bab 6

Romance Series 2549

“Selamat pagi murid-murid…” Amber mengiringin langkah cikgu Sham yang merupakan guru kelas tingkatan 5 Cekap melangkah masuk ke dalam kelas tersebut.

“Selamat..pagi.. cikgu….”

“Kenalkan ini Cikgu Amber Casandra selaku guru Sains yang akan mengantikan cikgu Badaria megajar di kelas ini. Diharapkan awak semua dapat memberi kerjasama.” Cikgu Sham memperkenalkan Amber sebagai guru yang akan mengajar di kelas tersebut.

“ Baik cikgu.” Cikgu Sham beredar dari situ. Kelihatan suasana di dalam kelas tersebut sunyi sepi. Senyuman terukir di wajah Amber.

“Baiklah kelas, Hari ini merupakan hari pertama cikgu mengajar di sekolah ini. Ada siapa-siapa kenal cikgu tak?”

“ Saya.” Seorang pelajar perempuan berdiri dan mengangkat tangan sambil tersenyum.

“Oh, nama awak siapa?”

“ Alisa cikgu.” Jawab pelajar tersebut.

“ Oh. Baiklah Alisa, awak boleh duduk. Cikgu nak kenal satu-satu boleh?”

“Bole… cikgu…” Pertanyaan Amber dijawab dengan tenang dan hormat.

“Okey mula kat sini... Nama awak siapa?” semua pelajar di kelas tersebut gembira dengan kehadiran Amber. Mereka masing-masing memperkenalkan diri mereka.

“Cikgu..cikgu..”

“Ye kenapa?”

“Nama apa kami nak panggil cikgu?”

“ Awak semua boleh panggil saya cikgu Casandra atau Cikgu Amber pun boleh.” Senyuman tak lekang di bibir Amber menambahkan lagi keayuan di wajahnya.

“Baiklah cikgu Casandra.” Nampaknya pelajar tersebut lebih selesa memanggilnya dengan gelaran Cikgu Casandra.

“ Okey kelas... Sebelum pembelajaran dimulakan, cikgu nak kongsi sedikit fakta. Nak tahu tak?”

“Nak…cikgu...”

“ Fakta pertama, Awak semua mesti tertanya-tanya tentang khasiat buah jambu batu bukan? Di sini cikgu nak berikan satu fakta berkaitan dengan kelebihan jambu batu. Fakta mengatakan bahawa jambu batu mengandungi vitamin C yang paling tinggi berbanding dengan buah-buahan lain. Buah jambu juga mengandungi dua kali ganda vitamin C berbanding dengan limau.” Kerutan di dahi semua pelajar di kelas tersebut kelihatan.

“ Wahh..saya baru tahu lah. Rugi saya tak makan jambu selama ni.”

“Ye saya pun baru tau.” Suasana di dalam kelas tersebut menjadi keruh dengan pelbagai pertanyaan dan cerita berkaitan dengan buah jambu batu.

“Dah..dah.. dah..Awak semua boleh salin dan kumpul fakta yang cikgu berikan setiap kali cikgu masuk ke kelas ini. Buka buku teks” Amber memberi arahan.

“Baik…cikgu…” Aktiviti pembelajaran pun bermulah.

***********

Jam menunjukkan tepat pukul 6 pagi, kelihatan Odranoel sedang bersiap untuk ke tempat kerja. Kemeja hitam yang telah digosok segera dicapai dan dikenakan pada tubuhnya. Rambutnya yang hitam disikat dengan rapi. Tali leher yang berwarna biru tua dipakai dengan kemas. Semburan minyak wangi memenuhi ruangan biliknya yang mewah. Cermin yang menghiasi biliknya memaparkan sosok tubuh seorang lelaki yang sangat tampan.

“Noel....oh Noel..” Puan Felicia memanggil-manggil anaknya. Beg yang berwarna hitam segera dicapai lalu Odranoel beredar dari biliknya menujuh ke dapur.

“Hah siap pun.” Kata Puan Felicia ibunya.

“Ehh…sayang?” Odranoel terkejut melihat Amber sedang menghidangkan sarapan pagi.
Tersembur gelak tawa Amber melihat muka Odranoel yang kebingungan.

“Sayang bila sampai? Tak bagi tahu pun.”

“Alllaaa baru jer. Awak tu hah tak on telefon ke?”
Odranoel segera mencapai telefonya. Mesej masuk bertubi-tubi..

“Alamak..!Sorry sayang..Tak sempat nak cek telefon tadi.” Jawab Odranoel.

“Sokey bie.”

“ Hah tulah…Noel ni sibuk jer memanjang..Kalau macam ni sampai bila nak kahwin? Tunang sendiri pun lupa..Noel..Noel..” Sampuk Puan Felicia sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ Alaa mak ni....Noel okey jer kalau nak kahwin tapi ni hah Amber ni tak sedia lagi..Nak buat macam mana..hmmm…” jawab Odranoel selamba. PLAK!! Hinggap satu tamparan manja di tangannya.

“Muda lagi kot.” Bisik Amber perlahan. Bahang di pipinya semakin terasa.

“Wahh..wahh..wahh.. Ada bakal menantu kesayangan kat sini rupanya.. patutlah mak kamu tak kejutkan Ayah.” Encik Jonson muncul enta dari mana.

“Ehh abang.. Ya Tuhan lupa nak kejutkan..” Tersembur gelak tawa mereka.

*******
Selesai sarapan pagi, Amber dan Odranoel beriringan melangkah keluar dari rumah.

“Sayang tak kerja ke hari ni?”

“Kerja.” Jawab Amber ringkas.

“Oh..Jom saya hantarkan nak?”

“Tak nak...”

“Ehh…Sejak bila tunang bie ni degil ehh..”

“Tak nak...” Kata Amber sekali lagi. CUP! Hinggap satu ciuman di pipi Amber. Riaksi wajahnya berubah serta merta. Wajahnya merah padam menanggung malu.

Amber menjeling.”Ish awak ni..Orang Nampak tahu tak?”

“Betul juga.. Jom masuk sayang orang tak nampak lagi kalau kita buat cam ni kat dalam.” Odranoel menarik tangan Amber cuba untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

“Ish…awak ni kan!!” Terbuntang mata Amber melihat kelakuan tunangnya. Dia segera menarik tangannya dan berlalu masuk ke dalam keretanya. Pandangan tajam dia hadiahkan kepada Odranoel.

“Hahahha…Takut lah tu..Hah tu lah degil sangat..Take care sayang..I love u..” Odranoel ketawa terbahak-bahak. Megusik tunangnya adalah sangat digemarinya.

“Tak nak!!!..” Amber sedikit berteriak kerana geram dengan Odranoel.
Kereta yang dipandunya kemudian keluar dari perkarangan rumah mewah itu menujuh ke SMK Temerloh Jaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience