BAB 11

Romance Completed 9017

“ kenapa dengan kau?” aku pandang Adam pelik.

Kenapa dengan aku? Sepatutnya aku yang Tanya kau. Kenapa nak jumpa dengan aku? Dengan secara paksa pula tu. Yelah.. aku sedap-sedap duk makan, tiba-tiba dia datang dan suruh ikut dia. Mana tak nya aku bengang.

“ aku ada buat salah ke?” aku berdiri dan bergerak jauh sikit daripada dia.

“ saya tak tahu dan mengapa awak Tanya begitu?” soalku tanpa memalingkan wajah.

“ sebab kau lain. Sudah dua minggu aku cuba bersabar dengan karenah kau yang suka mengelak apabila berhadapan dengan aku. Tapi tidak sekarang. Dua minggu yang lepas, kau menghilang. Lani beritahu yang kau balik kampong. Okey itu aku faham. Tapi minggu lepas. Kenapa kau lain? Mengapa kau macam marah dengan aku? Aku tahu kita masih belum rapat dan masih cuba kenal hati budi masing-masing. Tapi jika kau buat begini, macam mana kita nak jadi rapat. Walaupun kawan?”

Aku berpaling dan berhadapan dengan dia. Aku memadangnya dengan penuh perasaan dan tanda Tanya. argh! Perasaan ini lagi muncul. Sah yang aku memang sudah jatuh cinta dekat dia. Aku sudah sukakan dia.

“ mengapa Syaikah?” soalnya lagi dengan penuh mengharap.

“ sebab awak…” balasku dan tanpa di pinta air mataku gugur. Ini kali pertama air mataku gugur di hadapan lelaki. Pantas aku seka.

“ kenapa ni? Kenapa kau menangis? Aku buat salah ke? Cuba beritahu aku.’ Aku menggeleng lemah.

“ taklah.. awak tak salah. Mata saya masuk habuk tadi.” Nafiku lalu memandang ke tempat lain. Tak sanggup bertentangan mata dengan dia.

“ kalau kau tak beritahu apa salah aku, macam mana aku nak tahu?” aku senyum hambar.

“Adam.. jika benar antara kita ada jodoh. Pasti suatu hari nanti kita akan bersama dengan izin Allah. Jika benar antara kita tiada jodoh. Walau apapun usaha kita. Kita tetap tidak akan bersama. Saya harap awak faham.. Adam. Maafkan saya jika kata-kata saya buat awak marah dan kecil hati. saya nak mulai hari ini kita tak usahlah berjumpa. Hiraukan saya. Buat macam tak kenal. Boleh?”

Aku lihat dia tersentak akan kata-kataku.

“Syaikah. Kenapa dengan kau ni? Apasal kau jadi macam ni?” aku senyum dengan soalan dia.

“ awak berhak dapat lebih baik daripada saya. Saya tahu awak akan mendapat seseorang yang jauh lebih baik dari saya. Saya doakan itu. Jangan risau… selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi.”

Buat kali terakhir, aku melihatnya dengan senyuman. Aku tahu kau marah dengan tindakanku kini. Tapi aku tak kuat dan aku takut jika aku salah mencintai dan takut di lukai.

Aku ingin sekali tahu siapa perempuan yang sentiasa bersama kau tu. Aku cemburu kerana layanan kau terhadap dia sangat baik. Cara percakapan awak dengan dia berbeza dengan saya.

Aku tahu aku tak patut cemburu buta. Tapi kalau boleh biarlah aku habiskan pengajian dulu. Aku tak nak sakit kepala memikirkan masalah kita berdua.

Dengan berat hati, aku melangkah pergi. Walaupun hati ini tidak rela aku terpaksa. Aku tahu tindakan ini langsung tidak masuk akal. Aku tahu aku memang patut di persalahkan.

Namun aku sendiri yang bertekad untuk memustuskan semua ini. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku puas hati. selepas ini aku perlu selesaikan masalah dengan Fahmi pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience