bab 9

Romance Series 2549

Malam itu, tanpa Amber sedari dia terlena bersama dengan kenangan 10 tahun yang lalu.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Amber dikejutkan dengan bunyi hon kereta di perkarangan rumahnya. “ Aduhhh siapa pula yang datang awal pagi ni? Megantuk lah..” Amber mengeliat malas. “ Bik..bik.. oh bibik.!” Amber memanggil-manggil bibiknya. “ Ye cik…” Bibiknya yang sedang menyapu di ruang tamu tadi berlari-lari anak menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Dia segera menuju ke ruangan bilik Amber. “ Ada apa Puan?” dia bertanya dengan hormat. “ Ehh saya bukan puan lah bik..Ada siapa-siapa ke datang rumah?” Amber berkata perlahan. Matanya masi tertutup rapat. Dia malas hendak bangun. Maklumlah hari itu merupakan hari Sabtu.
“ Maaf cikgu…eh…h.h..salah…cik Amber...Tadi tunang cik datang..Dia ada di bawah sekarang.” Jawab bibiknya sambil tangannya sibuk menyusun buku di atas meja. Namun, Kelihatan Amber seakan-akan tidak mendengar kata-kata bibiknya. Dia terus dibuai mimpi.

Beberapa minit kemudian, kedengaran suara ibunya memanggil-manggil namanya. “ Amber…Amber…!” Sekali lagi dia terjaga dari lena. “ Bik siapa pula yang bising tu?” Tanya Amber separuh sedar. Dia mengosok-gosok matanya. “ Puan panggil…cik..” Jawab bibiknya ringkas. Dia sudah lali dengan perangai Amber yang liat bangun sejak dari dulu. “hmmmm..” kedengaran Amber mengeluh lalu dia bangun dan mencapai tualanya dan berlalu ke bilik air. Dia kelihatan tidak bermaya dengan rambutnya yang serabai dan matanya yang sedikit lebam. Selesai mandi, dia mencapai baju kegemarannya yang berwarna pink dan dikenakan pada tubuhnya. Rambutnya yang basah dikeringkan. Dia memakai secalit lipstick pada bibirnya. Wajahnya yang terpantul di cermin segera ditatap. Senyuman terukir diwajahnya. ‘ semangat’ bisik hatinya lalu dia melangkah turun dari tingkat atas menujuh ke ruangan dapur.

Dari jauh dia terdengar suara seorang lelaki seperti dia mengenali suara itu. Langkahnya diperlahankan. Telinganya cuba untuk menangkap bunyi suara tersebut. POM.. bunyi letupan belon kedengaran memenuhi ruang serentak dengan itu dia berteriak kerana terkejut. “ Happy birthday to you…Happy birthday…Happy birthday..Happy birthday to you..” lagu ulang tahun berkumandang. Kelihatan tunangnya tersenyum manis sambil membawa sebiji kek hari jadi dengan diiringi oleh keluarganya. Dia bingung seketika. Dia coba mengigati tarikh pada hari itu. “ OMG..” Dia sedikit berteriak. Senyuman terus terukir diwajahnya. Hari itu merupakan hari ulang tahunnya yang jatuh pada 9 mei setiap tahun. Lilin segera ditiup dan kek dipotong dengan perlahan. Kucupan ibunya singah di dahinya. Amber sebak. Air mata cuba ditahan agar tidak tumpah.
“ Happy birthday sayang..” Ucap Odranoel sambil mengenakan seutas rantai emas di leher Amber. Senyuman bahagia terukir di wajahnya. Mereka menangkap gambar kenangan dan kemudiannya menikmati sarapan pagi bersama-sama.

Selesai sarapan pagi, Odranoel beredar dari rumah tersebut menujuh ke Secret Hotel untuk menghadiri satu mesyuarat penting pada petang itu. Kelihatan Amber sedang berdiri di muka pintu sambil memerhatikan kereta yang dipandu oleh Odranoel hingga hilang dari pandangannya. Dia termenung seketika. Rimbunan bunga di halaman rumahnya ditatap penuh makna seakan dia sedang meluahkan isi hatinya kepada rimbunan bunga tersebut. Dia coba mencari kekuatan untuk terus bertahan dalam ikatan pertunangannya dengan Odranoel. Selipar segera dipakai. Dia melangkah kearah rimbunan bunga tersebut. Setangkai bunga ros dipetik lalu dia masuk semula ke dalam rumah dan menujuh ke tingkat atas untuk ke ruangan biliknya. “Wahhh” Ucapnya apabila melihat permandangan yang sangat indah di ruangan biliknya. ‘sudah pasti kerja bibik.’ Bisik hatinya. Kelihatan bunga-bunga segar menghiasi ruangan biliknya. Setangkai bunga ros yang dipetik sebentar tadi dihidu dan diletakkan di atas meja. Dia merasa tenang seketika.

Seperti biasa, kerja yang dilalukannya pada setiap hujung minggu adalah memeriksa tugasan pelajar. Tugasan pelajar diperiksa satu persatu. Kadang senyuman terukir di bibirnya, kadang kepalanya digeleng-gelengkan. Enta apa yang ditulis oleh pelajarnya.

Jam menunjukkan pukul 1 petang. Timbunan buku menghiasi mejanya. Kelihatn Amber masih memeriksa tugasan pelajarnya sambil sesekali dia mengeliat dan mengosok-gosok matanya dengan jari. “ Penat weii..” Katanya sedikit meninggikan suara. Pen yang dipegang tadi diletakakan di dalam pencil case. Dia kemudiannya mencapai telefon yang berada di atas katilnya. Sejak tadi alunan bunyi telefon tersebut mengangu tugasannya. Skin telefon memaparkan beberapa pangilan masuk dari nombor yang tidak dikenali. Namun, seperti biasa dia tidak menghiraukan nombor tersebut kerana mungkin saja pangilan tersebut datangnya dari guru-guru atau rakan-rakannya.

Dia meletakkan kembali telefon tersebut di atas meja lalu dia duduk menyandar. Matanya ditutup rapat. Dia coba untuk mencari ketenangan. Peristiwa hitam 10 tahun yang lalu kembali menghantuinya. Dia cepat-cepat membuka mata. Dia takut dan tidak ingin mengigati peristiwa tersebut. Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan kemudian dihembus. Mungkin dia harus keluar untuk menghirup udara segar memandangkan hari itu merupakan hari sabtu.
Dia segera bersiap.

Tepat jam 3 petang, kelihatan kereta viva miliknya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya. Amber yang sedang tekun memandu tercari-cari tempat yang sesuai untuk dia menenangkan fikiran. Tiba-tiba, dia teringat tentang sebuah hotel mewah milik Odranoel. Hotel yang diberi nama Secret Hotel. Hotel tersebut bukan sahaja kelihatan mewah malah dikelilingi oleh taman bunga yang sangat luas. Dia kemudian menukar arah perjalanannya menujuh ke Secret Hotel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience