Ting..ting..
Good morning my dear. Wake up – Odranoel Williams
“OMG no! Dia panggil dear?” terkejut Amber apabila Odranoel yang baru sahaja menjadi kekasihnya memanggilnya dear buat pertama kalinya.
Ye da bangun da.
Amber membalas dengan mata yang masi megantuk.
Dear jom jumpa hari ni – Odranoel Williams
‘What? Jumpa oh no!’ Bisik hatinya. Wajahnya berubah menjadi merah seperti udang yang dibakar. Dia terus bergolek-golek di atas katil dan sesekali menendang-nendang angin. Mesej tersebut segera dijawab.
Tengok lah nti. Rasanya tak dpt kot. –Amber Casandra
Reaksi wajah Odranoel tiba-tiba bertukar sedih. Timbul perasaan kecewa di lubuk hatinya kerana tidak dapat berjumpa dengan Amber.
Hmmm yela tak pe lah. Sokey dear –Odranoel Williams
Tapikan awak,awal pagi kan kita blh jerr jumpa sblm masuk kelas. Tak gitu?–Amber Casandra
Dia memberi cadangan untuk berjumpa pada waktu pagi. Pergerakan Amber sangat terhad kerana kedua-dua ibu bapanya tidak membenarkannya keluar tanpa sebab yang kukuh. Hal ini disebabkan oleh peristiwa yang berlaku 4 tahun yang lalu.
Yupp boleh. Awak tunggu dkt tangga boleh? – Odranoel Williams
Yelah awak, kalau saya lambat awak jalan je lh masuk kelas ok. –Amber Casandra
Ok dear, saya tunggu tau. Jam 6.55 kalau awak tak de saya jalan. –Odranoel Williams
Ok. –Amber Casandra
Awak saya lapar lah ??. -Odranoel Williams
‘Megadanya dia ni. Dewan makan kan buka, pergi je lah makn..hmmm ni nak manja-manja lh ni kn’ Bicara hatinya.
Alahhh cianya.. Awak nak biskut tak? – Amber Casandra
Boleh jer..- Odranoel Williams
Kita jmpa nti saya bagi oky. Nti awak makan lh kat kelas. –Amber Casandra
Ok dear, thanks. –Odranoel Williams
Wajah Amber yang mengantuk tadi tiba-tiba berubah menjadi segar. Hatinya berbunga-bunga. Tanpa disedarinya, kisah cintanya yang lalu sedikit sebanyak mampu dilupakan. Hatinya yang hancur berkecai seakan mendapat seorang perawat yang mampu mengembalikan hatinya seperti sedia kala. Rasanya tidak sabar ingin berjumpa dengan Odranoel.
********
Amber yang sedang berdiri di tepi tangga sambil membimbit sesuatu menantikan kemunculan Odranoel. Sesekali dia memandang ke arah pergelangan tangannya yang terikat kemas jam di tangan.Jam hampir menunjukkan jam 7 kelibat Odranoel tidak kelihatan.
“Ehh…Noel ada dia lah.”
“Siapa tu?”
“Mana?”
“Dia ke tu?”
Kedegaran suara riuh rendah datangnya dari sekumpulan lelaki. Kelihatan warna dan baju batik yang dipakai mereka seragam. Pandangan Amber tertumpuh kepada seorang jejaka yang tinggi lampai, rambutnya yang pendek disikat dengan kemas sedang memakai tag nama pelajar. Dari pandangannya dia mengenali lelaki itu mirip seperti dalam gambar yang dilihatnya. ‘Ya itu dia.’ Hatinya berbicara. Terukir senyuman yang manis d bibir. Debaran di dada terasa apabila Odranoel menghampirinya.
“Na.” Belum sempat Odranoel memulakan bicara Amber terus menghulurkan beg plastic yang dibimbitnya sebentar tadi.
“o.h.Te..rima kasih.” Ucap Odranoel teragak-agak sambil mengambil bungkusan tersebut.
Oleh kerana jam telah menunjukkan hampir pukul 7 pagi dan menandakan PDP akan bermula sebentar lagi, mereka tidak sempat berbicara. Amber hanya memberikannya beg plastikt yang berisi beberapa keping biskut, sedikit manisan dan tersisip kemas sepucuk surat bersampul.. Lalu mereka bersurai dan menuju ke haluan masing-masing untuk ke kelas.
*********
“Yess habis masa dah.” Hafiz menggeliat sesekali dia menguap.“Huh! Penat lah.” Rugutnya.
“Jom lah balik.” Zahid bersuara. “ saya lapar lah.” Katanya lagi.
“Samalah. Saya pun lapar tak sempat nak makan tadi.” Sampuk Odranoel sambil Jari-jemarinya pantas megutip buku yang bertaburan di atas meja.
Mereka bertiga pun beredar meninggalkan kelas SS1 yang merupakan kelas pra U atas.
Odranoel,Hafiz dan Zahid menuju ke dewan makan untuk menjamu selera sebelum melangkah menuju ke Asrama. Seperti itulah rutin harian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar asrama.
********
Alunan lagu Blackbear me and your ghost berkumandang kedegaran memenuhi ruang bilik. Kelihatan Odranoel sedang berbaring di atas katilnya sambil sesekali melihat kearah telefon bimbitnya. Enta mesej siapa yang ditunggu. Jam hampir menunjukkan pukul 2 petang. Dia berseorangan di bilik tersebut. Rakan-rakannya telah pergi menghadiri kelas berfokus untuk persediaan peperiksaan STPM. Tiba-tiba dia baru teringat tentang beg plastik yang diberikan Amber. Dia segera bangun dan mencapai beg tersebut sambil memandang keadaan sekeliling kalau-kalau ada yang memerhatikannya.
Bekas yang berwarna ungu segera diangkat dari beg tersebut. Biskut yang tersusun kemas segera dicicip. ‘Apa ni? Surat Cinta ke?’ Bisik hatinya terlihat sepucuk surat di dalam beg plastik tersebut. Sepucuk surat bersampul dibuka, haruman bedak terus memenuhi ruang. Terukir senyuman kambing di wajahnya tatkala menerima surat yang berbedak. Rasa kelakar pula. Di depan sampul tersebut terukir kemas rangkai kata penuh makna yang berbunyi thanks for everything.
‘For what?’ hatinya berbicara.
“Eh ada gelang lah.” Tersisip kemas seutas gelang tangan di dalam sampul tersebut.
‘Pandai juga ehh dia pilih gelang ni’ Sekali lagi hatinya berbisik. Senyuman tak lekang di bibirnya. Surat tersebut dibaca.
Cuma nak pesan jaga diri and thank you sebab sudi jadikan saya kekasih awak.
Good luck STPM you can do it.
Make your parents pround of you..
Amber Casandra
Surat tersebut dikucup seketika dan kemudian disimpan rapi di dalam beg. Hatinya yang sekian lama menjadi keras akhirnya mencair jua. Cinta yang baru berputik telah mekar sepenuhnya. Benarlah bahawa cinta pandang pertama itu benar-benar wujud dan bukan ilusi.
********
Beberapa bulan lagi, mereka bakal menghadapi peperiksaan besar. Kedua-duanya sibuk dengan persediaan masing-masing. Masa yang terhad digunakan sebaik mungkin untuk megulang kaji pelajaran. Seperti biasa Mereka hanya berbual melalui aplikasi whatsapp. Berjumpa? Ya mereka hanya berjumpa pada setiap pagi sebelum melangkah masuk ke kelas masing-masing. Pertemuan itu buknlah seperti pertemuan pasangan kekasih yang lain. Mereka sepertinya lebih selesa meluahkan rasa cinta dengan tanda sedikit pemberian seperti memberikan candy tanpa perlu berbicara panjang. Jarak antara mereka juga sentiasa dijaga rapi.
“Amber…”
“Amber..” Pangiil dira mencari kelibat Amber. Enta hilang ke mana sahabatnya.
“Oii! Kat sini rupanya.” Kata dira sedikit meninggikan suara. Puas dicari akhirnya dia ketemu sahabatnya di Pusat Sumber Sekolah sedang membaca sesuatu.
“Shhhh…shhhh…” Terbuntang mata Amber. Jarinya segera diletakkan di bibir tanda isyarat untuk meminta agar sahabatnya tidak berbuat bising.
“Opss..sorry.” Muka Dira merah menyala menahan malu apabila melihat semua pandangan tertumpuh ke arahnya. Dia segera mengambil tempat di hadapan Amber.
“Kenapa?” Tnya amber.
“Boleh temankan saya kejap tak? Nak hantar buku ni kat cikgu Norasyikin.” Sambil menunjukkan buku yang dipegangnya.
“Ish awak ni, ingat ape tdi. Yelah jom.” Kata Amber. lalu mereka pun berlalu meninggalkan ruang tersebut untuk menujuh ke Bilik Guru.
Share this novel