BAB 8

Romance Completed 9017

Air mataku gugur saat mendapat berita sedih daripada keluarga. Adikku Azlan telah di masukkan ke hospital kerana kemalangan. Ya Allah.. selamatkanlah Azlan.

“ Lani.. kita balik. Aku nak balik kampong. Kau nak ikut tak?” air mataku seka.

“ buat apa? Habis assignment ni macam mana?”

“ adik aku kemalangan. Kalau kau tak nak ikut aku tak kisah. Aku balik dulu.”

Selepas mengemas apa yang patut, aku pantas keluar daripada kelas.

Baru dua langkah aku berjalan meninggalkan kelas. Aku ternampak kelibat Adam.

“ Shah! Tunggu akulah.”

Dan siapa perempuan tu? Mengapa tiba-tiba aku rasa sedih dan rasa marah melihat dia bersama perempuan tu.

“ Shah?” aku tersentak dan menoleh ke arah Lani.

“ jom balik..” arahku. Namun belum sempat aku ingin melangkah, tanganku di tarik.

“ Lani.. kenapa?” soalku lalu melihatnya. Dahlah aku tengah sedih dengan berita adik aku.

Jangan tambahkan lagi kesedihan aku boleh tak? Dahlah aku tetiba rasa sedih tengok Adam tu.

Walaupun dah banyak kali kami berjumpa. Tapi dia tak pernah ceritakan apa-apa pun kat aku. Argh! Fikikan dia lagi..

“ kau menangis?” aku tersenyum hambar.

“ mestilah. Kan aku baru dapat berita sedih daripada keluarga. Sekarang aku nak pergi beli tiket. Aku nak balik kampong. Kau nak ikut tak?”

Lani menggeleng. Kenapa pula?

“ bukan.. kau bertambah sedih sebab melihat Adam dan perempuan tu kan?” aku tersentak.

“sudahlah… aku balik dulu. Biarkanlah dia. Apa aku kisah.”

Pantas aku berlari daripada situ. Air mataku gugur lagi. Mengapa ni? Adakah aku sudah jatuh cinta dengan Adam? Argh! Kusutnya fikiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience