga. Itu pun selepas aku luahkan semuanya.

Alamak! Aku lihat sekeliling. Malunya kerana orang tengok. Argh! Tulah. Gatai pi jerit. Haissh..

“ saya nak balik.” Ujarku kepada Adam. Tapi dia hanya tersenyum. Lantaklah!

“Shah!” aku menoleh ke belakang. Ternyata Lani, Fahmi dan erk.. perempuan yang sentiasa bersama dengan Adam. Erk.. apa yang mereka buat di sini. Senyum pelik pula tu.

“ korang buat apa di sini?” soalku sambil melihat mereka silih berganti. Pelik!

“ Berjaya rancangan kau Adam.” Ujar Fahmi kepada Adam. Apa maksud dia? Tak fahamlah.

“ atas jasa kau juga Fahmi. Kalau tidak sampai bila-bila dia ni takkan luahkan apa yang terbuku di hati dia. Terima kasih semua.”

“ Wait! Apa semua ni? Saya tak fahamlah.” Ujarku dalam nada sedikit tinggi.

“ kalau kau nak tahu, kau tanyalah Adam. Dia yang rancangkan segalanya. Kami hanya membantu apa yang patut. Okeylah Adam. Now your turns!.”

Adam tersenyum lalu melihat aku. Aku menjongket kening.

“ Fahmi sudah beritahu segalanya kepada aku.” Aku tersentak.

“ mengapa kau sering mengelak daripada aku. Mengapa kau minta putus dari aku dan mengapa kau sakit hati. betul tak?” aku hanya berdiam diri.

“Syaikah!” tanganku di capai. Mujur berlapik.

“ Aku ikhlas cintakan kau. Aku takkan sia-siakan begitu saja. Maafkan aku jika layanan aku terhadap kau tidak semesra macam kau Nampak sebelum ni dengan Miza. Aku tahu aku salah tapi aku ada sebab.” Aku tunduk memandang lantai.

Dengan perlahan aku cuba menarik tanganku dari pegangannya. Tapi malangnya, tak boleh.

“Shah. Jangan marahkan abang Adam ya. Dia ada sebab. Saya tahu sebab itu tapi saya tak boleh beritahu. Ini rahsia. Percayalah yang antara kami tiada hubungan pun.” Jelas Miza.

Mataku mula berkaca-kaca.

“ mengapa saya mesti jatuh cinta? Dengan awak pula tu. Mengapa saya mesti sakit hati apabila melihat awak? mengapa juga saya harus buat keputusan macam ni. Sedangkan saya baru kenal dengan awak. mengapa?” soalku dalam nada sayu.

Air mataku gugur jua.

“ syyhh… janganlah menangis. Syaikah.. aku ada jawapan untuk semua itu.” Aku mendongak melihatnya.

“ sebab kita ada jodoh. Sebab kita ditakdirkan bersama. Sebab Allah yang beri rasa itu kepada kita berdua.” Aku tersenyum dalam tangisan.

“ mungkin betul apa yang awak kata tu. Terima kasih Adam. Tapi awak tak patut buat saya macam ni.” Ujarku geram. Pegangan di lepaskan.

“ buat apa?” soalnya pelik. Aku mengetap bibir.

“ awak tahu tak yang awak buat saya malu. Malu dengan kawan-kawan dan semua orang yang berada di sini.” Luahku dalam nada terkawal. Marah ni marah!

Dia ketawa. Kawan-kawan aku pun. Argh! Ni yang tak suka ni. Pantas air mataku seka.

“ sebab kau lah. Kau degil sangat. Sebab itu aku buat macam ni. Supaya kau sedar dan mengaku perasaan kau.” Ujarnya sambil tersengih nakal. Hisshh! Tak sukalah.

“Shah … kami tak tahu apa-apa. Semuanya rancangan Adam erk.. jangan salahkan kami.” Lani tersengih.

“ apa-apa je lah korang ni. Malas nak layan. Apatah lagi awak Adam. Meluatnya…”

“ meluat pun tapi kau sudah jatuh cinta dengan aku. Hihi…” ujar Adam dalam nada nakal. Ya Allah… mak… tolong akak…

“Syaikah.. aku nak minta sesuatu boleh?” soal Adam dalam nada lembut. Bagi aku romantic. Hehe.. hilang terus rasa marah ni.

“ ermm..” aku hanya melihat dia.

“ Sudikah Syaikah jadi suri hati Adam? Selamanya. Cinta Adam dan Syaikah bersama. Sudikah Syaikah?” aku menekup tanda terkejut. Ini lamaran ke?

“ jangan cakap yang ini lamaran.”

“ ya.. ini lamaran Syaikah Sudi tak terima?” aku mengecilkan mata melihatnya. Saja nak tengok keikhlasan dia. Nak main-main. Hehe…

“ asal? Kenapa kau tengok aku macam tu?” aku tersengih nakal.

“ betul ke?” soalku.

“ betullah. Takkan tak percaya.” Hurmm..

“ boleh. Tapi saya ada satu permintaan. Boleh awak tunaikan?” aku tersenyum dalam hati. hehe…

“ Alhamdulilah. Terima kasih Syaikah. Aku terima je apa permintaan kau tu.” Ujarnya ceria. Aku sudah tersenyum. Tepukan dari kawan-kawan aku buat aku rasa sebak.

“ nanti masa kahwin saya beritahu. Hehe…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience