BAB 12

Family Completed 1738

“Cikgu tak bagitau pun yang cikgu dah bertunang” katanya. Aku menunjukkan jariku. Cincin pertunanganku memang aku tak pernah tanggal daripada jariku. Dia menganggukkan kepalanya.

“Tahniah cikgu, sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua” kata cikgu Haslinda. Aku hanya senyum.

“Takpalah, kami pergi dulu” abang Fakh meminta diri. Lepas makan kami berborak, dah nak dekat pukul 6 petang barulah kami keluar dari restoran itu. Aku nampak abang Fakh yang bersandar di pintu keretaku.

“Eh abang buat apa kat sini?”

“Abang tunggu Ina la. Dah lama tak jumpa, Ina apa khabar?”

“Alhamdulilah sihat. Sorrylah Ina sibuk sikit. Jaga budak SPM tapi ni dah habis dah” jelasku.

“Ina dinner dengan abang nak tak?”

“Dinner?”

“Abang laparlah. Lagipun kita tak pernah keluar berdua lagi kan?” pelik juga aku. Bukan ke tadi dia baru habis makan?

“Hmm okay”

“Ina follow kereta abang ya?”

“Okay” abang Fakh tersenyum lebar setelah aku menyatakan persetujuanku untuk makan malam bersamanya. Kami makan di sebuah restoran barat. Sambil itu kami berbincang pasal perkahwinan kami yang akan berlangsung.

“Ina bila nak balik Sungai Petani?”

“Hari Ahad ni, abang?”

“Hari Isnin, hmm, apa kata Ina balik hari Isnin jugak. Kita konvoi. Abang ada meeting pagi isnin tu. Petang tu kita bertolak”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience