bab 10

Romance Series 2549

Di dalam bangunan Secret Hotel, kelihatan Odranoel sedang duduk di ruangan pejabatnya sambil menyiapkan beberapa tugasan penting.
“ Saya boleh bantu awak Odranoel kalau awak sudi kahwin dengan anak saya Aniwati..” Kata-kata Roslan tersebut terngia-ngia di telingannya.
Pada saat ini, Secret Hotel berada di hujung tanduk menanti saat untuk dirampas oleh Pihak lain. Berbagai-bagai fitnah yang dia terima. Mesyurat yang dia hadiri sebentar tadi juga membincangkan beberapa strategi yang harus mereka lakukan untuk mempertahankan Secret Hotel daripada dirampas oleh pihak lain. Namun, dia hanya mempunyai beberapa pilihan terakhir sama ada dia harus memberikan beberapa peratus sahamnya kepada pihak lain dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai CEO atau dia harus berkahwin dengan Aniwati untuk menyelamatkan Secret Hotel.
Dia penat memikirkan nasib Secret Hotel. Setelah bertahun dia berusaha untuk mengukuhkan kedudukan Secret Hotel namun, kali ini dia merasakan bahawa dia tewas. Tewas melawan musuh. Di dalam hotel tersebut pula, tersembunyi beberapa talam dua muka yang menakutkan. Dia buntu. Enta pihak mana yang harus dipercayai. Usahanya selama ini untuk mencari dalang di sebalik kekacauan tersebut hanya sia-sia. Dia tidak menemukan sebarang bukti kukuh. Sudah pasti orang yang melakukannya sangat arif.
Bunyi alunan telefon menandakan panggilan masuk. Skrin telefon diperhatikan. Tertera nama My Fiance (Amber) di skrin telefon tersebut. Panggilan tersebut segera dijawab.
“Hello sayang..”
“ Hi bie..” Kedengaran alunan suara Amber yang manja di hujung talian. Hatinya tiba-tiba bertukar sebak. Dia sebak memikirkan nasib yang bakal mereka lalui nanti. Emosi dan nada suaranya cuba dikawal.

“ Ada apa sayang?”

“ hmmm..Awak da habis mesyuarat ke?” Tanya Amber sedikit ragu-ragu. Dia takut Odranoel tergangu dengan panggilannya.

“Dah sayang..” jawab odranoel perlahan

“ Bie saya ada kat sini ni hah?” Amber tersenyum riang. Bangunan Secret Hotel dipandang dengan senyuman.

“Hah? Awak kat mana sayang?” Kerutan dahi Odranoel kelihatan. Kiri dan kanannya dipandang mencari kelibat tunangnya. Namun tida siapa kelihatan di dalam ruangan tersebut.

“ Secret Hotel!!..”

“ What? Awak kat sini? Ehhh…jap..jap.. Awak rindu saya ehh?” Odranoel menyakat tunangnya. Terukir senyuman di bibirnya.

“ Eleh mengadanya awak ni..” Marah Amber. Pipinya merah menyala.

“ Yelaa..Awak kat mana ni?” Tanya Odranoel lembut. Cintanya makin bertambah.

“ Kat depan bangunan ni..Cepatlah datang..” Amber terus mematikan panggilan tersebut. Dia geram dengan tunangnya. Makin dilayan makin mengada-ngada perangainya.

Odranoel yang baru hendak berbicara terus melupakan niatnya setelah panggilan tersebut terputus. ‘Hmmm Amber.. Amber..’ Bisik hatinya.
Fail yang bertaburan di atas meja disusun dengan kemas lalu dibawanya ke ruangan pejabat setiausahanya. Dia memberi arahan dan tunjuk ajar kepada Frederik tentang tugasan yang perlu dilakukannya. Setelah selesai dia menerangkan, Odranoel melangkah keluar dari bangunan tersebut.
Dari jauh kelihatan Amber yang memakai baju biru lembut sedang menyandarkan badannya di dinding bangunan. Dia kelihatan sangat ayu dan cantik. Mata-mata nakal sedang memerhatikannya. Odranoel segera mendapatkan Amber. “ Bie kenapa lambat?” Tanya Amber dengan riak wajah merajuk setelah menyedari kehadiran Odranoel. “ Sorry sayang.. Tadi bie busy sikit..” Jawab Odranoel lembut. Namun, Amber tidak menghiraukan kata-kata Odranoel. Dia membuang pandangan kebawah memandang kasutnya. Merajuk? Ya sebagai seorang wanita, dia tidak lari dari perasaan tersebut. Dia bukan tidak memahami tugas Odranoel sebagai CEO, tetapi dia sendiri tidak tahu mengapa dia berkelakuan seperti itu. Mungkin ego sedang menguasai dirinya.
“ Jom pergi sana..” Odranoel yang sudah masak dengan perangai Amber cepat-cepat menukar topik perbualan. Dia tidak inggin perkara tersebut diperbesarkan. tangan Amber digengam dengan kemas lalu mereka beriringan melangkah menujuh kearah sebuah taman yang sangat indah dan luas. Sebuah taman yang berusia 25 tahun dan dipenuhi oleh pelbagai jenis bunga. “ Wahhh..” Ucap Amber apabila melihat sebuah tasik yang sangat cantik. Dia merasa tenang seketika. Peristiwa-peristiwa lalu coba dibuang jauh dari fikirannya. Gambar kenangan ditangkap. Mereka kelihatan menikmati masa berdua.
Tiba-tiba, hujan turun membasahi bumi. Mereka segera mencari tempat berteduh namun, hujan yang kian deras menghalang pandangan. Dalam kesempitan tersebut, Odranoel teringat akan sebuah rumah lama di tengah-tengah taman tersebut. Odranoel membimbit tangan Amber melangkah menyusuri jalan menujuh ke sebuah rumah lama. Mereka berlari-lari anak meredah hujan. “ Hah.. sampai pun…” kata Odranoel apabila melihat sebuah rumah lama yang masi kukuh. Mereka masuk ke rumah tersebut menggunakan Kod tarikh lahirnya. Memandangkan hari itu merupkan hari sabtu, taman tersebut telah ditutup untuk aktiviti pembersihan.

Rumah lama tersebut merupakan rumah peninggalan arwah datuknya. Kelihatan peralatan di dalam rumah tersebut masih dalam keadaan baik dan tersusun. Mungkin sahaja ada pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan rumah tersebut.

Amber menggigil-gigil kesejukan. Tubuh badannya yang langsing agak terdedah disebabkan oleh bajunya yang basah. Bra yang berwarna pink menutupi dadanya kelihatan di sebalik bajunya. Odranoel tidak berkelip melihat Amber dalam keadaan seperti itu. Sebagai seorang lelaki, dia tergoda dengan permandangan yang menarik di depan matanya. Odranoel coba untuk mengawal nafsunya. Dia masuk ke dalam sebuah bilik dan mencapai sehelai tuala mandi lalu diberikan kepada Amber. “Nah..tukar kat sana..” kata Odranoel memberikan tuala tersebut lalu membuang pandangan kearah tingkap. Dia mencoba untuk tidak melihat Amber dalam keadaan seperti itu. Jantungnya berdebar dengan sangat laju.

Amber yang menyedari situasi tersebut segera membuka langkah untuk berlalu masuk ke dalam sebuah bilik. Pintu bilik tersebut ditutup rapi dan dikunci dari dalam. ‘Ahhhhhhhh!!! Tidakkk!!’ Hatinya menjerit. Dia memandang kearah cermin yang tersangkut kemas di dalam bilik tersebut. Kelihatan badannya yang langsing sangat menonjol. ‘OMG!!’ Bisik hatinya sekali lagi. Rasa malu terus menyelubungi dirinya. Mukanya yang pucat sebentar tadi tiba-tiba bertukar menjadi merah. Dia menutup mukanya. “Sayang! Sayang!” kedengaran Odranoel memanggilnya. “Ye..” Jawab Amber sedikit berteriak. “ Dah tukar ke belum ni? Awak pilih jer mana-mana baju yang sesuai kat dalam tu…” kata Odranoel memberi arahan. “yelah..yelah..” Almari yang terdapat di dalam bilik tersebut dibuka. Reka bentuknya sangat indah. Amber terpegun dengan keunikan almari tersebut. Dibukanya satu persatu untuk mencari pakaian yang ditinggalkan. Namun, Almari tersebut kosong hanya sebuah kotak yang terdapat di dalam almari tersebut. Enta apa ada di dalamnya. “ Aduhhh macam mane ni?” Rungut Amber. Tubuhnya sekarang hanya dibaluti dengan sehelai tuala. Dia mengigil kesejukan. Tiba-tiba, hatinya tertarik dengan sebuah kotak yang terdapat di dalam almari itu. Kotak tersebut dibuka dengan berhati-hati. “ Wahhhh..” ucap Amber apabila melihat isi kotak itu. Kain-kain lama yang berada di dalam kotak tersebut dilipat dengan kemas. Dia mengambil sehelai dress ungu yang kelihatan sangat cantik lalu dikenakan pada tubuhnya. Dia kemudiannya melangkah keluar dari bilik tersebut.

“ Bie..” Panggil Amber. namun, tiada sahutan kedengaran. Amber tercari-cari sosok tubuh Odranoel. Namun, enta kemana perginya Odranoel. Hari hampir gelap. Suiz lampu ditekan. Rumah tersebut terus bercahaya dengan pelbagai bentuk lampu yang menghiasinya. Amber sekali lagi terpegun dengan keunikan rumah tersebut. “ Odranoel!” Jerit Amber. “ Yeee..kat sini…” Sahut Odranoel yang berada di bilik air. “ Oh..Sorry.. “ Jawab Amber selamba. Dia terus melangkah menujuh ke ruangan dapur. Kelihatan ruangan dapur tersebut sangat terjaga dan peralatan memasak tersusun rapi. “Lapar..” bibirnya melengkung ke bawah perutnya diusap-usap. “ Sayang!” kedengaran Odranoel memanggilnya. “Ye..” Amber berlari-lari anak menujuh kearh Odranoel. Terbeliak mata Odranoel apabila melihat Amber. “ Awak lawa lah sayang..” Bisik Odranoel. “ Ye ke?” Tanya Amber malu. Senyuman terukir di bibirnya. CUPPP! Satu ciuman hinggap di pipi Amber. “ Hmmmm..Bie ni..” hanya itu yang keluar dari bibirnya. “ Nak lagi ke?” Odranoel coba mengusik tunangnya. “ Bie…Saya laparlah…” kata Amber tanpa menjawab pertanyaan Odranoel. “ Aloo ciannya.. Tak pe sayang.. Bie da suruh Frederik hantarkan makanan kat sini. Kejap lagi dia sampai lah. Sabar yerr baby.” Lalu Oranoel menarik Amber ke dalam dakapannya. Mereka bersatu dalam pelukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience