BAB 5

Family Completed 1738

“Hah Fakh, dah jumpa pak cik Lim ke?” soal pak cik Man lagi. Fakh? Lelaki semalamkah?

“Tak jumpa pun Man, dia jumpa anak dara aku semalam” jawab ayah.

“Maznah , ni lah Ina, dah besar dia sekarang. Dah boleh kawin pun” pak cik Man memperkenalkan aku kepada anak perempuannya. Aku bangun lantas berjabat tangan dengan anak perempuan pak cik Man.

“Wah, dah besar Ina, cantik. Ina ingat lagi tak kat abang Fakh?” soalan dari kak Maznah itu membuatkan aku terkedu. Apa pulak tanya pasal mamat tu? Aku memandang ke arah lelaki itu yang digelar abang Fakh. Wah, hensemnya dia dengan baju polo hitam-putih itu, hati kecilku pantas memuji.

“Maaf, ingat-ingat lupa”

“Takpa nanti boleh berkenalan. Mari Ina kita berborak” kak Maznah menarik tanganku.

Dia membawa aku duduk di meja lain. Macam-macam soalan dia tanya dan soalan yang paling panas “Ina dah ada pakwe ke?” haha jujur aku katakan, bab-bab jodoh ni aku malas nak cari. Biarlah ia datang sendiri.

Dari situ juga aku tahu yang kak Maznah sebenarnya sudah berkahwin dua bulan yang lepas. Suaminya pilot dan telah terbang nun jauh ke Paris. Sebab itulah suaminya tidak ikut serta. Betapa kecilnya bumi ini, rupanya pak cik Man baru berpindah ke sini beberapa bulan yang lepas berjiran selang sebuah rumah dengan mak long.

Kami memnag duduk di taman perumahan yang sama. Cumanya rumah ayah dan ibu di blok jenis banglo setingkat manakala blok rumah mak long dan pak cik Mat jenis banglo dua tingkat.

Memang taman perumahan kami ni menyediakan tiga jenis blok iaitu rumah teres berkembar dua tingkat, banglo setingkat dan banglo dua tingkat. Cerita kak Maznah , ibunya telah lama kembali ke rahmatullah jadi dia duduk serumah dengan ayahnya.

Nasib baiklah suaminya jenis tidak kisah lantaran suaminya itu anak yatim piatu manakala abang Fakh tinggal di Kota Damansara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience