bab 4

Romance Series 2549

“Perhatian kepada semua pelajar, taklimat sebelum menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan bermula sebentar lagi. Diminta semua calon SPM untuk berkumpul di hadapan dewan sekolah sekarang juga. Manakala bagi calon peperiksaan STPM,anda diminta untuk berkumpul di hadapan Balai Silara.” Kedengaran cikgu Azrina selaku penatia peperiksaan memberi arahan. Amber dan rakan sekelasnya berlari-lari anak untuk beredar ke dewan sekolah.

“Selamat pagi murid-murid.” Taklimat bagi calon peperiksaan SPM dimulakan dengan bacaan doa, ucapan ringkas Tuan Pengetua dan beberapa orang guru.
Amber yang merupakan calon ke 4 daripada 300 orang calon berkumpul di hadapan dewan tersebut. Debaran semakin dirasai. Kad pengenalan dan slip pendaftaran peperiksaan digengam dengan kemas, alat tulis tersisip rapi di dalam poket baju sekolahnya. Kedengaran hembusan nafas tanda mengeluh datangnya dari empunya badan. Slip pendaftaran yang berada di tangan memaparkan dia bakal menduduki peperiksaan dengan 10 subjek termasuk mata pelajaran sains tulen. Dalam hati, dia berdoa meminta dipermudahkan.

“Terima kasih di atas kerjasama anda semua, cikgu selaku wakil daripada semua guru-guru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM, semoga Berjaya hendaknya, cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu berikan kepada anda semua. Selamat berjuang dan good luck sekali lagi.” Kata cikgu Azrina mengakhiri taklimat pada pagi itu.

“Oii Noel! Bersedia dah ke?” Tanya Mira meminta kepastian.
“Boleh lah.” Selamba dia menjawab sambil menghafal sesuatu.
“Elehh.” Mira terus berlalu dari situ. Dia mengambil tempat untuk mendengar taklimat. Taklimat untuk calon peperiksaan STPM di kendalikan oleh Penolong Kanan Pra U iaitu Encik Ahmad Malik. Nasihat dan sedikit ucapan diberikan sebelum semua calon melangkah masuk ke bilik peperiksaan.

Jam menunjukkan tepat pukul 7.55 pagi. Semua pelajar diarahkan masuk ke bilik peperiksaan masing-masing. Kertas peperiksaan diedarkan. Kelihatan berbagai-bagai ragam pelajar di bilik peperiksaan tersebut. Arahan yang terpapar di hadapan kertas soalan dibaca dengan teliti.
“Anda boleh mula menjawab sekarang.” Penjaga peperiksaan memberi arahan. Semua pelajar mula menjawab peperiksaan.
Dari jauh, kelihatan Amber menjawab soalan dengan tenang sambil sesekali membuang pandangan ke luar jendela sepertinya sedang mencoba mengigati sesuatu. Masa terus berlalu dengan begitu pantas.

“Masa Tamat. Diminta semua pelajar melengkapkan ayat terakhir.” Penjaga peperiksaan memberi arahan. Benang diedarkan. Semua pelajar diminta untuk menyusun kertas jawaban dan diikat bersama menggunakan benang, lalu kertas jawapan dikutip sebelum semua pelajar beredar meninggalkan bilik peperiksaan tersebut. Begitulah rutin harian Amber dan Odranoel selama berminggu-minggu sehingga tamat pepriksaan pada tarikh yang telah ditetapkan.

***********

“Merdeka..”
“Yehh dah habis..”
“ Aku bebas.”
Suara para pelajar keluar dari bilik peperiksaan menandakan peperiksaan SPM tamat. Berbagai-bagai ragam pelajar kelihatan. Amber dan rakan sekelasnya keluar dari bilik peperiksaan. Pastinya banyak topik yang mereka bincangkan.
“Amber awak jangan lupa jemput tau kalau nak kawin.” Kata wati selaku rakan sekelasnya.
“Ehh awak ni muda lagi kot.”
“Alahhh mana tahu jodoh awal kan? Kita tak tahu.” Wati mempertahankan pendapatnya.
“Awak ni merepek lah. Tak nak lah kahwin awal.”
“Betul tu. Rugi tahu kahwin awal.” Sampuk Sufi.
Wati menjeling.“Elehh…Awak cakap gitu sebab awak tu tak laku. Tak de pun yang nak.”
“Yelah perempuan jelah yang betul!” Sufi sedikit meninggikan suara kerana geram dengan Wati. Dia terus beredar meninggalkan mereka.
“Merajuk lah tu.” Sindir Wati.
“Dah..Dah lah tu, Tuhan jodohkan baru tahu.” Usik Amber kepada sahabatnya itu. Rasa kelakar apabila melihat mereka sentiasa bertengkar tidak kira tempat.
“Euww..Tak nak lah..”Gelak tawa sahabatnya kedengaran.
“Amber.” Panggil Dira.
“Hmmm..Nape?”
“Awak tak nak jumpa Noel ke?”
“Nak jumpa buat ape?” kerutan di dahi Amber kelihatan menandakan dia cuba untuk mengenalpasti sesuatu yang tersirat dari kata-kata sahabatnya sebentar tadi.
“ Ehh awak ni lembab lah. Kita da habis sekolah lah Amber oii… awak tak nak jumpa ke untuk kali terakhir?”
“Hmmm betul juga…Tapi dia sibuk kot. Tak nak lah ganggu.” Jawab Amber selamba.
“Oii Amber tengok tu!”
“Mana?” Amber cuba mengamati.
“Tu ha.” Di kejauhan kelihatan sosok tubuh yang amat dikenalinya memakai baju berwarna biru tua.
“Noel?” terasa bahang di mukanya. Senyuman terus terukir.
“Noel..Noel..Sini.” Seru Dira sambil melambai-lambai.
Kelihatan Odranoel mencari-cari suara datangnya dari arah mana.
‘Ehh..dia?’ Bisik hatinya apabila terlihat kelibat Amber dan Dira. Dia segera berjalan dengan pantas menujuh kearah mereka.
“Ye ape dia.” Odranoel bertanya dengan Dira.
“Ni hah..Dia nak jumpa awak.” Tipu Dira lalu meninggalkan mereka berdua.
“Ehh awak ni mane ada.” Terbeliak mata Amber mendengar kata-kata sahabatnya. ‘Apa nak buat ni?’ Amber hilang kata-kata.
“hai.” Odranoel menyapa dengan disambut senyuman manis yang terukir di wajah Amber..
“Awak da habis exam ke?” Amber bertanya tanpa membalas sapaannya.
“ Belum lagi. Huh..” Keluhan kedengaran keluar dari bibir Odranoel.
“All the best awak. Jangan lupa tau berdoa sebelum menjawab. Okey?”
“Okey tq..” Odranoel menghadiakan satu senyuman tanda terima kasih kepada Amber.
“Awak saya nak balik dah ni. Ayah saya dah tunggu tu. Bye awak.” Jam yang terikat di pergelangan tangannya sengaja dilihat.
“Oh..okey..Take care awak. bye” Odranoel memerhatikan Amber berjalan sehingga hilang dari pandangannya. ‘Thanks god’ Bisik hatinya lalu beredar dari situ menujuh ke asrama. Detik itu merupakan detik terakhir mereka bertemu sebelum kedua-duanya mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian d peringkat yang lebih tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience