bab 11

Romance Series 2549

Hujan semakin reda. Frederik dan dua orang pekerjanya sedang membimbit beberapa bekalan makanan melangkah menujuh ke kawasan rumah lama di tengah-tengah taman tersebut. TING TONG! TING TONG! Kedegaran siren pintu di hadapan rumah tersebut. Pintu rumah dibuka. “ Slamat petang Tuan.” Ucap Frederik dengan hormat sambil menundukkan kepalanya. “ Ye..Petang..letak kat dapur.” Frederik dan dua orang pekerjanya segera masuk dan melangkah menujuh ke ruangan dapur. Pintu rumah ditutup rapi. Amber yang berada di bilik air pada ketika itu menyedari akan kehadiran pekerja Odranoel. Dia segera membersihkan badannya dan mengenakan kembali bajunya. Dia keluar dari situ menujuh ke ruangan dapur. Isi perutnya yang berkeronyok sebentar tadi bernyayi-nyayi minta diisi. “Wahhh…” Ucap Amber apabila melihat pelbagai jenis makanan yang terhidang. Odranoel dan 3 orang pekerjanya pula sedang duduk menghadap makanan yang terhidang menanti kehadiran Amber. “ Jomlah sini makan..” kata Odranoel. Merekak berlima kemudiannya makan bersama-sama di rumah tersebut. Gelak tawa mereka kedengaran menghiasi malam yang masi muda.

Selepas selesai makan malam, Frederik dan dua orang pekerjanya meminta izin untuk pulang. Tinggallah dua insan di dalam rumah tersebut. Amber dan Odranoel duduk di ruang tamu sambil menonton TV. “ Bie..” Panggil Amber lembut. “ Ye sayang..” “ Kenapa tak de orang yang tinggal kat rumah ni?” tanya Amber meminta kepastian. Rasa seperti bulu romanya menaik. Seram pula duduk kat rumah tersebut. “ Ada je sebenarnya. Sayang je tak nampak.” Selamba Odranoel menjwab. Terbeliak mata Amber mendengar jawapan tunangnya. Tersembut tawa Odranoel melihat gelagat Amber yang kaku x bergerak. Sekeliling diperhatikan. “ Ehh… awak ni sayang..” Odranoel menggeleng-geleng kepalanya. “ Bie takut lah..” Kata Amber. Dia menghampiri Odranoel dan duduk di sisinya. Sekali lagi tersembur tawa Odranoel. “ Bie ni kenapa? Ish..” Amber menghadiakan jelingan tajam kearah Odranoel. Satu cubitan hinggap di tangan Kiri Odranoel. “ Ouchhhh.. Sakitlah..” jerit Odranoel menahan sakit. “ Hah, tulah jawab betul-betul boleh tak?..” Amber geram dengan Odranoel. “ Yelah..sayang ni..Hmmm..Sebenarnya rumah ni Ayah bagi kat bie. Cuma…” Kata-kata Odranoel terhenti. Dia merenung kearah dinding. Enta apa yang bermain di fikirannya. Amber yang ternanti-nanti kata-kata Odranoel segera bersuara. “Cuma apa bie?” “ Cuma….Rumah ni hanya akan jadi milik bie lepas bie kahwin.” Jawab Odranoel. Wajah Amber ditenung dengan penuh makna. Hembusan nafas Amber kedengaran. Peristiwa 10 tahun yang lalu tiba-tiba menerjah ke dalam fikirannya. Rasa bersalah terus menghantuinya.

“Sorry bie..Kalau awak tak boleh nak tunggu, awak boleh kahwin dengan orang lain..” Ucap Amber perlahan. Kerutan di dahi Odranoel kelihatan. “ No sayang..saya Cuma nak awak.. Kita kahwin nak?”

Tiba-tiba butiran-butiran permata jatuh menghiasi pipi Amber yang gebu. “ Bie..maaf..saya tak layak..banyak lagi perempun lain yang layak untuk awak…”

“Awak layak sayang…Awak sangat layak..Saya janji akan kahwin awak.” Odranoel memeluk tubuh Amber. Dikucupnya dahi Amber berulangkali. Kata-kata Amber sebentar tadi coba ditafsir.

“Bie…Kita putus boleh.?” Ucap Amber lemah.. Pelukan Odranoel sebentar tadi dileraikan. Odranoel merasa seperti ditampar dengan kata-kata yang keluar dari bibir Amber. “ Tapi kenapa?”

“ Saya tak layak untuk awak! Saya tak suci dah..!” kata Amber dengan diiringin tangisan. Odranoel diam membisu. Mulutnya kelihatan ternganga.

Matanya berubah saiz menjadi besar. Tangannya yang sasa diletakkan di dadanya. Perih.. sangat perih yang dia rasakan. Dia sangat mencintai Amber..sangat-sangat.. Dia tidak mampu untuk berkata-kata. Air mata jantannya tumpah jua. Dia menggeleng-geleng kepala lalu dia berdiri inggin beredar dari situ.

Amber yang melihat Odranoel dalam keadaan seperti itu coba untuk mencari sebuah kekuatan untuk menceritakan perkara sebenar. “ Bie saya dirogol 10 tahun yang lalu..” Kata Amber perlahan. Dia mengigil ketakutan. Langkah Odranoel terhenti. Timbul penyesalan di dalam lubuk hatinya. ‘Kalaulah saya kenal awak dulu..’ Bisik hatinya. Dia segera mendapatkan Amber. Dia melutut di hadapan Amber. Tangan Amber digengam. “ Dengar sini sayang..walau apa pun yang berlaku kat diri awak, saya tetap nak kahwin dengan awak..Dah.. tak perlu ingat benda yang da lepas..Kita kahwin sayang…” Amber tak mampu berkata-kata. Dia sangat bahagia.. tak mampu digambarkan perasaannya pada ketika itu. “ Thanks bie..” Ucap Amber dengan diiringi oleh linangan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience