Alunan lagu Chris Medina- What are words menemani malamnya yang kian suram. Jam menunjukkan pukul 11 malam kelihatan Amber sedang duduk sambil merenung ke luar jendela. Bintang-bintang yang menghiasi langit seakan-akan sedang menghiburkan hatinya. Peristiwa yang berlaku petang tadi di ruangan pejabat Odranoel menari-nari di ingatannya. Rasa takut, sedih, kecewa dan berbagai-bagai rasa menghantui dirinya. Namun satu persoalan yang terpendam di hatinya adalah layakkah dia untuk menjadi isteri Odranoel?. Air mata terus mengalir tanpa henti. Tiba-tiba dia terkenangkan peristiwa lalu.
Selepas dia diperkosa, Ibunya seakan tahu apa yang berlaku lalu membantunya untuk pergi meninggalkan negara ini. Amber pada ketika itu baru berusia 14 tahun. Dia meninggalkan Malaysia dan menetap di rumah saudaranya di Australia.
Sembilan bulan selepas itu, bunyi tangisan bayi kedengaran memenuhi ruangan bilik bersalin. Amber yang sedang berbaring di ruangan bilik tersebut kelihatan tidak bermaya. Dia telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Butiran permata jatuh membasahi pipi. Enta sedih atau kecewa yang dia rasakan. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Dalam hatinya tersimpan rapi sebuah dendam yang tidak akan pudar. Dia menjaga bayi itu seorang diri. Tiada siapa di sisinya pada ketika itu. Penat? Ya sangat penat. Dia penat untuk melalui semua itu.
Beberapa hari kemudian, datang sebuah keluarga bersama dengan ibunya menemuinya. Ibunya bercadang untuk memberikan anak yang baru dilahirkan itu kepada keluarga tersebut. Pedih sangat yang Amber rasakan seperti ditusuk dengan pisau. Amber tersungkur jatuh.
“ Mak tolonglah jangan…” Rayuan Amber kedengaran.
“ Amber mak tak nak orang tahu semua ni! Kalau orang tahu malu kita nanti!”
“ Tpi mak itu anak saya! Walau apa pun dia tetap anak saya…tolong lah mak…”
“Cukup Amber! Mak tak kira.. Kamu tak boleh ada anak sekarang! Kamu kena balik Malaysia dan sekolah seperti biasa.” Amber terdiam. Dia tak mampu berkata-kata. Dipandangnya bayi tersebut dengan perasaan sayang. Sayang? Ya sebagai seorang ibu, dia layak untuk memberikan kasih sayang kepada bayi tersebut.
‘ Ya Tuhan bantu aku.. Aku berjanji untuk menjaga bayiku dengan sebaik mungkin’ Hatinya berbisik. Air mata terus membasahi pipi. Dikucupnya bayi tersebut. Bayi yang tidak bersalah. Dendam kian membarah di jiwanya. Dia takut untuk meneruskan hidup. Tiada siapa yang menyokongnya. Tiada siapa ahli keluarganya yang mengetahui hal tersebut kecuali Ibunya. Keluarganya hanya tahu yang dia pergi untuk tinggal bersama dengan saudaranya di luar negara.
Ibunya terus memaksanya untuk memberikan bayi tersebut kepada keluarga angkat.
“ Amber mak nak kamu tandatangan surat perjanjian ni untuk memberikan bayi tersebut kepada keluarga angkat..” Puan Patricia menghulurkan sepucuk kertas putih yang tertulis segala perjanjian yang dia harus patuhi. Amber diam membisu. Jarinya terketar-ketar mencapai surat tersebut. ‘ Haruskah saya berikan bayi itu?’ hatinya bersuara. “ Amber apa termenung lagi cepat tandatangan!” Suara Puan Patricia meninggi. Dia seakan benci dengan bayi tersebut. “ Mak…..” Amber bersuara untuk kali terakhir. Dia merayu untuk tidak memberikan bayinya kepada sesiapapun. Dia berlutut di hadapan ibunya meminta ampun. Puan Patricia tidak menghiraukan rayuannya. “ I said no Amber.. Mak bagi masa 1 hari!” lalu puan Patricia beredar dari situ.
“Tuhan kenapa hidup ini terlalu kejam..?”
“ Nak mak bersumpah selama mak hidup tiada siapa akan bahagia memiliki mu..” Sumpah seorang ibu kepada anaknya. Hatinya hancur berderai. Ting..Ting.. kedengaran bunyi telefonya menandakan isyarat masej masuk. Dia segera mencapai telefonnya untuk membaca mesej tersebut. Tiba-tiba telefonnya terlepas dari gengamannya jatuh ke lantai. Gambar Khairul dengan seorang wanita kelihatan menghiasi skrin telefonnya. Cincin? Ya khairul telah melangsungkan pertunangan pada hari itu tanpa dia mengetahui. Dia menangis semahu-mahunya. “ Satu hari nanti awak akan menyesal Khairul!” Dia berteriak dengan diiringi tangisan bayinya seakan mengetahui apa yang telah berlaku. Dia segera mendukung bayi tersebut. Ditatapnya wajah bayi tersebut. Timbul kekuatan dalam dirinya untuk meneruskan hidup.
Ketika itu, dia telah menanam api kebenciannya terhadap Khairul. Khairul yang merupakan bekas kekasihnya tidak mengetahui tentang bayi berkenaan. Amber bukan sengaja tidak ingin memberitahu tetapi dia dilarang oleh ibunya untuk berjumpa dengan Khairul apatah lagi memberitahu berkaitan dengan bayi tersebut.
Pagi itu, Amber dikejutkan dengan suara tangisan bayi. Dia segera bangun mendapatkan bayinya lalu disusukan bayi itu. Sedang asyik dia menyusuhkan bayinya. Ibunya datang menghampirinya. “ Dah tandatangan surat tu?” ibunya bertanya dengan lembut. Mungkin faham perasaan seorang ibu yang harus berpisah dengan anaknya. Dia diam seribu bahasa. “ Kejap lagi keluarga angkatnya akan sampai. Dah pergi bersiap kita nak pulang Malaysia.” Puan Patricia memberi arahan lalu membawa bayi itu keluar dari situ. Amber kaku tidak bergerak hanya air mata yang kelihatan mengalir. Dia sangat tertekan.Walau apa pun dia tak mampu melawan kata-kata ibunya. Penyesalan terus menyelubungi dirinya. Telefonnya segera dicapai. Sekali lagi dia menatap gambar Khairul dan tunangnya. Ketika itu, dia tekad untuk melepaskn anaknya demi untuk kebaikan bersama. ‘ Kalaulah saya tak kenal dia..’ Bisik hatinya. Menyesal dengan semua yang berlaku. Dia yang sedang berpantang terasa seperti kepalanya ditukul. Kepalanya terasa pening namun digagahkan jua.
Kertas perjanjian segera dicapai dan ditandatangan. Dia senyum cuba untuk mencari kekuatan. Dia redha. Air mata yang mengalir sebentar tadi dikesat lalu dia berlalu untuk bersiap. Segala keperluan disusun rapi di dalam bagasi. Sehelai baju bayinya diambil sebagai tanda kenangan. Lalu dia keluar dari ruangan itu dengan perlahan sambil mengengam sepucuk surat perjanjian.
Bunyi gelak tawa kedua-dua pasangan suami isteri kedengaran. Pasangan suami isteri yang berkahwin lebih dari 10 tahun tetapi belum mempunyai zuriat. Amber memerhati dari jauh. Mungkin bayi itu akan memberikan kebahagian buat pasangan tersebut. Hatinya tenang seketika. “ Dah siap?” Puan Patricia tersedar apabila terlihat kelibat Amber sedang berdiri kaku sambil mengengam surat perjanjian dan tangan kirinya membawa bagasi berwarna merah jambu. “ Dah..” Jawab Amber perlahan sambil menghulurkan surat tersebut. “Thank you.” Balas pasangan suami isteri tersebut. Amber senyum lalu beredar keluar dari rumah tersebut. Bayi berkenaan dikucupnya seketika. Tiada air mata yang jatuh hanya senyuman yang kelihatan di wajahnya. Senyuman yang menandakan dia redha. Dia redha untuk segalahnya lalu dia masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan rumah itu. Rumah yang penuh dengan kenangan. Kenangan yang dia bina di rumah tersebut akan dikenang selamanya.
Share this novel