BAB 11

Family Completed 1738

Haish, bengang betul. Di situlah jugaklah aku berkenalan dengan suami kak Maznah , abang Fawwas. Hensem orangnya, padanlah dengan kak Maznah yang cun melecun tu.

Petang itu rombongan meminang datang ke rumahku. 6 biji kereta semuanya. Mulanya aku terkejut juga, ye la baru bertunang dah 6 biji kereta dan semuanya kereta mewah-mewah belaka. Kata ayah, belah keluarga pak cik Man memang berada. Dan ramai ahli keluarga pak cik Man datang memandangkan abang Fakh satu-satunya cucu lelaki yang akan berkahwin.

Cincin disarung oleh mak saudara abang Fakh, cincin Habib Jewel berdasarkan kotaknya disarungkan ke jari runcingku. Ceh runcing sangat. Selepas itu ada sesi beramah mesra bersama ahli keluarga salah-silah pak cik Man.

Sewaktu leka bersembang itulah aku diberitahu berita yang amat mengejutkanku iaitu majlis perkahwinanku dengan abang Fakh akan berlangsung pada bulan 12 ni, semasa musim cuti sekolah.

Aku menjadi antara salah seorang pengawas peperiksaan di SMK Damansara Utama. Hari tu sewaktu aku keluar makan bersama dua orang guru pengawas yang aku kenal sewaktu bertugas selepas habis paper buat hari itu, aku terserempak dengan abang Fakh dan seorang wanita.

Dia yang nampak aku terus menegurku dan dua orang cikgu yang bersama denganku.

“Ina”

“Eh abang” aku buat-buat terkejut berjumpa dengannya padahal aku memang dah perasan akan kehadirannya.

“Nisa, ni tunang I, Ina, ni setiausaha abang, tadi kami baru habis jumpa client” terangnya. Setiausaha abang Fakh yang bernama Nisa itu menghulurkan tangannya berjabat tangan denganku.

“Oh inilah buah hati pengarang jantung bos I ya, cantik cik Ina ni, patutlah bos I duk angau setiap hari sampai tak pandang dah perempuan lain” kata-kata Nisa tu aku sambut dengan ketawa. Cikgu Baharuddin jelas melopong mulutnya apabila aku memperkenalkan abang Fakh sebagai tunanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience