bab 1

Romance Series 2549

Dalam pertemuan pasti ada titik perpisahan. Amber Casandra seorang gadis biasa yang terjatuh kerana cinta namun bangkit semula demi untuk kebahagiaan.

“Maafkan saya kerana terpaksa pergi”

“Awak ni kenapa? Apa salah saya?”

“awak tak salah apa-apa.”

“habis tu, yang awak nak putus kenapa? Saya nak tau. Tolong lah awak.”

“Dahlah awak tak payah nak merayu bagai. Kita putus!”

Dialog perbicaraanya dengan azam enam bulan yang lalu sentiasa bermain di ruang fikiran Amber. Setelah sekian lama dia mencari di mana salah dan silapnya yang membuatkan Azam memutuskan hubungan dengannya. Air mata terus megalir tanpa henti. Kenangan 3 tahun bersama tidak dapat dihapus begitu sahaja. Namun, dalam keperitan yang dirasai ia tekad untuk bangkit semula demi untuk kebahagian. Masa berlalu dengan begitu cepat. Amber Casandra masi belum melupakan kisah cintanya bersama Azam. Perit memang perit yang dirasakan. Berbagai cara telah dilakukan demi untuk megecap bahagia namun ia tetap tidak mampu melupakan Azam
“ Amber oh Amber pagi da ni bangun pergi sekolah.” Suara Puan Patricia ibu Amber memecah keheningan pagi.
Namun seperti biasa Amber tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Amber terus dibuai mimpi. Trreeetttt bunyi pintu dibuka kedengaran.
“Amber bangun!”
“ Alaah mak kejap lagi lah. Baru jam 5 lah awal lg ni” Amber terus menarik selimut dan kemudian kembali terlena.
“ kejap lagi..kejap lagi.. da bangun nanti lambat lagi”. Puan Patricia terus membebel kerana memahami sikap anaknya yang sentiasa lewat bangun pada waktu pagi.
“ Nak tunggu matahari tu terpacak kat atas kepala ke baru nak banggun?” kedengaran bebelan ibunya sayup-sayup di telinga.
Ring-ring…ring-ring..bunyi alam kedengaran membuatkan Amber terjaga dari mimpi lena. “Hmmmm.” Amber mengeliat.. kemudian dia bangun dan mengambil tuala untuk mandi. Amber berjalan mundar-mandir kerana masih megantuk menuju ke bilik mandi. Kelihatan ibunya sedang memasak di dapur.
“ Selamat pagi mak” ucapnya dan masuk ke bilik mandi.
Ibunya yang sedang memasak mengeleng-geleng kepala melihat anak gadisnya.
Jam menunjukkan jam 6.33 pagi. Amber bertolak ke sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya iaitu encik Alex. Kesesakan lalu lintas menyebabkan Amber lewat sampai ke sekolah. “Aduhhh banyaknya kereta” rungut Amber.
“Tulah ayah da kata bangun awal”. Kata encik Alex kepada anaknya yang sentiasa lewat ke sekolah. Amber hanya diam tanpa menghiraukan kata-kata ayahnya sambil sesekali memandang jam di tanganya. Seperti biasa Amber sampai ke sekolah pada jam 6.45 pagi. Amber berlari-lari anak untuk masuk ke kelas kerana sebentar lagi PDP akan bermula.

********

“Dira boleh tolong tak?”. Amber memulakan perbualan dengan sahabatnya Dira yang sedang membersihkan cermin kelas.
“Ye nak apa”
“Boleh tolong carikan saya boyfriend tak?” gurau Amber sambil tergelak.
“Yelah ntilah saya carikan.”
“Awak ni serius sangat lah Saya gurau je kot.” Ucap Amber jujur.
“Elehh macam lh saya tak kenal awak tu awak tak boleh move on kan?” “Dah lah lupakan je lah Azam tu. Nanti saya tolong carikan ye” kata Dira panjang lebar.
“Hmmm ye saya tak boleh lupakan dia” Amber menjawab dengan nada yang sayu.
“Da lah tak paya lagi nak ingat orang yang tak guna tu. Awak tak serik lagi ke hah? Banyak kali dah dia curang di belakang awak. Awak masi berharap? Awak jangan risau lah nanti saya kenalkan awak dengan kawan baik kakak saya.”
“wahh handsome ke? Namanya siapa? Tpi saya malu lah.”
“Tak paya nak malu kalau awak tak nak saya ambil…nak ke tak?” kata Dira tanpa menjawab pertanyaan Amber.
“Yelah tapi jangan cakap yang saya nak kenal dengan dia tau.”
“yelah baiklah tuan puteri.” Tersenyum lebar amber apabila mendengar kata-kata sahabatnya itu.
“Selamat pagi kelas” kelihatan cikgu Jahidi selaku guru Kimia masuk ke kelas. Semua murid di dalam kelas kembali ke tempat duduk masing-masing dan PDP pun bermula.

*********

“Noel saya nak kenalkan awak dengan seseorang.” Kata Dira.
“Siapa?” tanya Odranoel meminta kepastian.
“ Nama Amber Casandra. Dia ni seorang yang baik,lawa dan paling penting setia kepada yang satu hahaha” Tergelak Dira memperkenalkan sahabatnya.
“gambar?”
“Ni ha. Lawa kan? Awak nak kenal tak” Dira menunjukkan gambar Amber.
“Ye saya nak kenal.” Odranoel berkata dengan jujur. ‘Not bad juga budak ni...' detik hatinya.

********

Ting..ting.. Bunyi isyarat telefon menunjukkan tanda isyarat mesej masuk. Amber segera membuka mesej tersebut.
Hai. Ini Amber?- unknows
Isi kandungan mesej tersebut membuatkan jantungnya seakan berhenti berdetak disebabkan terlalu gementar untuk mengetahui siapakah pengirim mesej tersebut. Tanpa membuang masa mesej tersebut segera dibalas.
Yupp.. Awak siapa?- Amber Casandra
‘Ni mesti dia, Hmmm pura-pura tak kenal je lah. OMG nervous lah’ detik hati Amber. Ting..ting.. bunyi isyarat telefon.
Saya odranoel Williams.- Unknows
Boleh kenal tak?- unknows
‘ahhhh tidak. Da agak da dia.’ kata hati Amber sambil cuba untuk menenangkan diri. Ini pertama kali buatnya mencoba untuk mengenali seorang insan yang bergelar lelaki. Dia tiba-tiba terkenang kembali gambar yang ditunjukkan Dira petang tadi. Seorang lelaki tampan bergaya kelihatan di dalam gambar tersebut. Hatinya terusik.
Ye boleh-boleh.- Amber Casandra
Balas Amber dengan hati yang berbunga-bunga. Perkenalan pertama mereka membawa kepada keserasian di antara mereka berdua. Mereka saling berkongsi minat dan kisah di sebalik kehidupan mereka. Perbualan mereka berterusan sehingga Amber terlelap.

********
Tuk..Tuk..Tuk,.. Seperti biasa puan Patricia megetuk pintu bilik anaknya untuk mengejukkan Amber ke sekolah.
“ Amber bangun. Awak ni nak harapkan mak lagi ke nak kejutkan. Awak ni da besar tau. Masi nak dikejutkan lagi. Ehhh…ehhh…ehhh.” Bebel puan Patricia. Namun tiada respon anaknya, membuatkanya terpaksa membuka pintu.
“Amber bangun! Nak kena siram ke baru nak bangun? ehh budak ni.”
“Ehh mak ni. Yelah-yelah dah bangun ni.” Kata Amber yang masi memejamkan mata.
“Megantuk lagi lah mak.”
“ Nak kena marah cikgu lagi ke lambat datang sekolah. Bangun pergi mandi.” Kata ibunya lalu beredar keluar dari bilik anaknya dan menuju ke dapur. Itulah rutin harian puan Patricia setiap pagi.

Jam menunjukkan jam 5 pagi. Kelihatan Odranoel sedang leka menyiapkan kerja kursus sambil sesekali mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Zahid yang baru terjaga, heran melihat sahabatnya yang sedang fokus menyiapkan tugasan.
“Noel. Belum siap lagi ke assignment tu?” Tanya Zahid selaku roommatenya.
“Hampir.” Jawabnya ringkas.
“Oh oky.” Kata Zahid sambil jari jemarinya bermain telefon.
“Yesss! Siap juga akhirnya.” Kata Odranoel sehingga mengejutkan Zahid.
“Oii awak ni! terkejut saya tahu. Nasib tak terlompat tadi.” Kata Zahid sedikit berteriak kerana terkejut dengan gelagat sahabatnya. Odranoel segera menyusun buku-buku yang berselerak di atas meja tanpa menghiraukan sahabatnya. Dia kemudian mencapai telefonnya untuk melihat jam.
“ Hemm awal lagi lah.” Katanya sendirian. Dia tiba-tiba teringat dengan gadis yang bernama Amber.
‘Agak-agak dia da bangun ke belum ehh? Hmmm..Coba jer lah chat mana tahu dia dah bangun.’ detik hatinya.

Ting.ting.. isyarat mesej masuk. Amber yang masih tidur-tidur ayam segera mencapai telefon bimbitnya untuk membaca mesej tersebut.
Good morning awak.
“Ahhh tidak.” Kata Amber sedikit berteriak. Senyuman manis terus terukir di wajahnya.
‘Adakah ini cinta? Ehh awak ni da gila ke Amber baru je sehari kenal,awak da jatuh cinta? OMG tak mungkin’ detik hati Amber. Mesej tersebut kemudian dijawab.
Morning too.
Amber terus bergolek-golek di atas katil dengan senyuman yang lebar dan sesekali menutup mukanya.
“Amber!” Suara puan Patricia mengejutkannya dia terus bangun dan mencapai tuala lalu berjalan menuju ke bilik air.

Zett…zettt…Bunyi isyarat telefon Odranoel kedegaran menunjukkan isyarat mesej masuk. Dia segera membaca mesej tersebut
Morning too.
‘Ha, balas pun.’ Kata odranoel dalam hati.
Peristiwa yang berlaku sebulan yang lalu kembali berlegar-legar di fikiran.
“Awak saya nak tanya ni boleh?” Tanya odranoel kepada Azah
“tanyalah.”
“siapa lelaki ni?”.
“Kawan jer lah.” Azah menjawab.
“Kawan ke tag-tag bagai?”
“Kawan je lah. Awak ni kenapa?” kata Azah menafikan. Kelihatan Azah tidak senang dengan topik yang dibincangkan.
“Kawan ye. Ni apa?” Dia menunjukkan gambar Azah dengan seorang lelaki yang terdapat di Instagram dengan caption love.
Wajah Azah tiba-tiba berubah dan tidak mampu mengucapkan sepatah kata. Dia tidak menyangka Odranoel dapat menghidu kecurangannya.
“Ini menunjukkan bukti yang kukuh di atas perbuatan awak. Thanks for everything Azah this is the end.” Sebutir mutiara jatuh di pipi Azah. Dia terus membisu seribu bahasa.
Rasa kecewa dan marah terukir di wajah Odranoel. Dia mencari-cari dimana salah dan silapnya. Memori yang mereka cipta bersama selama 2 tahun hancur begitu sahaja. Dia segera meninggalkan Azah sendirian dengan wajah yang muram.
“Noel! Noel!” Panggil Hafiz mematikan lamunannya tentang peristiwa yang berlaku sebulan yang lalu.
“Ye kenapa?”
“Awak ni kenapa termenung-termenung? Ingat girlfriend baru eh?” Usik Hafiz.
“Merepek lah awak ni. Mana ada.” Kata Odranoel lalu menuju ke pintu.
“Ehh! awak nak pergi mana tu?” Pertanyaan Hafiz menghentikan langkah Odranoel.
“Nak pergi mandi lah nak pergi mana lagi?” kata Odranoel selamba.
“Tuala ni tak nak pakai ke?” sambil menunjukkan tuala yang masi tersangkut rapi.
“Oh iya lupa hahaha.” Jawab Odranoel lalu mencapai tuala dan terus berlalu ke bilik mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience