BAB 13

Family Completed 1738

“Ina tak kisah tapi kesian kat abanglah. Mesti abang penat”

“Takpa, bukan jauh pun Sungai Petani-KL ni”

“Emm, kita balik pagi selasa lah”

“Lah, mesti Ina ada banyak perkara yang nak diuruskan” bangkang abang Fakh.

“Selasalah abang” aku buat muka comel.

“Hmm okaylah selasa. Jangan lupa bagitau ibu dengan ayah”

“Okay abang” dan malam tu abang Fakh mengekori aku sehingga ke rumah aku. Katanya nanti senang hari selasa dia jemput aku dari rumah. Konvoi dari rumah aku ke Sungai Petani katanya lagi.

Sejak balik ke Sungai Petani memang tak menang tangan aku dibuatnya. Cuba baju pengantinlah, cuba itu lah, cuba inilah, beli itulah, beli inilah. Sejujurnya aku memang nervous tahap gaban pabila tarikh perkahwinanku semakin dekat. Nasib baiklah kak Maznah banyak memberi nasihat kepadaku.

Alhamdulilah, aku dengan sekali lafaz dah jadi milik Muhamad Fakhrul Idlan bin Dato Sri Aiman. Mulai hari ini segala perintahnya selagi tidak lari dari hukum Allah, aku kena patuhi.

Kenduri di rumahku ayah pasang 7 buah khemah. Ramai kawan-kawan ayah dan ibu yang hadir, kebanyakkannya kawan-kawan ayahlah iaitu Doktor-doktor, Ir-Ir dan profesor-profesor.

Yalah anak dara Dr Haji Annuar yang cun melecun kalah Maya Karin nak kawin, haruslah ramai yang datang memeriahkan majlis. Kawan aku juga ramai yang hadir. Maklumlah Sungai Petani ni bukannya jauh sangat.

Belah abang Fakh pula, papa memasang 10 buah khemah. Rakan seperniagaan papa dan rakan pejabat abang Fakh turut datang. Sungguh aku gembira. Begini rupanya perasaan orang berkahwin.

Aku ingat lagi akan cerita abang Fakh lepas kami selesai melakukan solat sunat nikah tiga hari yang lepas di dalam bilikku.

“Abang tak pernah lupakan Ina, budak perempuan yang menangis melalak-lalak masa abang nak berpindah ke London dulu, tak sangka budak perempuan tu dah besar jadi gadis yang cantik macam Ina dan yang paling tak disangka, dia dah sah jadi milik abang. Alhamdulilah. Malam tu masa abang hantar kek ke rumah Ina, abang terpanar bila melihat mahkota Ina. Tak dinafikan, abang memang terkedu, terpaku melihat keindahan ciptaan milik Allah. Dan bila jumpa Ina kat rumah jiran abang yakni mak long Ina abang terus melafazkan rasa kagum betapa halusnya takdir Allah, betapa sempurna takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan bila papa pekenalkan Ina sebagai budak yang abang tak pernah lupakan walau sesaat semasa di London dulu, abang terus rasa nak buat sujud syukur. Bila kakak bagitau yang Ina masih single and available abang terus suarakan rasa hati abang nak melamar Ina kepada papa. Papa happy sangat tapi papa kata biarlah kita kenal hati budi masing-masing dulu. Papa takut kalau Ina terkejut pula nanti. Dan bila hari Ina kena ragut tu memang abang risau sangat. Kalaulah terjadi sesuatu kat Ina hari tu? Abang tak tahu apa yang akan berlaku pada abang, abang tekad yang abang akan menjaga Ina. Terus abang suruh papa masuk meminang Ina tapi ibu Ina suruh abang bersabar dulu. Mungkin dia tak mahu terburu-buru. Iya la siapa tak sayangkan anak kan? Mestilah ibu Ina mahukan yang terbaik untuk Ina. Alhamdulilah, bila papa bagitau yang Ina setuju dengan lamaran abang, abang terus buat sujud syukur. Sebenarnya abang ada buat solat istikharah, dan jawapannya apabila Ina menerima lamaran abang dan sah menjadi isteri abang. Alhamdulilah. Abang harap kita sama-sama berusaha mengemudi rumah tangga kita ni, in sha allah suatu hari nanti keluarga kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Kalau abang ada buat salah, Ina tegurlah ya. Dan semoga kita dapat merasai kemanisan cinta selepas kahwin” in sha allah bang, Ina akan cuba yang terbaik untuk menjadi isteri yang terbaik buat abang dan mungkin juga seorang ibu yang baik untuk bakal anak-anak kita, janjiku dalam hati. Ya allah, sesungguhnya jodoh itu datangnya dari-Mu, yang baik-baik itu datangnya dari-Mu, sesungguhnya juga perancanganMu merupakan yang terbaik dan jodoh itu datangnya dalam sekelip mata dengan izin-Mu. Alhamdulilah, terima kasih ya Allah kerana mengurniakan seorang suami yang baik sebagai imamku! Semoga perkahwinan kami diredai oleh-Mu ya Allah. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience