BAB 5

Romance Completed 9017

“ erk.. awak okey ke?”

Aku lihat Adam ni sejak dari tadi asyik berdiam diri je. Semenjak bertolak dari kolej sampai ke tepian tasik ni. Aku pun tak tahu kenapa aku yang ajak dia datang sini.

“ erm…? Kenapa dengan aku?” keluar juga suara kau ye Adam.

Walaupun dia gunakan panggilan ‘ kau dan aku’ tapi aku tak rasa kasar. Malah aku selesa. Mengapa ya. Dia pun aku lihat baik je. Che wah..

“ awak ada masalah ke?” soalku lagi.

Tiba-tiba dia bangun berdiri.

“ apa pandangan kau terhadap aku?” aku tersentak. Asal kau Tanya erk?

“ erk…” apa perlu aku jawab ni. Aku takut dia kecil hati pula dengan jawapan aku.

“ gitaw je. Aku takkan marahlah.” Ujarnya tanpa melihatku.

“ erk… mula-mula saya lihat awak dua hari yang lepas. Saya rasa awak ni baik dan hensem jugalah. Walaupun cara awak sedikit tidak sopan. Tapi saya tahu awak baik.” Ujarku berterus-terang.

Dia menoleh ke arahku lalu tersenyum.

“ terima kasih kerana sudi berterus terang. Ini kali pertama seorang perempuan yang kata begitu. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh cinta kat kau. Mungkin pandangan kali pertama kowt.. ye tak?”

Aku tertawa kecil.

“ entahlah. Mungkin juga.”

Tiba-tiba pula aku rasa selesa berada dengan dia. Langsung tiada rasa kekok. Malu tu tetap ada. Tapi dia ni bagi aku… apa ya aku nak kata. Lupakanlah!

“Syaikah … aku tahu aku ni taklah sebagus lelaki-lelaki di luar sana. Tapi satu saja yang aku nak kau tahu. Aku ikhlas mencintai kau. Kalau kau nak tahu. Aku susah nak jatuh cinta. Tapi bila aku bertemu dengan kau, terus aku berubah. Jika betul kau jodoh aku, aku akan usaha jadi lelaki yang soleh dan lebih baik daripada sekarang.” Jelasnya dan buat aku terharu.

Aku tak sangka. Walaupun dari luar penampilan dia aku Nampak macam kasar dan macam kurang adab. Tapi sekarang aku rasa Adam ni orang yang berbeza. Dan satu lagi aku tak habis fikir. Mengapa dia panggil aku dengan panggilan Syaikah?

“ erk.. awak. boleh saya Tanya sesuatu?”

Aku turut berdiri di sebelahnya. Aku sempat melihat senyumannya dan bagi aku senyuman itu manis.

“ kenapa awak panggil saya dengan panggilan nama Syaikah? Bukan Shah or Shaydah Ikah?” soalku.

“ kerana bagi aku nama itu sedap. Nama kau kan Shaydah Ikah. Jadi aku gabungkan yang hadapan tu dengan dua huruf terakhir dari Ikah tu. Kenapa? Kau tak suka ke? Maaflah.” Aku menggeleng.

“ tak… saya suka. Cuma saya peliklah. Sebelum ni mana pernah orang panggil saya dengan nama itu. Awak orang pertama tahu tak? Saya rasa selesa pula bila dengar awak panggil saya dengan Syaikah. Sedap..” luahku lalu tersenyum.

“ terima kasih.” Aku hanya mengangguk lalu membalas senyumannya.

Dup..dap..dup…dap..

Dadakku sentuh. Kenapa pula ni? Jantung aku berdegup kencang semacam je. Haih… mungkin gementar sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience