bab 2

Romance Series 2549

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi menandakan waktu rehat. Kelihatan Amber dan Dira berjalan beriringan ke kantin.
“Dia ada chat awak tak?” Dira bertanya meminta kepastian.
“Nape nak tahu?” Amber sengaja bertanya tanpa menjawab pertanyaan Dira.
“Elehh awak ni, saya tahu lah dia chat awak. Eh jap, sebenarnya awak da tahu kan orang yang chat awak tu dia? Tpi apesal awak pura-pura tak kenal eh?” Dira yang penuh dengan tanda tanya cuba ingin mencungkil cerita sebenar yang berlaku.
“Mana ada! Saya tak tahu pn itu dia lah.” Amber cuba menafikan. Pipi kanan dan kirinya rasa bagaikan terbakar. Rasa malu hendak megakui.
“Yelah-yelah. Simpan lah untuk diri sendiri.” Dira sedikit meningikan suaranya kerana geram dengan sahabatnya.
‘Bukan tak nak bagi tau tapi malu kot,’ detik hati Amber.
Mereka kemudiannya membeli makanan dan kembali ke kelas.

Oii. Awak ni da kenapa? Senyum sorang-sorang? Da gila ke. Ehhh takut lah!” Kata-kata sahabatnya Zahid telah mematikan lamunannya.Terbuntang mata Odranoel mendengar kata-kata sahabatnya itu.
“Elehh, awak ni kecoh lah! Saya tengah berfikir ni cara nak jawab soalan Pengajian Am.” Kata Odranoel untuk menyembunyikan apa yang berada di fikirannya sebentar tadi.
“ Tipu! Awak ingat ex eh?” kata Hafiz pula hendak mengusik sahabatnya. Kisah percintaan Odranoel dengan Azah sememangnya telah diketahui oleh rakan-rakan rapatnya.
“Eh mana ada.” jawabnya dengan wajah yang merah padam.
“Ni mesti ada kaitan dengan…..? Hemmm..” Mira menyampuk tanpa menghabiskan kata-katanya. Riaksinya seperti mencoba memikirkan sesuatu. Mira merupakan rakan sekelas Odranoel dan kakak kepada Dira. Dia mengetahui cerita di antara Odranoel dan Amber namun sengaja ingin menimbulkan tanda tanya di fikiran rakan-rakan mereka yang lain.

“Ehh,mana ada. Jom Hafiz pergi ke kantin.” Kata Odranoel menafikan dakwaan tersebut dan berlalu meninggalkan kelas untuk menuju ke kantin.
Kedengaran rakan-rakan sekelas mereka bertanya-tanya tentang hal apa yang ingin dibicarakan Mira sebentar tadi.

*************

Ting..ting.. Bunyi isyarat mesej masuk. Amber yang sedang sibuk mengemas bilik segera mencapai telefonnya.
Hi.
Terukir senyuman di bibirnya tatkala mengetahui pengirim mesej tersebut ialah Odranoel
Hai awak. kenapa?
Balas Amber. Jantungnya terus berdetak dengan laju seperti baru sahaja berlari 100 meter. ‘Ya Tuhan’ Katanya dalam hati sambil mengibas ngibas wajahnya .
Zett..zett... Bunyi getaran telefon Odranoel kedengaran. Dia membaca mesej yang masuk.

Hai awak. kenapa?- Amber Casandra

Tak de. Saja je nak chat. Awak busy ke?- Odranoel Williams

Tak busy pn. – Amber Casandra

nak tanya ni. - Odranoel Williams

apedia -Amber Casandra

Awak single? - Odranoel Williams

Kenapa nak tahu? –Amber Casandra
“Ehh Dira ni tak bagi tau ke yang saya ni single an available? Tapi…ehh dia ni kan kalau saya taken tak ada maknanya nak chat-chat bagai dengan awak tahu” Bebel Amber… ting..ting..

Saja tanya. Awak okay tak kalau kita couple?–Odranoel Williams

Maaf lah kalau awal sangat…? –Odranoel Williams

Terbeliak mata Amber membaca mesej yang dikirim Odranoel.“Ahhhh…tidakkkkk! Mimpi ke ni?” kata Amber sambil menepuk-nepuk kedua-dua pipinya. “Ini bukan mimpikan?” katanya kepada diri sendiri lalu dijawabnya mesej tersebut.
Jantung Odranoel berdegup dengan kencang menantikan jawapan Amber. Takut cintanya ditolak bukan kepalang. Zettt..zettt.. Mesej masuk

Ok.- Amber Casandra

‘Ok? Maksudnya terima?’ Bisik hatinya kurang pasti dengan jawapan Amber. Jari-jemarinya terus laju menaip sesuatu.

Ting…ting… Bunyi isyarat telefon.

Awak terima ke tidak?- Odranoel Williams
“Ehh dia ni tak faham ke. ok tu maksudnya terima hmmm” Amber geram dan dalam masa yang sama malu hendak mengakuinya.

Yes, I accept – Amber casandraa

“yess! Akhirnya” Kata Odranoel sedikit berteriak. Buat pertama kalinya dia jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis yang di beri nama Amber Casandra. Jauh di sudut hatinya mengharapkan agar hubungan kali ini akan bertahan. Seperti biasa perbualan mereka melalui alam maya hanya akan berakhir apabila kedua-duanya terlena dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience